Bermesra Dengan Bini Sendiri Kini Menjadi Satu Dosa?

Tinggalkan komen

Bermesra Dengan Bini Sendiri Kini Menjadi Satu Dosa?

Jika dulu Datuk Noh Omar yang menari dengan isteri sendiri menjadi satu dosa yang tak terampun…

Kini meriba bini sendiri pula menjadi satu kesalahan dan dosa yang tak terampun…

Itulah mentaliti pencacai DAP dari parti PAS…

Apabila mempersoalkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud meriba isterinya sendiri…

Tetapi apa boleh buat…

Sudah menjadi dasar di kalangan ahli PAS dan PKR umumnya, yang HALAL menjadi HARAM… Yang HARAM menjadi HALAL…

Maka tak hairanlah jika ada kalangan pemimpin PAS dan PKR yang melakukan perbuatan mungkar dipuja dan dijulang bagaikan wira…



Manakala jika kalangan pemimpin Islam dalam BN sendiri melakukan perkara yang tidak menyalahi agama, tetapi dihentam hebat bagai ianya satu dosa yang tidak terampun…

Inilah dasar perangai khawarij… Mereka akan menghalalkan apa sahaja perkara yang menguntungkan mileage politik mereka… Tak kira ianya HARAM atau melanggar akidah sekalipun…

Artikel Berkaitan:

Fatwa Baru PR: Haram Menari Dengan Bini Sendiri…

Al Kisah… Dunia Sudah Tunggang Terbalik… Believe It!!

Advertisements

Al Kisah… Dunia Sudah Tunggang Terbalik… Believe It!!

1 Komen

Dunia Sudah Tunggang Terbalik… Halal Jadi Haram… Haram Jadi Halal…

BILA NOH OMAR MENARI DENGAN ISTERI SENDIRI…

JUAK-JUAK PAKATAN RAKYAT KUTUK… HINA… MAKI… CERCA…

DIA BUKAN MENARI DENGAN BINI ORANG LAIN…

DENGAN BINI SENDIRI JUGAK…

KORANG KALUT SANGAT APA HAL??

TAPI BILA ISTERI ORANG MENARI DENGAN SUAMI ORANG…

MENGAPA KORANG TAK KALUT??

MENGAPA KORANG TAK BISING??

OHH… LUPA… DIA ITU NURUL IZZAH ANWAR…

KORANG TENTU NAK COVER SAMPAI MAMPUS…!!

KAN? KAN? KAN? KAN?

DUNIA SUDAH TUNGGANG TERBALIK…

YANG BUAT PERKARA HALAL… DIKEJI…

YANG BUAT PERKARA HARAM… DIPUJI…

Artikel berkaitan: Fatwa Baru PR: Haram Menari Dengan Bini Sendiri…

Fatwa Baru PR: Haram Menari Dengan Bini Sendiri…

1 Komen

Fatwa Baru Pakatan Rakyat: Haram Menari Dengan Bini Sendiri Tapi Halal Dengan Perempuan Lain

Apa nak jadi lah dengan cybertrooper Pakatan Rakyat ni… Noh Omar dancing-dancing dengan isteri sendiri pun jadi isu… Mungkin diorang tak kenal isteri kedua Noh Omar… Macam-macam persepsi dilemparkan kepada Noh Omar… Macam biasalah… CyberTrooper Pakatan Rakyat… Kerap bermain dengan persepsi bagi menimbulkan syak dan fitnah… Lihatlah imej di bawah…

Walaupun ada reader yang dah berikan komen menyatakan itu isteri Noh Omar… Diorang bukan kira… Fitnah tetap fitnah… Mungkin nak cover kekantoian…

Mungkin diorang akan spin pertikaikan Noh Omar dressing macam orang putih lak… Agaknya diorang nak kalau Noh Omar dancing pakai jubah, pakai kopiah… Tapi eXception takut lak bila Noh Omar pakai macam tu diorang akan kata Noh Omar hina Islam pulak… Ha ha ha ha ha ha ha…!! Macam-macam hal…

Ataupun… Mungkin bagi diorang ni… Dancing dengan bini sendiri adalah difatwakan HARAM!! Manakala main dengan bini orang kira HALAL ya?

