Palestin Ada Pelabuhan?? What A Joke!!

Tinggalkan komen

Palestin Ada Pelabuhan?? What A Joke!!

Pandai betul cikgu ni buat lawak ya?? Mungkin dia ni cikgu sekolah Maharaja Lawak kot? Kah kah kah kah kah kah!!

Errr… Cikgu Maharaja Lawak, boleh tak tunjukkan kat eXception kat mana letaknya pelabuhan dagang Palestin tu??

Kalau Palestin ada pelabuhan, tak perlu la rakyat negara tesebut korek lubang tikus untuk menyeludup bekalan makanan dan ubatan dari Mesir…

Inilah salah satu contoh pencacai PAS… Bila keluarkan kenyataan ikut kepala otak sendiri… Langsung tak nak mengkaji… Langsung tak reti buat research… Lawak la cikgu…

Peta dah bentang… Jadi… cikgu tikam la mana-mana tempat yang cikgu rasakan lokasi pelabuhan tersebut ya??

Panas!! Iron Dome Juga Wujud Di Malaysia??

Tinggalkan komen

Panas!! Iron Dome Juga Wujud Di Malaysia??

Tahukah anda dengan Iron Dome? Mungkin ramai tidak tahu dengan Iron Dome… Ianya adalah senjata pertahanan baru Israel… Lihat gambar di bawah…

Fungsi Iron Dome ini ialah untuk menangkis serangan roket dari Gaza dari memasuki Tebing Barat. Ianya ibarat perisai besi kepada Israel. Dengan adanya Iron Dome ini dikatakan Israel selamat dari bedilan roket dari Briged Al-Qassam.

Oleh itu Iron Dome akan memastikan keselamatan negara haram Israel tersebut. Walaubagaimanapun Iron Dome tidak mampu menampan kesemua serangan roket. Ada serangan roket dari Briged Al-Qassam yang terlepas…

Di Malaysia juga terdapat ‘Iron Dome’… Iron Dome di Malaysia ini juga bertindak untuk memastikan keselamatan negara haram Israel… Walaupun ramai rakyat Malaysia menyedari wujudnya ‘Iron Dome’ ini di Malaysia, masih ramai rakyat Malaysia yang menyanjungnya…

Inilah dia wajah ‘Iron Dome’ Malaysia ni… Dia lah yang telah menyatakan secara terbuka “I support all efforts to protect the security of the state of Israel.”, dalam Wall Street Journal… Seperti Iron Dome di Israel, yang mana ianya sentiasa dijaga oleh tentera rejim Zionis… ‘Iron Dome’ di Malaysia ini juga tak kurang hebat dengan bala tenteranya dari bala tentera siber hingga ke bala tentera dari Unit Amal PAS yang sentiasa melindunginya…

Panas!! Tali Barut Israel Dipijak Ibu Sendiri??

Tinggalkan komen

Panas!! Tali Barut Israel Dipijak Ibu Sendiri??

Gambar di atas menunjukkan mayat seorang pemuda Palestin yang telah menjadi tali barut Israel dipijak-pijak oleh ibunya sendiri.

Ibunya berasa malu apabila mengetahui anaknya menjadi tali barut Israel dengan membekalkan maklumat tentang kedudukan pejuang Palestin kepada perisikan Israel.

Itu jika di Palestin. Bagaimana dengan tali barut Israel di Malaysia?? Mahukah kita pijak tali barut Israel ni beramai-ramai?? Atau masihkah ada yang mahu menyanjung tali barut Israel ini?? Sudahlah secara terang-terangan menyokong keselamatan negara haram Israel, lepas tu mengiktiraf pula negara haram tersebut…

Amerika Antara 20 Negara Hutang Terbanyak??

Tinggalkan komen

Amerika Antara 20 Negara Hutang Terbanyak??


Uncle Sam sudah pokai??

Berikut adalah antara senarai 20 negara yang mengalami beban hutang paling tinggi di dunia…

