Selamat Hari Polis Ke 204

Di sini eXception ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Polis kepada semua warga PDRM yang bertugas di mana sahaja. Tak kira yang bertugas di bawah terik mentari menjaga lalulintas, yang sedang membuat rondaan cegah jenayah serta yang sedang menjalankan operasi hari ini…

Walaupun Hari Polis, warga PDRM tidak pernah berehat dari menjalankan tugas… Tidak seperti Hari Guru, di mana guru-guru akan berehat dan diraikan oleh anak-anak didik mereka… Warga PDRM tidak pernah berhenti serta berehat menjalankan tanggungjawabnya walaupun satu hari… Bayangkan jika semua Polis di Malaysia bercuti untuk satu hari, semua tanggungjawab, tugas anggota Polis siapa yang akan pikul? Pada masa itu penjenayah akan bermaharajalela selama satu hari tanpa risau diberkas oleh Polis. Nak takut apa kan? Polis cuti?

Akan tetapi ramai yang mencemuh Polis… Terutama sekali kalangan pro-pembangkang, mereka mengeji dan menghina Polis… Akan tetapi apabila mereka menjadi mangsa kepada penjenayah, kepada siapa yang akan mereka laporkan? Adakah pada Balai Bomba? Balairaya? Ketua Kampung? Tok Batin? Sudah tentu Polis yang mereka dok hina dan kutuk itu juga yang akan mereka cari tanpa rasa segan dan malu walau sekelumit pun… Apa akan jadi pada Malaysia apabila ditakdirkan pada suatu hari Pasukan Polis dibubarkan? Adakah anda berasa gembira apabila tiada Polis maka amanlah Malaysia? Disebalik kegembiraan anda, ada yang LEBIH GEMBIRA… iaitu penjenayah… Mereka akan melakukan modus operandi mereka dengan aman dan tanpa rasa takut… Pembunuhan boleh berlaku di mana-mana, hatta di tepi jalanraya sekalipun… Nak takut apa, Malaysia sudah tiada penguatkuasa undang-undang… Itulah yang diharap-harapkan oleh rakyat Malaysia? Tanpa Polis Malaysia aman?

Apapun di sini eXception ingin mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada semua warga PDRM di seluruh Malaysia samaada yang sedang bertugas atau yang sedang pulang dari tempat kerja… Jasa anda semua amat dihargai… Tetapi pesan eXception, jangan gunakan tanggungjawab tersebut untuk bertindak sesuka hati seperti memeras ugut orang lain… Ingat, anda adalah adalah pasukan Polis Di Raja Malaysia… Bukan pasukan Polis Raja Di Malaysia

Advertisements