Edisi DUN Tenang – Memperingati Peristiwa Bukit Kepong

Tinggalkan komen

Rakyat DUN Tenang Wajib Tolak Anjing Komunis!!

Salam sejahtera diucapkan… Masih ingatkah korang dengan peristiwa berdarah tanggal 23 Februari 1950? Peristiwa yang berlaku pada awal pagi itu eXception harap masih diingati oleh semua rakyat Johor terutamanya rakyat DUN Tenang. Peristiwa berdarah yang mana serangan bertubi-tubi oleh gerombolan komunis yang cuba menawan Balai Polis Bukit Kepong yang menyaksikan banyak nyawa pasukan keselamatan yang terkorban.

Bukit Kepong dan Tenang terletak di dalam negeri Johor yang pada masa zaman darurat dulu juga merupakan antara kawasan hitam di mana Komunis bermaharajalela di sana. Tentu kalangan rakyat Tenang masih ingat akan kekejaman Komunis di Bukit Kepong? Mungkin ada kalangan anak muda yang sudah melupakan tragedi berdarah tersebut.

Bagi yang ingin mengetahui lanjut tentang peristiwa tersebut, biarlah eXception ceritakan serba sedikit…

Pagi 23 Februari 1950 yang disangka tenang, tiba-tiba bertukar tragedi apabila kira-kira 200 orang pengganas komunis menggempur Balai Polis Bukit Kepong untuk tujuan menawan dan merampas senjata di dalam Balai Polis tersebut. Akan tetapi anggota Polis cuba mempertahankan Balai Polis tersebut dengan menyerang balas dengan senjata yang ada.

Pihak pengganas Komunis tertekan apabila tentangan sengit yang diberikan oleh Sarjan Jamil Mohd Shah dan anggota Polis yang lain, kemudian bertindak kotor dengan menawan dan mengugut isteri anggota Polis dan meminta anggota Polis menyerah diri.

Anggota Polis tetap bertahan dan enggan menyerah diri kepada pengganas Komunis. Sehinggalah akhirnya ramai anggota Polis yang terkorban dalam peritiwa tersebut dan Balai Polis Bukit Kepong dibakar.

Betapa kejamnya pengganas komunis ini hingga sanggup membunuh wanita dan kanak-kanak. Adakah saki-baki pengganas komunis serta anjing-anjing kurap mereka mahu kita sokong di Tenang nanti? Ingatlah betapa sukarnya anggota Polis yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong dari ditawan pengganas, adakah kita mahu memberikan DUN Tenang kepada anjing-anjing kurap komunis ini?

Kalangan anjing-anjing kurap Komunis ini pula menyokong supaya Chin Peng, kepala pengganas komunis yang hidup terbuang di Thailand supaya dibenarkan menetap di Malaysia… Adakah kita mahu menyokong anjing-anjing ini jika apa yang telah komunis lakukan di Bukit Kepong dulu? Adakah kita mahu kepala pengganas yang telah menghuru-harakan Johor dulu kembali semula? Tidakkah korang akan rasa mereka pengorbanan anggota Polis Bukit Kepong terbalas jika korang menyokong anjing-anjing kurap yang berkeras mahu membawa pulang Chin Peng?

Adakah korang mahu keamanan yang anda nikmati sekarang bertukar menjadi keadaan darurat apabila komunis kembali berkuasa? Fikirlah sendiri…

Sumber:
Peristiwa Bukit Kepong
PERISTIWA BUKIT KEPONG
PKM dan Darurat 1948-1960

P/S: Peritiwa Bukit Kepong bukan satu sandiwara atau cerita rekaan, tetapi insiden sebenar yang terjadi. Jika korang mengatakan ianya sandiwara atau rekaan kerajaan, korang patut jumpa doktor check otak korang. Mungkin ada wayar yang short…

Advertisements

RUNDINGAN BALING GAGAL KERANA KEANGKUHAN CHIN PENG

Tinggalkan komen

Pemimpin PKM itu tunjuk sikap angkuh mahu ideologi komunis diiktiraf


SEMINGGU lalu, genap 54 tahun peristiwa bersejarah Rundingan Baling 1955 yang diadakan selama dua hari pada 28 dan 29 Disember 1955 bertempat di Baling English School atau nama barunya, Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putra (SRKTP).

Rundingan khas atau ‘Baling Talk 55’ antara Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng itu antara usaha menuntut keamanan, menghentikan pertumpahan darah, kekejaman dan kezaliman ke atas rakyat.

Proses rundingan di daerah pedalaman Kedah itu juga boleh dianggap antara usaha terakhir kerajaan meyakinkan British bahawa anak tempatan layak memerintah negara sendiri dan bersedia menuntut kemerdekaan.