Jadi bagaimana dengan gambar ni?

Bagaimana pula gambar ini?? Gambar siapa ni?? Cuba teka??

Inilah FB penyebar fitnah di atas: Hamsah Ampang

Inilah gambar yang disebarkan: Noh Omar sedang Stim

Antara blog yang dikesan mencanang fitnah: Gambar : Noh Omar menari dengan siapa ni?

KTC Tawar Pakej Mengorat Isteri Sendiri, PR Tawar Pakej Apa Pula??

Tinggalkan komen

KTC Tawar Pakej Mengorat Isteri Sendiri, PR Tawar Pakej Apa Pula??

Wow!! Marvelous!! KTC tawar pakej Mengorat Isteri Sendiri?? Ini sudah cukup bagus…

Dengar-dengar Pakatan Rakyat pun ada buat pakej yang sama… Malah pakej yang ditawarkan PR ni, berjaya membuahkan hasil…

Pakej ini diberi nama…
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pakej Mengorat Isteri Orang!!

Sumber: Haramjadah Daily: KTC tawar pakej mengorat isteri

Kes Khalwat Badrul Amin. Konspirasi Terancang UMNO?

1 Komen

Konspirasi Terancang UMNO Terhadap Tangkapan Khalwat Badrul Amin

Ramai kalangan bloger BN berpendapat bahawa terkantoinya Badrul (Bapak Setan) Amin tempoh hari merupakan perancangan dalaman PKR…

Akan tetapi eXception berpendapat sebaliknya… eXception yakin bahawa ini semua adalah konspirasi terancang UMNO… Seperti yang berlaku pada Anwar Ibrahim, semuanya konspirasi terancang UMNO…

Mengapa eXception berkata sedemikian?? Lihatlah gambaran konspirasi tersebut…

Kes lain yang serupa…

Khalwat Siap Bawa Anak Untuk ‘Cover Line’

Nasihat eXception kepada Pemimpin PR…
Lepas ni jika kantoi berkhalwat atau meliwat… Jangan segan-segan mengatakan ianya konspirasi UMNO ya??

Apapun ‘Konspirasi Terancang UMNO’ hanyalah khayalan kalangan cybertrooper PR sahaja… Tidak wujud konspirasi seperti didakwa… Jika tidak sudah ramai pemimpin PR yang kantoi ketika di dalam bilik hotel…

A.B.O – ASALKAN BINI ORANG

Desak Nik Aziz Segerakan Perlaksanaan Hudud!

Tinggalkan komen

Ayuh Kita Desak Nik Aziz Segerakan Perlaksanaan Hudud Di Kelantan

MB Kelantan dengan nada yang lantang lagi tegas membangkitkan kembali niatnya untuk melaksanakan hudud yang telah terkubur sejak sekian lama sejak berpeluk dengan kafir harbi DAP… Mungkin Nik Aziz merasakan hudud PAS diperlukan untuk membenteras kes jenayah yang berleluasa atau sekadar retorik untuk menarik semula undi orang melayu kepada PAS…

Apapun alasannya, eXception di sini ingin mengajak semua rakan-rakan sekelian untuk menyokong dan sekaligus mendesak agar Nik Aziz menyegerakan perlaksanaan hudud mengikut acuan PAS di Kelantan… Kami mahu Kelantan menjadi role model negeri yang berjaya melaksanakan hudud… Jika terbukti hudud yang dilaksanakan mengikut acuan PAS, BERJAYA MEMBENTERAS 99.99 % kes-kes jenayah di Kelantan serta mengurangkan kadar penagihan dadah dan bilangan pesakit HIV di sana… Satu petisyen untuk mendesak YAB Perdana Menteri Malaysia supaya segera menukar undang-undang sedia ada kepada undang-undang hudud mengikut acuan PAS…

eXception juga mahu Kerajaan Barisan Nasional memberikan lampu hijau kepada MB Kelantan untuk melaksanakan hudud mengikut acuan PAS di Kelantan. Kerajaan Barisan Nasional boleh jadikan Kelantan sebagai medan ujian keberkesanan undang-undang hudud ala PAS ini…