1. United States of America
Debt: $14.590 trillion
Debt per capita: $46,929
Debt in percentage: 94% of the GDP

2. United Kingdom
Debt: $8.981 trillion
Debt per capita: $144,338
Debt in percentage: 400% of the GDP

3. Germany
Debt: $4.713 trillion
Debt per capita: $57,755
Debt in percentage: 142% of the GDP

4. France
Debt: $4.698 trillion
Debt per capita: $74,619
Debt in percentage: 182% of the GDP

5. The Netherlands
Debt: $3.733
Debt per capita: 225,814
Debt in percentage: 471% of the GDP

6. Japan
Debt: $2.441 trillion
Debt per capita: $19,148
Debt in percentage: 45% of the GDP

7. Ireland
Debt: $2.253 trillion
Debt per capita: $503,914
Debt in percentage: 103% of the GDP

8. Norway
Debt: $2.232 trillion
Debt per capita: $454,768
Debt in percentage: 538% of the GDP

9. Italy
Debt: $2.223 trillion
Debt per capita: $36,841
Debt in percentage: 108% of the GDP

10. Spain
Debt: $2.166 trillion
Debt per capita: $47,069
Debt in percentage: 154% of the GDP

11. Luxembourg
Debt: $1.892 trillion
Debt per capita: $3,759,174
Debt in percentage: 3,443% of the GDP

12. Belgium
Debt: 1.241 trillion
Debt per capita: $113,603
Debt in percentage: 266% of the GDP

13. Switzerland
Debt: $1.200 trillion
Debt per capita: $154,063
Debt in percentage: 229% of the GDP

14. Australia
Debt: $1.169 trillion
Debt per capita: $52,596
Debt in percentage: 95% of the GDP

15. Canada
Debt: $1.009 trillion
Debt per capita: $29,625
Debt in percentage: 64% of the GDP

16. Sweden
Debt: $853.30 billion
Debt per capita: $91,487
Debt in percentage: 187% of the GDP

17. Austria
Debt: $755 billion
Debt per capita: $90,128
Debt in percentage: 200% of the GDP

18. Denmark
Debt: $559.50 billion
Debt per capita: $101,084
Debt in percentage: 180% of the GDP

19. Greece
Debt: $532.90
Debt per capita: $47,636
Debt in percentage: 174% of the GDP

20. Portugal
Debt: $497.80
Debt per capita: $46,795
Debt in percentage: 217% of the GDP

Amerika Syarikat yang dikatakan maju juga mengalami hutang yang amat tinggi sekarang… Bukan sahaja Amerika, malah United Kingdom, Jerman dan Jepun juga mengalami hutang yang tinggi…

Jadi… Di mana kedudukan Malaysia??

43. Malaysia

Debt: $72.6 billion
Debt per capita: $2,570
Debt in percentage: 31% of the GDP

Ini jelas membuktikan hutang Malaysia tidak melebihi 55 peratus KDNK.

Nampaknya apa yang diwar-warkan oleh pencacai PR adalah tidak benar sama sekali… Jelas mereka cuba mengelirukan dan memesongkan fakta.

Mengapa Johor Perlu Ditumbangkan Oleh PR Dalam PRU 13?

Tinggalkan komen

Mengapa Johor Perlu Ditumbangkan Oleh PR Dalam PRU 13?

Dalam artikel yang lalu, eXception pernah melontarkan pendapat tentang mengapa D@P beriya-iya mahu menakluk Johor…

Hari ini, eXception mempunyai pendapat lain pula… Pertama sekali kita perlu lihat kaitan D@P di Malaysia dan P@P di Singapura. Kita sedia maklum bahawa P@P dan D@P adalah adik-beradik sekepala dan sekamceng… Banyak tindak-tanduk D@P di Malaysia adalah berdasarkan mileage politik Singapura.

Rakyat Malaysia mungkin ada yang maklum bahawa Malaysia dengan Singapura hampir berperang pada tahun 1988, kerana isu air… Perkara tersebut eXception takkan ulas panjang, korang rujuk sahaja link di bawah nanti…

Tujuan Kerajaan Malaysia meningkatkan sistem persenjataan negara adalah kerana kita sentiasa diancam oleh negara-negara jiran. Tak kiralah Singapura, Indonesia, Filipina ataupun Thailand… Tetapi Singapura, Filipina dan Indonesia merupakan ancaman utama Malaysia… Lebih-lebih lagi dengan isu bertindih kepulauan Spratly…

Sebab itu apabila Tun Dr Mahathir bercadang untuk merobohkan Tambak Johor dan membina Jambatan Bengkok yang menghubungkan Singapura dan Malaysia ditentang hebat oleh Pakatan Rakyat terutama sekali D@P. Mereka menggunakan alasan tipikal, iaitu ‘pembaziran’. Sebenarnya cadangan merobohkan Tambak Johor dan membina jambatan ke Singapura adalah permintaan Almarhum Sultan Johor kepada Tun Dr Mahathir. Tetapi sayang sekali projek tersebut dibatalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi…

Tambak Johor merupakan salah satu ancaman Malaysia sekiranya berlaku perang dengan Singapura. Ini kerana ketumbukan tentera darat Singapura dengan mudah membolosi Malaysia melalui Johor. Sekurang-kurangnya dengan merobohkan Tambak Johor dan membina jambatan, mudah bagi Malaysia memusnahkannya sekiranya berlaku perang dengan Singapura. Ini bagi mengelakkan kemaraan tentera darat Singapura.

