Di petik dari blog PaKMie

SEKALI PANDANG DAPAT PAHALA,BERKALI-KALI PANDANG DAPAT APA?

Satu fenomena baru, pandang sahaja dapat pahla. Kalau pengang macamana? sudah tentu lagi banyak pahlanya. Kecoh di Manik Urai berkaitan dengan “bila pandang sahaja terus dapat pahala”. Berita baik khasnya kepada penampal-penampal poster.Sudah tentu ramai orang yang pandang poster-poster yang ditampalkan. Senangnya dapat pahla. Tetapi kita kena faham, situasi itu bukan sebarangan gambar untuk kita mendapat pahla. Gambar-gambar yang berkaitan dengan Nik Aziz semasa menghadapi pilihan raya Di PRK Manik Urai sahaja.

“Tengok muka dapat pahala? Ini kira ajaran sesat…kata seorang penduduk di Manik Urai. Pahala itu bergantung pada amal maaruf, pahala itu kita buat kebaikan, kita sembahyang dan buat kebajikan ihsan, itu pahala. Tapi tengok gambar… tidak ada nas dalam Al-Quran atau Hadis, saya tidak tahulah, saya pahla tu untuk dapat undi kot? maklumlah budaya bahasa kiasan juga hebat kedengaran disana sini diperbincangkan di kedai-kedai kopi di Manik Urai.

Katanya lagi…”Saya tidak baca mana-mana kitab yang kata, tengok gambar dapat pahala. Ini macam puja, kira tidak betullah pada pandangan atau ilmu yang ada pada saya. Saya tidak pernah dengar tengok gambar tokoh dapat pahala…”

Pakmie berpendapat kenapa pemimpin-pemimpin pas bersungguh-sungguh sangat pasal pahla. Iklaskah jika kita membuat sesuatu terus memikirkan pahla? Baik kita memikirkan dosa-dosa yang kita lakukkan. Di Manik Urai bualan orang ramai tentang Nik Aziz kedengaran disana sini. Percakapan kiasan Nik Aziz membuatkan orang ramai jadi keliru. Paling top dan terbaru ” Kenapa Nik Aziz menyamakan Umno dengan ajaran sesat ayah Pin dan berfahaman kumunis…” Ada juga dikalangan pemimpin Pas mengatakan Nik Aziz sengaja mewujudkan kata-kata seperti itu semata-mata untuk mengalih tumpuan dan mencari untung dalam pilihan raya. Selagi ramai orang bercakap tentang Nik Aziz selagi itulah Nik Aziz menyukainya.

Disini Pakmie kurang faham (Sesiapa yang tahu tolong sms Pakmie). Jika bahasa kiasan itu semata-mata untuk menggelirukan orang ramai dan umat Islam adakah ianya tidak berdosa? lainlah kalau bahasa kiasan itu kearah untuk kebaikan. Tidak kah Allah SWT telah berkata ” JIka kamu ada sedikit ilmu yang aku berikan dan jika kamu mengguna ilmu itu untuk tujuan sesuatu kepertingan tertentu dan menggelirukan orang ramai kamu dahulu akan masok api neraka? Tidakkah dalam al_quraan mengatakan kerana mulut dan kata-kata manusia itu ramai menjadi penghuni neraka? apakah mengata orang itu tidak menjurus kepada fitnah? Ini yang Pakmie tahu, jika silap sila perbetulkan.

Tanggongjawab pemimpin besar. Sesiapa yang memegang jawatan wakil rakyat akan menghadapi tanggongjawab yang besar yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT nanti. Tidak cukup dengan berkerja keras siang malam berceramah sana sini, mengata orang sana sani lepas pilihanraya terus diam. Sudah selesaikah kerja-kerja Nik Aziz sebagai MB dan Musyidul am pas dengan bahasa kiasan itu? apakah tugas nik Aziz sebenar-benarnya, akhirat esok Nik Aziz akan dipersoalkan oleh Allah SWT. Adakah dengan cara ajak berdebat bila DS Najib menolak sudah selesai masaalah Nik Aziz dengan rakyat dan Allah SWT? Iklaskan diri mu wahai Nik Aziz…berjuanglah mengikut landasan yang betul demi agama, bangsa dan negara. Cukuplah menyesatkan sesama islam di negara ini dengan kiasan-kiasan yang munafik.

eXception: Itulah budaya PAS… Tak perlu dihairankan… Siapa yang percaya, memang bodoh la…

Advertisements