Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 anjuran Pakatan Rakyat akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya Selasa depan

Satu ceramah perdana akan diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala “fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan Umno dan BN” untuk menghancurkan Pakatan Rakyat, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Beliau, yang juga mewakili sekretariat gabungan pembangkang, berkata program tersebut akan bermula jam 9 malam dan menggesa orang ramai menghadirinya.

Salahuddin memberitahu Harakahdaily bahawa kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.

Mereka yang telah mengesahkan kehadiran masing-masing termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin utama DAP Lim Kit Siang. (Sumber-Malaysiakini)

Kah kah kah lawok betul Fuckatan Riot ni. Nak buat cerekarama lagi. Entah berapa banyak cerekarama diorang nak buat tak tahu lah. Kali ni cerekerama diorang bertajuk: Kerajaan Perpaduan Fitnah UMNO? Setahu kita semua lah, idea Kerajaan Perpaduan A.K.A Unity Government adalah idea yang dikeluarkan oleh ahli tertinggi PAS sendiri. UMNO hanya menyokong dan bersedia sahaja untuk berbincang. Perkara ini bukan fitnah dan bukan propaganda politik UMNO dan BN. PAS nak duduk semeja dengan UMNO, pemimpin UMNO alu-alukan lah. Kalau tak nak bincang tak mengapalah, tak menjadi kudis dan pekung pun kat UMNO dan BN. Yang beriya-iya sebenarnya PAS sendiri. Tetapi setelah dihalang niat tersebut oleh PKR dan DAP, maka niat PAS terpaksa dipendam. La ni diorang nak kata benda ni propaganda UMNO. Macam-macam hal… Al-Juburi nampaknya semakin terdesak antara kes liwatnya dengan keinginan PAS untuk berbaik dengan UMNO. Al-Juburi cukup benci dengan UMNO, dendamnya dengan UMNO masih berbara merah walaupun dah bertahun-tahun lama. Oleh itu dia cuba menyemaikan benih kebencian, dendam, sengketa, tamak, tipu-daya pada PAS. Pemimpin PAS merelakan parti mereka ternoda dengan dosa-dosa ahli-ahlinya yang menyokong Al-Juburi, mereka anggap mereka ahli PAS maka dosa mereka akan diampunkan Allah secara FREE? Allah takkan ampun dosa umatnya selagi umatnya tidak bertaubat nasuha, dan kembali ke ajaran-Nya. Insaflah ahli-ahli PAS sekelian, syurga bukan di bawah tapak kaki Tok Guru korang. Tok Guru korang pun tidak dapat beri jaminan syurga kepada anda semua. Allah sahaja yang berhak menentukan ke mana kita.

Advertisements