Jika hudud ala PAS ini berjaya dilaksanakan di Kelantan, eXception mahu orang pertama yang bakal didakwa mengikut undang-undang hudud ialah Mat Sabu. Jika dulu dia terlepas kerana kesilapan teknikal, maka kali ini tidak akan ada kesilapan teknikal lagi, jika kesemua saksi yang membuat serbuan di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu tampil semula. Tuduhan Mat Sabu berzina dengan Normah akan didengari semula mengikut undang-undang hudud.

Kemudian dakwaan terhadap ADUN Selising yang didakwa berzina di dalam koc keretapi juga akan didengari semula… Maka akan dipanggil semula semua saksi yang membuat serbuan… Dan kedua-dua pesalah ini bakal dikenakan hukuman REJAM SAMPAI MATI…

Bagi orang yang menyonglap duit rakyat pula dan orang yang memungut derma untuk poket sendiri hukuman potong tangan perlu dilaksanakan…

eXception juga mahu semua pusat judi di Kelantan ditutup dan diharamkan terus. Kedai menjual arak juga ditutup terus dan lesen dibatalkan. Pusat pelacuran di Kota Bharu terutamanya di Jalan Hamzah dan Kg Limau Manis hendaklah diserbu dan semua pesalah hendaklah didakwa tanpa pilih kasih.

Jika hukum hudud yang mahu dilaksanakan mengikut acuan PAS ini benar-benar telus tanpa memilih kasih atau sebarang pengecualian hukuman pada orang-orang tertentu, maka wajarlah ianya diperluaskan di seluruh Malaysia…

Jika anda mahu Nik Aziz melaksanakan hudud di Kelantan terlebih dahulu, sila tandatangan petisyen ini: Petisyen Mendesak MB Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Segera Melaksanakan Hukum Hudud Di Kelantan.

Artikel Lama: Benarkah Tun Dr Mahathir Menghalang PAS Dari Melaksanakan Hudud Di Kelantan?

Benarkah Tun Dr Mahathir Menghalang PAS Dari Melaksanakan Hudud Di Kelantan?

8 Komen

Nik Aziz Gagal Melaksanakan Hukum Hudud Bukan Sebab Tun Dr Mahathir. Tun M Sudah Memberi Lampu Hijau Pada Nik Aziz.

Aku tertarik membaca satu post dalam Anti PKR Club di dalam Facebook… Di mana secara sinisnya menyindir PAS Kelantan khususnya Tok Garu Nick Ajisz yang beriya-iya mahu melaksanakan hukum hudud, tetapi bersikap berdolak-dalik apabila diberikan jalan untuk melaksanakannya terlebih dahulu di Kelantan… Dipersilakan membaca kenyataan yang aku pinjam dari Facebook Anti PKR Club

Kronologi Proses Permohonan Kelantan Utk Melaksanakan Hukum Hudud (sejak tahun 1993)

1. Selesai tiga tahun mengambil alih pemerintahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kepada rakyat bahawa kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

2. Rang Undang-Undang Jenayah Syariah II Kelantan itu kemudian dibahaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama beberapa hari dan mendapat persetujuan lebih 1/3 ahli dewan rakyat.