Oleh itu dengan menakluk Johor, dengan mudah D@P memusnahkan cita-cita Almarhum Sultan Johor yang mahu melihat Tambak Johor dimusnahkan. Malah mudahlah perisik dari Singapura menyusup masuk ke Malaysia apabila Johor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Bukan sahaja perisik, malah D@P juga mampu membuka Tambak Johor untuk dimasuki tentera Singapura.

Cita-cita D@P dan P@P adalah sama… Iaitu menyatukan semua Malaysia dan Singapura serta menjadikan Malaysia negara republik seperti mana Singapura. Maka tak hairanlah semasa malam ambang merdeka tempoh hari, anjing-anjing suruhan Pakatan Rakyat begitu seronok mengibarkan Sang Saka Malaya, yang diciplak dari bendera Singapura. Jelas sekali cita-cita mahu menjadikan Malaysia negara republik semakin jelas walaupun cuba disembunyikan dan dinafikan pemimpin Pakatan Rakyat.

Oleh itu adalah satu keperluan bagi Pakatan Rakyat mengerah segenap tenaga anjing-anjing suruhan mereka bagi memastikan Johor tumbang pada PRU 13 nanti bagi memudahkan mereka melaksanakan agenda mereka bersama Singapura…

Perlu ingat, Singapura akan berperang dengan Malaysia adalah kerana dua perkara iaitu AIR dan TANAH…

Sumber

TOP SECRET : MALAYSIA HAMPIR BERPERANG

A KOMANDO AND AN INTERVIEW

JAMBATAN BENGKOK DAN STRATEGI PEPERANGAN

29 RAHSIA NEGARA YANG ANDA PATUT TAHU

Di Bawah Tambak Johor Ada Terowong Rahsia?

PERARAKAN HARI KEMERDEKAAN SINGAPURA

PERTAHANAN-SEJARAH (memakai konfrantasi sebagai contoh)

Kentang Goreng Mc Donalds Dan KFC Selepas 3 Tahun…

5 Komen

Apa Yang Akan Berlaku Pada Kentang Goreng Mc Donalds Dan KFC Selepas 3 Tahun??

Lihat perbandingan antara kentang goreng Mc Donalds sebelah kiri dan kentang goreng Kentucky Fried Chicken (KFC) di sebelah kanan… Apa yang anda boleh lihat??

Yaa… Anda boleh nampak kentang goreng KFC telah menjadi buruk dan berkulat…

Yaa… Anda juga boleh nampak kentang goreng Mc D, masih kekal denga keadaan asalnya…

Jadi tahukah anda apa kesimpulannya??

Yaa… Kentang goreng Mc D… Mengandungi bahan pengawet…

Jika tidak nasibnya akan sama seperti kentang goreng KFC…

Menjadi buruk dan berkulat…

Apapun perlu diingatkan… Perbandingan ini bukan dibuat di Malaysia… Tapi di luar negara…

Bermakna… Produk KFC atau Mc D di Malaysia tidak terlibat…

Tetapi eXception tak pasti adakah ianya dari bahan yang sama atau tidak…

eXception perolehi dari laman web 9Gag…

Kepada rakyat Malaysia… jika anda was-was… Sila buat ujikaji sebegini…

Kemudian bandingkan… Tak perlu tiga tahun… 3 bulan pun dah cukup…

Sumber: McDonald’s Fries vs KFC Fries after 3 years

Oh!! Hebatnya Tanahairku Malaysia!!

3 Komen

Oh!! Hebatnya… Tanahairku… Malaysia!!

Siapa la yang tak bangga jadi rakyat Malaysia…
Macam-macam ada kat Malaysia ni…
Rakyat berbilang kaum…
Rakyat bebas menganut sebarang agama atau kepercayaan…

Tapi itu belum hebat lagi…
Ada lagi yang lebih hebat di Malaysia ini…

Kat Malaysia kita mempunyai seorang ‘Nabi’

Hebat bukan??
Malah ada lagi selain itu…

Kat Malaysia juga mempunyai ‘Imam Mahadi’

Wow!! Imam Mahadi tu… Dasat… Wa cakap lu…!!

Malah selain dari ‘Nabi’ dan ‘Imam Mahdi’…
Malaysia juga mempunyai seorang… ‘Khalifah Umar’…

Ohhh…. Bangga sungguh aku….

