RASULLULLAH PUNCA MASYARAKAT ARAB BERBALAH: APA MAKSUD KATA-KATA TUAN GURU NIK AZIZ …???

1. SILA BACA KERATAN HARAKAHDAILY.NET BERTARIKH 25 JUN 2009 DAN NILAI MAKSUD TG NIK AZIZ YANG MENYAMAKAN PAS SEPERTI RASULLULLAH DAN MENGATAKAN BAHAWA RASULLULLAH BERBALAH DENGAN BAPA SAUDARA DAN MASYARAKAT ARAB KERANA MAHU MENEGAKKAN ISLAM…


KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini.

“Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.

“Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam,” kata Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular. Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya.

“Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah. “Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah,” katanya di sini.

HaprakDaily: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21412&Itemid=1

2. SAYA MENGAKU AMAT JAHIL DALAM ASPEK SEJARAH TETAPI TIDAK TERBACA OLEH SAYA KOMEN ATAU KOMENTAR DARI MANA-MANA PENGKAJI SEJARAH RIWAYAT HIDUP NABI YANG MENGATAKAN BAHAWA RASULLULLAH PUNCA BERBALAH DENGAN MASYARAKAT ARAB DAN BAPA SAUDARA BAGINDA ….

3. SAYA JUGA TIDAK BERTEMU MANA BUKTI YANG MENGATAKAN BAHAWA RASULLULLAH PUNCA KEPADA MASYARAKAT ARAB KETIKA ITU BERBALAH…

4. KALAU MAHU MENEGAKKAN SESUATU PERKARA SEKALIPUN, SAYA RASA TIDAK BAIK DAN TIDAK BERADAB KALAU KITA MENGAITKAN RASULLULLAH DENGAN PAS ATAU MENGATAKAN RASULLULLAH BERBALAH ATAU PUNCA PERBALAHAN…

5. MUNGKIN ILMU TG NIK AZIZ MELEBIHI ORANG LAIN MAKA BELIAU BOLEH BERKATA SEDEMIKIAN UNTUK MENYAMAKAN PAS SEPERTI RASULLULLAH YANG MENEGAK ISLAM DI BUMI INI…

6. KEPADA PEMBACA YANG MULIA DAN BERHATI TERBUKA BACA DAN NILAILAH SENDIRI DAN KITA MOHON SUPAYA DAKWAAN SEPERTI INI JANGAN DIKELUARKAN OLEH TG NIK AZIZ LAGI BAGI MENGHORMATI AGAMA ISLAM DAN KEPERIBADIAN MULIA RASULLULLAH SENDIRI…

7. SALAM

Petikan dari blog: Tunjang Langit

MasyaAllah, kenapa Nik Aziz katakan bahawa Rasulullah punca masyarakat Arab ketika itu berbalah? Mana punya cerita nko cedok ni Nik Aziz? Tak pernah hayat aku dengar Rasulullah menimbulkan perbalahan. Malah Rasulullah merapatkan hubungan antara kaum Ansar dan Muhajirin… Insaflah Nik Aziz… Rasulullah tidak pernah berbalah dengan sesiapa, tetapi musuh-musuh Islam sentiasa mencari peluang untuk menjahanamkan niat murni Rasulullah itu… Malah Nik Aziz samakan perjuangan Rasulullah dengan perjuangan politik songsang PAS… Insaflah hai Nik Aziz, pintu taubat masih terbuka sebelum nyawa berada di tenggorok, eloklah Nik Aziz bertaubat…

Advertisements