Dirgahayu Tuanku!! Merafak Sembah Sempena Pertabalan Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah


Foto rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Haminah

Buat julung kalinya Istana Negara baru di Jalan Duta akan diadakan istiadat pertabalan Yang Di Pertuan Agong Ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada hari ini…

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang merupakan Sultan Kedah, telah dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agong Ke-14 oleh Majlis Raja-Raja Melayu setelah Yang Di Pertuan Agong Ke-13, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah tamat tempoh pemerintahan selama 5 tahun…

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.

Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam. Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959.

Baginda pernah ditabalkan menjadi Yang Di Pertuan Agong Ke-5 pada tahun 1970 hingga 1975 dan kini sekali lagi dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agong Ke-14…

DAULAT TUANKU!!
DAULAT TUANKU!!
DAULAT TUANKU!!

Advertisements