Buktinya, beberapa hari hari selepas pertemuan bersejarah itu berlangsung, Tunku terus berangkat ke London meneruskan pula rundingan kemerdekaan dengan British.

Namun, Rundingan Baling dikatakan gagal – puncanya cukup mudah, iaitu kerana sikap ego, degil serta keengganan Chin Peng menerima keamanan, tidak sanggup menyerah diri dan memilih pertumpahan darah sebagai saluran perjuangannya.


Dari kiri Rashid Maidin, Chin Peng dan Chen Tien pada awal sesi rundingan. Gambar kecil, perakam suara yang dipasang pada siling bilik rundingan.


Sepanjang rundingan, Chin Peng sudah memperlihatkan sikap tidak percayakan sesiapa, sedangkan kerajaan bersusah payah menjayakan proses itu serta gencatan senjata bagi memastikan pertemuan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Sedikit suntingan catatan Setiausaha Peribadi Tunku, Tan Sri Shafie Abdullah yang menyertai rundingan itu dan catatan wartawan, Harry Miller, memperlihatkan belang sebenar Chin Peng, tetapi maklumat berkenaan sebenarnya jarang dihebahkan.

Catatan berbunyi: “Pada petang 28 Disember 1955, masuklah Tunku bersama Encik David Marshall (Ketua Menteri Singapura), Encik Hamid Jumat, Datuk (Sir) Tan Cheng Lock, Encik Yaacob Latiff, Encik Too Joon Hing, Encik TH Tan dan Tuan Syed Jaafar Albar ke bilik rundingan.

Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin dibawa masuk ke bilik rundingan melalui jalan belakang, iaitu dari rumah penginapan mereka oleh Encik John LH Davis (Pegawai Daerah Butterworth). Chin Peng duduk bertentangan dengan Tunku dan diapit Rashid dan Chin Tien.


Orang ramai berkumpul sepanjang laluan ke sekolah untuk melihat wakil rundingan.


Sebaik saja duduk, Chin Peng terus memperlihatkan sikap curiga, memerhati keadaan sekeliling seolah-olah tidak percaya jaminan keselamatan yang dijanjikan kerajaan. Chin Peng curiga melihat sesuatu yang dilekatkan pada siling bilik rundingan.

Tunku menjelaskan, ia sebenarnya perakam suara untuk merekodkan butiran perbincangan dan meminta Chin Peng supaya yakin, bahkan membenarkan beliau sendiri memeriksa alat itu jika tidak berpuas hati.

Chin Peng bangun, diikuti Chen Tien lalu memeriksa bilik sebelah dan sekeliling tempat rundingan. Selepas berpuas hati, barulah mereka kembali semula ke kerusi rundingan.”

Sikap tidak percaya dan curiga itu berterusan hinggalah tamat rundingan hari pertama. Chin Peng dan rakannya disediakan sebuah bilik tidur di bangunan bersebelahan tempat rundingan. Asal bangunan itu adalah rumah guru dan kini dijadikan galeri pameran.

Individu yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan buat pemimpin PKM itu ialah Jaafar Ismail, 83, tukang kebun sekolah yang bertanggungjawab menyiapkan keperluan rundingan, termasuk makanan dan minuman Chin Peng.

Membahasakan dirinya sebagai Pak Lang, Jaafar berkata, Chin Peng turut curiga dengan kemudahan yang disediakan di tempat penginapan dan langsung ‘tidak menikmati’ apa yang diterimanya.

“Saya diarahkan British supaya menyediakan bilik tidur, menyiapkan makanan dan minuman mereka. Sebuah bilik kecil mempunyai dua katil, siap dengan meja kecil untuk meletak makanan.

“Tetapi, sepanjang dua hari (rundingan), mereka langsung tak sentuh makanan. Langsung tak terusik, bila saya masuk selepas rundingan, keadaannya sama seperti asal. Ada yang kata, mereka takut makanan itu diracun,” katanya.

Ketika diberi amanat penting itu, Pak Lang yang berasal dari Kampung Seberang Pekan, Baling, menyediakan roti, susu dan minuman yang semuanya diletakkan dalam bekas tin bertutup.

Anak jati Baling ini juga hairan bagaimana pemimpin PKM itu boleh bertahan dua hari tanpa makan dan minum. Terdetik dalam hatinya, jika beginilah keadaannya, rundingan pasti gagal kerana Chin Peng langsung tidak percayakan sesiapa.

