Tiada Lagi Demokrasi Dalam PKR.

Tinggalkan komen

Zaid (Katak) Ibrahim Letak Semua Jawatan Dalam PKR (Parti Kencing Rakyat)

Zaid (katak) akhirnya berjaya dikencing dek PKR (Parti Kencing Rakyat) yang dulu dok sibuk memperjuangkan demokrasi tetapi hakikatnya, hanya memperjuangkan orang-orang tertentu di dalam PKR…

Dengan nada orang yang kecewa Zaid berkata; “Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.”

“Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil serta penyelewengan dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,”

Ha ha ha ha ha… Zaid dikencing hidup-hidup oleh Anwar dan kroni-kroninya… Agaknya lepas ni ke mana kata ni nak melompat? Mungkin melompat ke dalam PAS. Adakah ahli PAS sedia menerima Zaid yang merupakan kaki mabuk dan kaki judi ini? Malah Zaid juga secara lantang menentang perlaksanaan hudud.

Jika tak diterima oleh PAS, mungkin Zaid akan menyertai DAP… Tak kisahlah kalo nko nak join mana-mana Zaid. Janji nko jangan jilat ludah untuk menyertai semula UMNO… UMNO juga takkan menerima semula ahli yang telah dipecat…

Nota: Brader Rio Rashid, minta maaf sebab ubah suai sket gambar dari Reformasin

Advertisements

Antara Katak & Bapak Katak?

9 Komen

‘Mengapa saya saja digelar katak?’

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan mengapa beliau sahaja yang digelar ‘katak’ sedangkan menurutnya ramai lagi pemimpin politik yang turut melompat parti.

Beliau bagaimanapun mengakui pernah menganggotai banyak parti – Berjasa, Umno, Parti Semangat 46 (S46) dan kini menjadi wakil rakyat Bebas.

“Kalau dibandingkan dengan orang lompat parti, ada setengahnya lima enam tujuh parti.

“Tengok di Sabah berapa ramai… tidak ada pemimpin Sabah yang tidak lompat parti,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini Jumaat lalu.

Malah, katanya, pemimpin besar negara seperti bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn juga pernah keluar Umno apabila Datuk Onn Jaafar keluar dari Umno, dan beliau (Hussein) kembali semula ke pangkuan Umno.

“S46 masuk balik Umno. Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia) menentang kerajaan, masuk Umno, kemudian keluar (Umno) tubuh (parti) Keadilan, mengapa tidak disebut lompat (katak)?” soalnya.

Katanya, begitu juga dengan pemimpin seperti Marina Yusof, Datuk Asri Muda, Hassan Adli dan ramai lagi.

‘Sama saja…’

“Kenapa saya…kalau lompat (digelar) lontong, monyet, kera… tapi orang lain berapa ramai, Datuk Rais Yatim (Umno-S46-Umno) dan Datuk Shabery Cheek (S46-Umno),” katanya.

Rais dan Shabery kini merupakan anggota kabinet dalam pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sama saja… tapi buruknya Ibrahim Ali… tapi buruk Ibrahim Ali pun tidak ada rekod rasuah dan penyelewangan.

“Saya pegang banyak jawatan juga – pengerusi LKIM, lembaga pengarah KESEDAR, dalam Pernas – adakah orang kaitkan Ibrahim Ali dengan ‘ikan kaloi’?… tak ada … Ibrahim Ali dikaitkan dengan balak?… tak ada…mana (ada)..

“Alhamdullah, kalau dapat pertahan diri 30 tahun jadi pemimpin politik yang tidak dikait dengan rasuah dan penyelewengan kuasa, kira okaylah. Jadi tengoklah kebaikan saya….saya pun berjuang untuk bangsa dan negara juga,” katanya.

Ibrahim berkata, antara sumbangan besarnya ialah perjuangan menaikkan taraf Institut Teknologi Mara (ITM) menjadi universiti.

Katanya, orang lupa bahawa pada 1972, diploma ITM hanya diiktiraf sama dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Tunjuk perasaan

“Ringkas cerita, (semasa) saya menjadi setiausaha agung dan kemudiannya presiden Persatuan Siswa ITM pada 1972,buat memorandum desak kerajaan.

“Pada 22 April (1972), berlaku tunjuk perasaan besar. ITM ditutup dan Tun Abdul Razak Hussein masih menjadi perdana menteri, sehinggalah kita buat rundingan penyelesaian sebahagian daripada diploma ITM pada masa itu diiktiraf setaraf dengan ijazah am di universiti-universiti lain.

“Siapa punya kerja… untuk orang Melayu, untuk Islam. Yang berpekik melolong kata kat Ibrahim Ali tu apakah sumbangan mereka?” soalnya lagi.

Namun, kata Ibrahim, perjuangannya tidak berhenti setakat ini sahaja dan selepas dibebaskan dari tahanan ISA, beliau menyertai politik pada tahun 1981.

“(Semasa) menjadi exco Pemuda Umno, saya lantang balik (mendesak) supaya diadakan fakulti perubatan di ITM untuk orang Melayu dan orang Islam, kerana saya tengok inilah gedung ilmu untuk tingkatkan martabat orang Melayu.

“Bila jadi ahli parlimen mulai 1986, setiap kali saya bahaskan perbelanjaan, saya mesti desak ITM dinaikkan (ke taraf) Universiti… saya juga bercakap dalam Majlis Tertinggi (MT) sehingga (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata ‘kamu ni Ibrahim tak ada kerja lain… ITM universiti, ITM universiti…

“Kemudian bila saya jadi timbalan menteri pada 1997, saya kata, inilah kesempatan paling baik. Saya himpunkan 15,000 bekas siswazah ITM di Stadium Melawati. Waktu

itu Datuk Seri Najib (Tun Razak) selaku menteri pelajaran. Saya pengerusi perhimpunan. Saya berucap dan pelajar angkat kain rentang dan bendera mahukan ITM jadi universiti.

“Saya duduk di tengah-tengah, Dr Mahathir (di sebelah kanan). Perdana menteri tanya kat Datuk Seri Najib boleh tak kita isytihar ITM jadi universiti, peninglah saya dengan Ibrahim ini, itulah kata Dr Mahathir. Najib kata tak ada salah… Dr Mahathir orang yang luluskan, yang melaksanakannya Najib dan saya orang ketiga yang mendesak.

“Ini kerja katak, lutung, orang (yang didakwa) tak berprinsip… Tanyalah siswazah ITM. Tanyalah (bekas pengarah ITM), Tan Sri Arsyad Ayub, pergilah tanya…,” katanya.

– Malaysiakini

Aku bersetuju dengan kata-kata Datuk Ibrahim Ali, bagi aku gelaran tersebut atau lebih baik gelaran Bapak Katak sepatutnya hanya layak diberi kepada manusia di dalam gambar di bawah ini:

Kenapa aku berkata demikian? Sebab manusia di dalam gambar ini lah yang merancang acara lompat parti secara besar-besaran pada tahun yang lalu… Akhirnya perancangannya memakan diri…. Inilah dia Bapak Katak…