Hassan Ali dipanggil mengadap Pas Pusat

1 Komen

Pas Pusat akan dapatkan penjelasan Hasan

KUALA LUMPUR – Pas Pusat akan mendapatkan penjelasan daripada Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berhubung desakan beliau agar kedudukan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu dikaji semula.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, penjelasan tersebut penting supaya tidak timbul salah faham dan kekeliruan mengenai maksud sebenar desakan itu.

Katanya, beliau akan bertemu dengan Hasan dalam waktu terdekat bagi mendengar sendiri dalam kontek apakah desakan itu dibuat.

“Saya akan dapatkan penjelasan daripada beliau (Dr Hasan) tentang kenyataan itu. Kita perlu dapatkan mengesahan dan dengar sendiri daripada mulut beliau apa yang sebenarnya dicakapkan.

“Pas juga perlu dapat penjelasan dalam kontek apa dia cakap. Ini penting supaya tidak timbul salah faham daripada kenyataan dikeluarkannya,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kewajaran desakan yang dibuat Hasan, Salahuddin berkata, beliau tidak boleh ulas secara mendalam kerana perlu terlebih dahulu mendengar penjelasan daripada Hasan sendiri.

Sementara itu Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar ketika diminta mengulas mengenai tindakan Hasan itu berkata, terpulanglah kepada Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menangani isu tersebut kerana ia berada di bawah bidang kuasa beliau sebagai Menteri Besar.

Mahfuz berkata, Pas Pusat tidak akan campur tangan kerana soal pelantikan seseorang Exco dan keputusan mengenai portfolio yang dipegang terletak di bawah bidang kuasa Menteri Besar.

Keputusan itu, katanya,. bagaimanapun terlebih dahulu dibincang dan dipersetujui bersama di kalangan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan sebarang tindakan berkaitan desakan tersebut semuanya terpulang kepada Menteri Besar Selangor.

“Saya tak nak komen sama ada betul atau tidak tindakan tersebut. Semua portfolio di bawah bidang kuasa Menteri Besar dan terpulang kepadanya untuk membuat keputusan tetapi bagi isu-isu seperti mencampuri urusan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu dibawa berbincang sesama rakan Pakatan agar tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari,” katanya. – Bernama

PAS tidak campur isu arak di S’gor

PAS di peringkat pusat tidak akan mencampuri urusan urusan pentadbiran kerajaan Selangor dalam isu pengharaman alkohol, tegas setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali hari ini.

Kontroversi terbaru muncul antara Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali, juga exco agama Selangor, yang mahu menegaskan pengharaman minuman itu di kalangan orang Islam dan turut meminta seorang exco lagi, yang juga pemimpin DAP, Ronnie Liu agar tidak campur tangan.

Mustafa juga menjelaskan PAS Pulau Pinang telah memutuskan tiga nama calon untuk disenaraipendek oleh mesyuarat jawatankuasa pusat PAS hujung minggu ini bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Sumber: Malaysikini

Nampaknya PAS Pusat sendiri tiada minat untuk campur tangan dalam kes ini. seolah-olah PAS Pusat merestui tindakan Khalid mempertahankan kafir harbi, Ronnie Liu. Walaupun Khalid sebagai MB Selangor, PAS berhak campur tangan kerana PAS juga mempunyai kerusi di Selangor. Sedangkan urusan-urusan negeri lain yang dibawah pentadbiran Barisan Nasional, PAS boleh kacau daun, inikan pula Selangor.

Di sini kita boleh nampak tiada kesungguhan oleh PAS Pusat mengatasi isu ini. Malah tiada kecaman terhadap Ronnie Liu, akan tetapi Hassan Ali pula dipanggil mengadap PAS Pusat. Jika PAS Pusat meminta penjelasan Hassa Ali sudah pastinya, mereka akan bebankan kesalahan tersebut pada bahu Hassan Ali.

Inilah PAS sekarang. PAS yang hanya menjadi boneka Anwar Ibrahim dan DAP. PAS dulu sudah berbeza dengan PAS sekarang. Tiada langsung kesungguhan menegakkan Islam jika ianya berkaitan dengan DAP. Jika BN, pastinya PAS dengan lantang mengecam dan mengutuk tindakan BN.

