KOTA BHARU 25 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sebarang sengketa antara kerajaan Pas Kelantan dan Barisan Nasional (BN) wajar diselesaikan demi kepentingan rakyat.

Menurut beliau, walaupun wujud perbezaan ideologi antara kedua-dua pihak yang menjadi pertembungan dalam pilihan raya namun ia terbatas setakat itu.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) bersedia untuk terus membawa pembangunan bagi membantu rakyat negeri ini.

“Selama-lamanya saya tak pernah tolak ‘salam’ kerana ia adalah ajaran Islam.

“Memanglah kami tak pernah sekat, tak pernah apa. Kami yakin bahawa Islam ini adalah betul, nak sekat pun benda betul nak buat macam mana,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan diminta mengulas mengenai komitmen yang ditunjukkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed yang sudi hadir bersamanya pada majlis pra pelancaran program Kelantan Fiesta 2009 di Kuala Lumpur semalam.

Semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai baru-baru ini beliau menyamakan UMNO yang menjadi tunjang utama kepada BN sebagai parti ajaran sesat Ayah Pin dan serupa dengan pengganas Chin Peng.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata, persengketaan yang berlaku antara kedua-dua parti itu di Manek Urai baru-baru ini cuma atas dasar pilihan raya dan ia setakat itu sahaja.
KOTA BHARU 25 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed senada dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedia melupakan sengketa politik dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Beliau menegaskan, UMNO sejak dahulu tidak berbeza pendapat dengan parti itu dalam hal-hal berkaitan dengan perjuangan menegakkan agama Islam dan Melayu.

“UMNO mengambil sikap yang terbuka, apa yang boleh merapatkan perpaduan umat Islam dan Melayu khususnya hal-hal berkaitan agama dan bangsa saya rasa tidak harus ada perbezaan sebaliknya berpadu.

“Memang UMNO dan Pas mempunyai perbezaan politik yang jauh dan perjuangan yang berbeza tetapi dalam perbezaan itu ada persamaan, dan dalam hal-hal yang ada persamaan tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh bermuafakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan hari ini menyatakan kesediaan menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik dengan kerajaan Pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Menurut beliau, sebelum ini kerajaan negeri tidak pernah menganggap kerajaan Pusat sebagai musuh tetapi hanya lawan dalam mempertahankan perjuangan ideologi politik masing-masing.

Mustapa menegaskan, pendirian UMNO jelas mahu muafakat khusus bagi kebaikan rakyat kerana parti itu berjuang untuk rakyat khususnya di Kelantan.

“Kita tidak ada masalah tetapi harus ada kesungguhan dan keikhlasan terutama dalam hal berkaitan agama Islam dan bangsa tidak harus ada perbezaan pendapat yang menyusahkan antara kita kerana kita sesama Islam dan Melayu,” katanya.

Sumber: Penyebar Fikiran Rakyat

Betulkan Nik Aziz ikhlas nak berbaik dengan UMNO? Adakah kerana Nik Aziz sudah sedar kelentongan DAP? Atau sudah sedar bahawa dia selama ini menyokong seorang peliwat?
Jawapannya tidak sama sekali. Tidak mungkin Nik Aziz mahu berbaik-baik. Sedangkan di Manik Urai Nik Aziz samakan BN/UMNO seperti Ajaran Ayah Pin. Bak kata pepatah mulut bawa madu, punggung bawa bisa… Kata-kata Nik Aziz sebenarnya ada muslihat. Muslihatnya ialah mahu mengalih perhatian UMNO dari isu lilin. Kenapa? Sudah tentulah Nik Aziz sedar perbuatan Nizar itu salah di sisi agama. Lagipun sokongan orang muda mulai pudar terhadap PAS, kerana mereka sudah mulai boleh berfikir sendiri. Menilai antara logik dan tidak. Oleh itu Nik Aziz seolah-olah kehabisan modal untuk menangkis serangan dari Blogger BPN terhadap PAS berhubung isu lilin. Oleh itu salah satu cara untuk mengurangkan serangan bertubi-tubi dari blogger BPN, ialah dengan berpura-pura mahu berbaik dengan UMNO. Tindakan pura-pura Nik Aziz itu sudah semestinya dapat dihidu oleh kami blogger BPN. Ini kerana peristiwa yang lepas-lepas mengingatkan kami. Peristiwa di mana Nik Aziz menyuruh Ustaz Nasha Mat Isa keluar dari PAS semata-mata kerana menyokong Kerajaan Perpaduan. Malah poster Hj Hadi juga tidak digantung di Manik Urai, berikutan cadangan Hj Hadi sendiri mahu bermuzakarah dengan UMNO. Jadi tindak-tanduk Nik Aziz sudah semestinya kemi blogger BPN dapat kesan kepura-puraannya. Apabila blogger BPN mengalihkan isu Teoh Beng Hock dan isu Nizar dan lilin nanti, maka itulah waktunya Nik Aziz tersenyum riang kerana berjaya menipu blogger BPN. Dulu Tipah tertipu… Tipah tertipu… Apa yang aku boleh kata kepada Nik Aziz….

SEKARANG TIPAH TAKKAN TERTIPU LAGI!!