Percaturan Anwar Tidak Menjadi?

Hari ini Mahkamah Tinggi membebaskan DSAI dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah telah memutuskan membebaskan Anwar dari dakwaan tersebut.

Bagi eXception, keputusan yang dibuat oleh Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, merupakan satu checkmate kepada Anwar, di mana Anwar kerap mendakwa tidak ada lagi keadilan dalam sistem penghakiman negara. Malah turut mendakwa kerajaan turut campur tangan di dalam kes perbicaraan tersebut.

Akhirnya dakwaan DSAI ibarat meludah ke langit, yang mana air liur bertepek ke muka sendiri… Agaknya apa lagi modal Anwar lepas ni… Adakah mahu mengatakan sistem keadilan mahkamah negara tidak adil lagi? Adakah mahu mengatakan kerajaan campur tangan dalam keputusan mahkamah?? Kini Anwar termalu sendiri di hadapan macai-macainya… Tetapi perlu diingatkan di sini bahawa macai-macai Anwar adalah seperti lembu dicucuk hidung… Biarpun berapa kali Anwar mengencengi mereka hingga hancing satu badan, mereka tetap memuja Anwar… Apapun eXception, teringat satu ayat lama… Si Luncai terjun dengan labu-labunya… Biarkan…

Ramai kalangan blogger pro BN yang kecewa dengan keputusan mahkamah, bagi eXception keputusan ini sudah cukup membuatkan pandangan serong media luar negara yang menganggap sistem keadilan mahkamah kita berat sebelah seperti yang didakwa oleh Anwar ternyata salah… Ini akan menyebabkan pandangan serong media antarabangsa akan teralih kepada Anwar pula… Kerana banyak menipu mereka…

eXception agak kecewa dengan tahap keselamatan semasa perhimpunan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta tadi, yang mana menyaksikan berlaku letupan bom di luar mahkamah. Sepatutnya PDRM melakukan tapisan keselamatan sejak dipintu masuk lagi bagi mengelakkan penyeludupan bahan letupan ke dalam kawasan mahkamah… Dilihat tapisan keselamatan yang dibuat PDRM agak longgar… PDRM juga sepatutnya melakukan pemeriksaan segenap kawasan mahkamah sehari sebelum hari perbicaraan bagi memastikan tidak ada barangan merbahaya diseludup masuk secara curi-curi… Di sini eXception agak kecewa sedikit…

Bagaimanapun kemungkinan Pendakwaraya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan tersebut. Bagi eXception tidak perlu buat rayuan lagi… Walaupun agak kecewa kerana keadilan terhadap Saiful Bukhari Azlan tidak ditegakkan walaupun jelas berlaku aktiviti liwat dan peguam bela Anwar sendiri mengakui bahawa liwat terjadi atas suka sama suka…

Apapun, keputusan telah pun dibuat… Dengan pembebasan ini dijangka bakal mencalarkan lagi imej Anwar yang banyak menghentam Sistem Keadilan negara di mata rakyat Malaysia… Apa yang boleh eXception ucapkan kepada Anwar Ibrahim….

ANWAR!! LU SUDAH KENA CHECKMATE!!

Advertisements