Isu arak: Hassan Ali desak Ronnie Liu ditukar

Tinggalkan komen

TEGAS… Pesuruhjaya PAS Selangor ketika menemui wartawan di pejabatnya di Shah Alam hari ini. PAS mendesak Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal kerajaan tempatan, Ronnie Liu digantikan dengan orang lain ekoran isu ahli politik campur tangan dalam isu rampasan arak oleh Majlis Bandaraya Shah Alam.

SHAH ALAM: PAS Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri menukar Exco Kerajaan Tempatan sekarang ekoran campur tangan ahli-ahli politik dalam isu jual arak di negeri itu.

Jawatan Exco kanan itu kini disandang oleh Ronnie Liu dari DAP.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu mahu Menteri Besar Selangor sendiri memegang jawatan itu ataupun diberikan kepada mana-mana pemimpin lain.

Pendirian itu diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebentar tadi.

“PAS Selangor menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula atau ditukar berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.

“PAS rasakan bahawa pemegang yang sekarang ini ada sedikit masalah, insiden terdahulu timbul sedikit permasalahan,” katanya.

Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor berkata, beliau belum memaklumkan pendirian PAS itu kepada Menteri Besar dan Ronnie Liu sendiri.

“Perkara ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri esok… Exco PAS akan bawa isu ini,” katanya.

Dalam pada itu menurut Hasan, PAS Selangor mendesak kerajaan negeri supaya serius membanteras penjualan arak di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Katanya, kerajaan negeri perlu segera mengeluarkan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 untuk diguna pakai di seluruh negeri supaya kontroversi berkaitan isu arak tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam.

Bagaimanapun menurut beliau, langkah sedemikian tidak membabitkan hak masyarakat bukan Islam di negeri ini.

“PAS Selangor tidak pernah menuntut agar arak diharamkan dijual atau diminum di kalangan masyarakat bukan Islam.

“Inisiatif yang diambil adalah untuk membebaskan umat Islam Selangor dari pengaruh dan budaya arak yang haram hukumnya di sisi Islam dan bukan untuk mengganggu-gugat hak masyarakat bukan Islam.

Oleh itu jelasnya, PAS Selangor kesal apabila inisiatif untuk mengawal pengurusan penjualan dan aktiviti minum arak di kalangan masyarakat Islam telah dicampuri oleh pihak-pihak tertentu.

Keputusan terhadap gesaan tersebut menurut Hasan dicapai dalam mesyuarat Dewan Harian PAS Selangor kelmarin.

Minggu lalu, Ronnie Liu mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya memulangkan bir yang dirampas di sebuah kedai serbaneka dekat sini.

Kata beliau, ia perlu dipulangkan semula kerana salah faham.

Perkara itu juga telah dikecam oleh Umno Selangor.

Rampasan oleh Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA itu dibuat selepas menerima aduan daripada penduduk setempat sejak beberapa bulan lalu yang tidak berpuas hati kerana mendakwa premis berkenaan menjual minuman keras kepada umat Islam.

Bagi memastikan enakmen berhubung arak tersebut dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin, PAS Selangor juga akan mengeluarkan satu deraf peraturan kecil mengenai penggunaan arak di kalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasa diperingkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Deraf berkenaan bukan satu undang-undang baru, sebaliknya hanya sebagai peraturan yang boleh digunakan oleh kesemua 12 PBT yang ada di Selangor.

“Sekarang ini hanya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang boleh ambil tindakan, jadi sekarang ini kita nak bagi kuasa itu kepada penguatkuasa PBT juga,” katanya.

Sumber: http://www.mstar.com.my

Nampaknya Hasan Ali dah keluar dari gua hantu, tempat pertapaannya. Setelah sekian lama bertapa, barulah dia keluar dan mengeluarkan kenyataan ini. Di harap apa yang dinyatakan oleh PAS Selangor biarlah serius. Bukanlah sekadar melepaskan batuk ditangga. Ataupun bila disergah oleh Ronnie Liu dan ahli kongsi gelapnya, PAS Selangor terus jadi bisu… Apapun tahniah kepada Hasan Ali, kerana anda berjaya. Tapi nanti dulu, kejayaan anda pasti lebih besar jika 2 kilang arak di Selangor anda tutup.