Wali Terompah diangkat jadi Nabi…

Peliwat diangkat jadi Imam Mahadi…

Kafir Harbi diangkat jadi Khalifah Umar…

Aduhai… Politik di Malaysia… Semakin melucukan…

Lebih melucukan jika ada yang sanggup menyembah mereka di atas ni…

MasyaAllah….

Semoga Allah membuka pintu hati umat Islam kepada kebenaran…

Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar kepada yang telah lama tersesat…

Selagi nyawa belum sampai ke tenggorok… Pintu taubat masih terbuka…

InsyaAllah… Allah Maha Pengampun…

Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!

Malaysia Menang Agregat 4 – 2

Tinggalkan komen

Tahniah kepada Pasukan Harimau Malaya kerana menang secara agregat 4 – 2 kepada Indonesia walaupun kalah di pusingan kedua di Stadium Gelora Bung Karno… Mata kemenangan 3 – 0 semasa di Bukit Jalil tempoh hari memastikan kemenangan menjadi milik Malaysia…

Tahniah kepada Safee Salee kerana banyak menyumbangkan gol dan memastikan kemenangan Malaysia di Bukit Jalil tempoh hari… Walaupun aku agak kecewa dengan corak permainan yang agak hambar di Gelora Bung Karno, yang dipamerkan Malaysia sehingga dihukum oleh Indonesia dengan 2 gol menembusi gawang Malaysia…

Tahniah juga kepada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang berhempas-pulas untuk memastikan gawang Malaysia tidak ditembusi dengan mudah… Aksi yang dipamerkan oleh Khairul Fahmi Che Mat wajar dipuji kerana banyak menyelamatkan gawang Malaysia dari dibolosi…

Bravo Harimau Malaya!! Bravo K. Rajagopal!! Bravo FAM!!

Sedihnya Ramai Anak Muda Buta Sejarah!!??

Tinggalkan komen

Orang muda buta sejarah!

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Pasti ramai terkejut dengan hakikat bahawa remaja hari ini tidak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Tidak cukup dengan itu, bayangkan bagaimanalah tahap patriotisme remaja masa kini kalau tarikh Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 yang disambut pada setiap tahun, pun boleh dilupakan.

Dalam satu soal selidik oleh Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini, ada remaja menjawab Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri pertama.

Hari Kemerdekaan pula dijawab dengan pelbagai tarikh oleh sekelompok responden. Antaranya 10 Ogos 1956, 31 Ogos 1943 dan 16 September 1957.

Walaupun keseluruhan responden berumur dari 16 hingga 51 tahun, namun mereka yang buta sejarah ini menjurus kepada kelompok usia di bawah 30 tahun, khususnya antara 16 dan 20 tahun.

Daripada situ, ia menjadi bukti bahawa ramai remaja generasi kini dan segelintir orang dewasa bukan saja buta sejarah malah bersikap tidak ambil tahu dan memandang remeh fakta-fakta penting bangsa dan negara.

Sudah pasti mereka selalu mendengar nama dan melihat wajah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak yang kerap diulang tayang di televisyen atau disiar di akhbar-akhbar.

Namun, apabila ada sikap tidak ambil peduli dan tidak berminat, jika hari-hari pun mereka diajar bahawa Tunku Abdul Rahman itu adalah Perdana Menteri pertama, mereka tetap tidak akan ingat.

Begitu juga dengan Hari Kemerdekaan, sungguhpun tarikh itu terdapat dalam lagu dan diuar-uarkan secara meluas malah dicetak dalam setiap kalendar tahunan, mereka ‘tidak ambil pusing’ semua itu.

Kalau jumlah yang tidak mengetahui nama Perdana Menteri pertama itu adalah sembilan peratus, tidak hairanlah kalau 49 peratus daripada 200 responden itu tidak mengetahui bila tarikh penubuhan Malaysia.

Mereka yang tidak mengetahui tarikh Hari Kemerdekaan pula seramai 17 responden atau 8.5 peratus.

Begitulah realitinya generasi masa kini. Siapa yang salah? Ibu bapa, generasi terdahulu atau sistem pendidikan? Ataupun, sikap orang muda yang memang tidak berminat dengan sejarah negara?

Soal selidik ini bukan untuk mencari salah sesiapa tetapi sekadar mendedahkan tentang suatu fenomena yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini iaitu tentang ramainya anak muda yang buta sejarah.

Hasilnya, daripada 10 soalan yang diajukan, tiada seorang pun di kalangan responden kelompok di bawah 30 tahun yang berjaya menjawab kesemua soalan itu.

Kajian soal selidik tersebut berkisar tentang pengetahuan umum dan sejarah negara.