3. Rang undang-undang itu kemudian dibawa mengadap Sultan Kelantan untuk diperkenan dan ditandatangani. Dengan sedikit penerangan dan ceramah mengenai hukum hakam Islam iaitu hudud terkandung sebanyak 0.001 peratus dari keseluruhan syariah, lalu bersetujulah baginda Sultan Ismail Petra dan terus menurunkan tanda tangan.
Selama setahun hudud Pas diluluskan, iaitu dari tahun 1993 sehingga akhir tahun 1994, Nik Aziz Nik Mat dan wakil-wakil rakyat Pas Kelantan membuat ceramah ke seluruh negeri untuk menyatakan bahawa hukum hudud Pas perlu dilaksanakan.

4. Bagaimanapun, katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dan dengan itu keluarlah fatwa Nik Aziz menuduh orang Umno kafir kerana menolak hukum Allah.

5. Bagi Dr Mahathir, jika Pas hendak melaksanakan hudud, laksanakanlah di Kelantan iaitu negeri pimpinannya bukan di seluruh Malaysia. sebab negeri lain masih diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.

6. Dia nak buat hudud, buatlah di Kelantan. Kenapa perlu laksanakan sehingga ke negeri lain. Saya sendiri nak tengok bagaimana Nik Aziz potong tangan pencuri, sebat penzina dan merejam perogol,? kata Dr Mahathir pada tahun 1994.

7. Nik Aziz terdiam dan merasakan Pas Kelantan mula terjerat dengan tindak tanduk sendiri untuk melaksanakan hukum hudud. Dr Mahathir sudah memberi lampu hijau, malah bersedia mengambil hudud Pas untuk dilaksanakan di Malaysia jika ia berjaya membanteras kegiatan jenayah dan menepati 100 peratus syariah Allah.

8. Selepas berbincang sesama mereka, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan, Kelantan akan tetap melaksanakan hudud kerana sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan selaku ketua agama di Kelantan.

9. Dr Mahathir kata, okey… teruskan. Kita nak tengok…

10. Kemudian pada 31 Januari 1995, berlakulah persitiwa mengemparkan di Kelantan iaitu Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat) Mohamad Sabu di tangkap berkhalwat dengan seorang suri rumah yang juga isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu.

11. Ketika serbuan dibuat oleh tujuh orang Penyelia Agama ke bilik itu, Mohamad Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau (Hak Milik Kerajaan) dan pasangannya, Norma hanya tidak bertudung kepala.

12. Kedua-duanya sedang berada di atas katil. Mohamad Sabu menyandar dikepala katil, manakala Norma di kaki katil. Ditangan Norma ada sebotol kecil ubat seperti makjun. Bagaimanapun, Norma kata ubat itu ubat buasir.

13. Mengikut hudud Pas Kelantan, jika ditangkap kerana melakukan khalwat, pasangan itu boleh disebat sebanyak 80 kali sebatan. Ia sudah termaktub dan tiada maaf bagi mu.

14. Sejak 31 Januari 1995 sehingga pertengahan tahun 1999, Pas langsung tidak menyebut perkataan hudud. Mereka takut ditempelak oleh rakyat dan Umno yang sebelum ini pernah mendesak Nik Aziz menjatuhkan hukuman hudud ke atas Mohamad Sabu dan Norma.

15. Selepas empat tahun berlalu, beranggapan bahawa rakyat sudah lupa dengan kes khalwat Mohamad Sabu, maka Pas membangkitkan semula hukum hudud untuk memancing undi kerana tidak lama lagi ada pilihan raya (November 1999).

16. Rupa-rupanya, Umno dan rakyat Kelantan tidak pernah lupa walaupun empat tahun berlaku. Sebaik saja Pas menyebut perkataan hudud, maka rakyat bertanyakan Nik Aziz kenapa hudud tidak dilaksanakan ketika Mohamad Sabu ditangkap khalwat.

17. Maknanya, Nik Aziz telah mempermainkan Agama Islam. Apabila penjenayah adalah di kalangan pemimpin Pas, Nik Aziz tidak mahu melaksanakan hududnya.