Memang benar telahan itu kerana ketika rundingan tiba di penghujungnya pada hari kedua, Chin Peng sekali lagi memperlihatkan keangkuhannya untuk meneruskan ideologi komunis tetapi mahu memastikan kerajaan Tanah Melayu dan Singapura berkuasa penuh mengawal urusan pertahanan negara.

Chin Peng berjanji akan menghentikan peperangan serta merta jika syarat itu dipenuhi, lalu Tunku menjelaskan satu daripada sebab beliau ke England ialah untuk mendapatkan kuasa mengawal sendiri keselamatan dalam negeri.

Namun, Chin Peng menegaskan, meletak senjata bukan maksudnya menyerah senjata kepada kerajaan, keputusan yang kononnya hanya akan diambil mereka sekiranya PKM diakui dan kebebasan mereka tidak lagi disekat.

Sikap angkuh itu ditamatkan dengan kata-kata Chin Peng: “Berdamai ertinya menyerah diri. Menyerah diri ertinya satu penghinaan. Kami tidak akan menyerah diri tetapi akan berjuang sampai ke titisan darah terakhir”.

Dengan tegas, Tunku membalas: “Kalau saudara tidak mahu menyerah kalah, kami juga tidak sanggup menerima saudara sekalian menjadi rakyat negeri ini. Kalau keamanan hendak dicapai dalam negeri ini, salah satu pihak daripada kita mesti menyerah.

“Saya tidak sanggup membiarkan Malaya menjadi seperti Korea atau Vietnam. Saya sendiri tidak akan menyerah, sebab itu saudaralah yang mesti menyerah diri,” katanya.

Rundingan berakhir begitu saja disebabkan sikap Chin Peng yang angkuh, sedangkan pada pandangan Tunku, tempoh sehari sudah memadai untuk menyelesaikan rundingan.

Namun, Bapa Kemerdekaan ini sanggup memberi ruang dan peluang mendengar penjelasan Chin Peng hingga ke hari kedua, tetapi proses itu tetap juga menemui jalan buntu.

Info: Rundingan Baling

# September 1955: Tawaran pengampunan beramai-ramai kepada komunis dan 40 juta risalah ‘Tawaran Menyerah Diri’ serta 12,000 pas pengampunan digugurkan di hutan belantara dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil.

# Kandungannya ‘kalau kamu menyerah diri, keluar dari hutan, kamu tidak akan dihukum kerana kesalahan yang kamu lakukan berhubung darurat’.

# Akhir September 1955, Chin Peng memberi jawapan bertulis menyatakan perjuangan komunis berakhir dan meminta gencatan senjata serta rundingan menamatkan perang.

# Surat itu dihantar dari Kampung Kelian Intan, Keroh, Perak kepada Tunku Abdul Rahman; Ketua Menteri Singapura, David Marshall; Sir Tan Cheng Lock dan pemimpin Parti Perikatan lain.

# Pertemuan awal: kerajaan diwakili Timbalan Menteri Pelajaran, Too Joon Hing dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Tanah Melayu, Ian C Wylie, manakala PKM oleh Chen Tien.

# Tiga rundingan awal berlangsung di Kampung Kelian Intan (sehingga November).

# Wylie yang juga bekas Pegawai Pasukan 136 ketika Perang Dunia Kedua cukup kenal Chin Peng dan Chen Tien kerana berkhidmat dalam pasukan sama.

# Tiga hari selepas Tunku pulang dari Indonesia, Chin Tien membawa surat Chin Peng mengandungi cadangan rundingan.

# Tempoh 10 hari terakhir Disember, pasukan keselamatan diarah melaksanakan gencatan senjata mengejut meliputi kawasan 400 batu persegi termasuk Baling, Kroh (Pengkalan Hulu), Kelian Intan dan sempadan Thailand.

# Tiada kata sepakat dicapai selepas PKM enggan menerima pelan damai kerajaan dan meneruskan gerakan bersenjata.

Sumber: Berita Harian Online

Inilah hakikat sebenar mengapa rundingan Baling gagal. Bukan kerana Tunku Abdul Rahman enggan menerima Chin Peng, tetapi Chin Peng sendiri bersikap angkuh. Sikap angkuh dan bongkak Chin Peng ini kita boleh lihat pada sikap pemimpin-pemimpin DAP sekarang…

Sikap mereka amat angkuh dan bongkak… Memang menjengkelkan… Aku pun hairan kenapa PAS sanggup bekerjasama dengan DAP… Sudah jelas DAP ini mahu menyebarkan idealogi komunis yang di bawa oleh Chin Peng. Malah ada yang sanggup mempertahankan Chin Peng dengan mengatakan Chin Peng pejuang bangsa. Bagi aku Chin Peng adalah PEJUANG BANGSAT!!