Bagi kelompok umur 31 hingga melebihi 51 tahun termasuk seorang responden berusia 55 tahun, semua berjaya dijawab kecuali bagi tiga soalan iaitu tarikh Hari Malaysia, cogan kata negara dan prinsip ketiga Rukun Negara.

Seramai 141 responden atau 70.5 peratus daripadanya tidak mengetahui tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Tiada alasan untuk melupakan tema ‘1Malaysia Menjana Transformasi’ kerana Bulan Kemerdekaan negara baru saja diraikan.

Ketika ditanya tentang tarikh penubuhan Malaysia diajukan, hanya 102 responden yang menjawab dengan tepat sedangkan hari tersebut telah diumumkan sebagai cuti umum di negara ini.

Amat mengejutkan juga apabila sebahagian responden mempersoalkan tentang benarkah wujud cogan kata negara. Hakikatnya ia dilihat di mana-mana termasuk pada kulit belakang buku latihan sekolah.

Lantas, disebabkan tidak tahu, mereka menjawab cincai. Seramai 126 responden menyenaraikan jawapan yang tidak masuk akal seperti ‘Hip Hip Hooray’. Selain itu adalah Malaysia Boleh, Berkhidmat untuk Negara, Majulah Sukan untuk Negara.

Menurut mereka, ketika diajukan soalan itu adalah kali pertama mendengar tentang cogan kata sebenar iaitu ‘Bersekutu, Bertambah Mutu’.

Reaksi sama diterima berhubung nama bendera kebangsaan Malaysia. Biarpun Jalur Gemilang berkibar megah di mana-mana namun sukar dipercayai, 15 responden atau 7.5 peratus tidak mengetahui nama bendera kebangsaan itu.

Tambah memalukan, ada yang tergamak menamakan Jalur Gemilang sebagai ‘Belang’. Ini sekali gus menggambarkan rendahnya moral golongan muda di negara ini yang boleh mempersenda bendera negara sendiri.

Nasib baiklah nama lagu kebangsaan, Negaraku diingati hampir semua responden kecuali empat orang.

Kajian tersebut turut mendapati, 40 responden tidak mengetahui bilangan negeri di Malaysia sehingga ada yang meneka Malaysia terdiri daripada 23, 17 dan 12 negeri.

Bagi soalan prinsip ketiga Rukun Negara dan juga nama Perdana Menteri keenam, iaitu perdana menteri sekarang, masing-masing 29 dan 19 responden gagal menjawab dengan tepat.

Sekali lagi diulangi dan ditegaskan, kebanyakan yang gagal menjawab soalan-soalan berkaitan sejarah dan pengetahuan am ini adalah mereka berusia di bawah 30 tahun serta kebanyakannya antara 16 dan 20 tahun.

Walaupun pelbagai kempen diadakan serta sukatan baru diperkenalkan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah namun masalah ini nampaknya terus berlaku.

Kesimpulan daripada kajian dan soal selidik ini adalah:

– Remaja masa kini buta sejarah.

– Remaja masa kini tidak minat mengingati peristiwa lalu.

– Remaja masa kini tidak peduli soal-soal kenegaraan.

– Remaja masa kini tidak suka ilmu pengetahuan am.

– Remaja masa kini ambil mudah patriotisme.

– Remaja masa kini terlalu memandang ke depan.

– Remaja masa kini tidak dipupuk penghayatan, sebaliknya menghafal sejarah.

-UTUSAN MALAYSIA



Aduhai sedihnya aku dengar apabila ramai anak muda BUTA SEJARAH!! Inilah akibatnya jika sejarah tak diambil peduli dan dianggap remeh. Jika ini berterusan, maka anak muda zaman sekarang akan terus hanyut…

Pengumuman DS Najib untuk menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek WAJIB LULUS dalam SPM sangat dialu-alukan. Ini bagi meningkatkan pemahaman anak muda terhadap sejarah Malaysia, supaya tidak mudah didedah dengan sejarah palsu.

Banyak sejarah palsu yang cuba diputarkan oleh anasir-anasir tertentu yang mengatakan negara ini bukan milik orang melayu, komunis tidak pernah melakukan kekejaman, peristiwa 13 Mei 1969 didalangi oleh orang melayu dan banyak lagi.

Malah pengumuman DS Najib untuk menjadikan subjek Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus disambut dengan cercaan oleh kalangan pembangkang terutamanya DAP. Apa yang menyebabkan kemarahan mereka? Tak lain tak bukan, mereka gagal untuk menipu anak muda pada masa akan datang dengan sejarah palsu mereka cipta.