Hangat!! Hangat!! ADUN DAP Perak Isytihar Bebas!!

Tinggalkan komen

ADUN DAP PERAK ISYITIHAR KELUAR PARTI

Berita yang paling membimbangkan buat Pakatan Reban… Seorang ADUN DAP Perak isytihar keluar parti dan menjadi ADUN Bebas…

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Keshvinder Singh mengumumkan untuk keluar parti dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong kepimpinan Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Keshvinder berkata, beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP kerana kecewa dengan kepimpinan pakatan rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitiking sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

“Saya menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan amat tertarik dengan kepimpinan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Nampaknya, impian Nizar, Ngeh dan Nga untuk kembali menjahanamkan Perak tidak kesampaian. Malah terdapat berita mengatakan pengkhianat melayu bersama teman komunisnya itu sedang bersembunyi kerana malu…

Apapun aku percaya lepas ini Al-Juburi akan mengeluarkan kenyataan bahawa kononnya Barisan Nasional ‘membeli’ ADUN Malim Nawar. Pemimpin Pakatan Reban tersangat ego dan enggan mengakui kesilapan pentadbiran dalam negeri tadbiran mereka.

Apa yang pasti… 16 September 2010 bakal merubah haluan dari Road To Putrajaya kepada Road To Sungai Buloh daa…

P/S: eXception meminta maaf sebab lama tak update, minggu lepas eXception menghadiri kursus Kenegaraan selama 5 hari. Minggu ini barulah mempunyai masa terluang… eXception akan ceritakan sedikit sebanyak pengalaman semasa berkursus nanti…

Ahli Dewan Undangan Negeri (PKR) Bakar Arang Isytihar Keluar Parti

1 Komen

Wei Shu keluar PKR

KUALA LUMPUR 15 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini apabila seorang lagi wakil rakyatnya mengisytiharkan keluar daripada parti itu.

Selepas lapan pemimpinnya mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas sebelum ini, hari ini giliran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Kedah Tan Wei Shu (gambar) pula mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Wei Shu berkata, keputusan keluar parti itu diambil disebabkan rasa tidak puas hati kerana mendakwa dipermainkan oleh pemimpin parti yang beliau sifatkan sebagai ‘kacang lupakan kulit’ yang mempergunakannya untuk kepentingan tertentu.

Tambahnya, beliau telah mengadakan perbincangan dengan para pengikutnya untuk menjadi wakil rakyat Bebas selepas tiada permohonan maaf dibuat oleh pemimpin parti ekoran pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

‘Saya dituduh tidak layak dan tidak boleh bekerja, pada hal saya sudah membuktikan rekod kerja saya dalam dua tahun ini,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau juga meminta kepimpinan tertinggi parti menunjukkan rekod kerja mereka sebelum menuduhnya tidak layak dan tidak menjalankan tugas untuk parti itu.

“Saya minta mereka tunjukkan rekod kerja mereka. Jika gagal, jangan tuduh saya tidak layak dan tidak bekerja sedangkan saya telah membuktikan bahawa saya telah menunaikan janji-janji sebagai wakil rakyat.

“Maka dengan itu saya mengambil keputusan keluar daripada parti kerana tidak boleh lagi bekerja dengan pemimpin yang enggan mengaku kesalahan sendiri,” katanya.

Keputusan Wei Shu itu menjadikan beliau pemimpin PKR kesembilan mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil rakyat Bebas.

Selain beliau, pemimpin PKR lain yang mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas sebelum ini ialah Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering), Mohamad Radzhi Salleh ( Lunas) dan Badrul Hisham Abdullah ( Pelabuhan Klang).

Tiga Ahli Parlimen PKR turut berbuat demikian iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Balik Pulau), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).

Sementara itu, Zulkilfi Noordin (Kulim-Bandar Baharu) pula dipecat daripada parti itu.

Ekoran tindakan Wei Shu itu, Dewan Undangan Negeri Kedah kini terdiri daripada 16 wakil Pas, 14 wakil Barisan Nasional (BN), tiga (PKR), satu DAP dan dua Bebas.

Dalam pada itu, Wei Shu menegaskan, pengundurannya tidak ada kena mengena dengan pelucutan jawatannya sebagi Exco kerajaan negeri Kedah.

“Saya tidak ada pilihan selain keluar daripada PKR. Jika saya masih membiarkan diri dipermainkan, bermakna saya turut bersubahat mempermainkan kepercayaan rakyat.

“Saya tidak mementingkan apa-apa keistimewaan sebaliknya hanya berhasrat membantu rakyat. Lagi pula saya cuma tahu bercakap benar, tidak seperti orang lain yang bermuka dua dan lidah bercabang.

“Saya tidak pandai bercakap bohong, mengampu dan berjanji manis tetapi apa yang saya pandai adalah menyatakan boleh buat atau tidak dan mahu buat atau tidak,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai mana-mana parti politik selepas ini, katanya, setakat ini dia belum memikirkan perkara itu.

Menurutnya, beliau kagum dengan usaha dan teladan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kerap turun padang untuk berbakti kepada rakyat.

“Dulu kerajaan lain, sekarang punya kerajaan Perdana Menteri pun turun padang.

“Saya mahukan pemimpin yang betul-betul untuk rakyat, itu yang penting sekali, bukan soal suka sesiapa. Pemimpin yang boleh jaga rakyat, itu yang saya sokong,” katanya.

Nampaknya krisis dalaman Pakatan Reban tak boleh ditutup lagi dengan nyiru… Bau dah melantung satu Kedah… Tindakan drastik ADUN Bakar Arang pasti mengejutkan pucuk pimpinan Pakatan Reban Kedah yang sedang dok berangan-angan di dalam rumah…

Apa sudah jadi? Inikah petandanya Pakatan Haram ini akan berkubur tanpa nisan?? Apa yang pasti… Pakatan Reban ini mulai rapuh… Menunggu masa sahaja untuk tumbang… Jika PRU lepas rakyat menggunakan kuasa mereka memberi undi protes kepada Barisan Nasional, kali ini aku yakin rakyat Kedah mulai sedar dengan kelemahan pemimpin Pakatan Reban yang lebih kepada syok sendiri dari buat kerja…