Salam Kemerdekaan Buat Semua Rakyat Malaysia

Tinggalkan komen

Salam Kemerdekaan Buat Semua Rakyat Malaysia

Di sini eXception ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan…

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke 55…

Semoga keharmonian dan keamanan ini kekal untuk kita wariskan kepada generasi akan datang…

Hendak mendapatkan kemerdekaan bukanlah satu perkara yang mudah…

Hendak menghancurkan negara cukup mudah…

Sepanjang nenek-moyang kita berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan…

Banyak tragedi dan pertumpahan darah berlaku…

Banyak suka dan duka dilalui oleh nenek-moyang kita…

Terlalu perit untuk mengharungi era penjajahan…

Kemerdekaan, keharmonian dan keamanan bukanlah barang yang boleh digadai dan kemudian ditebus semula…

Harga sebuah kemerdekaan cukup besar…

Timbun sahaja segunung emas sekalipun…

Tak mungkin dapat menebus kembali kemerdekaan yang telah tergadai…

Ingatlah wahai generasi milennium…

Sedarlah dari dibuat mimpi indah…

Jangan terus hanyut hingga ditelan arus masa…

Bangkitlah… Sedarlah…

Malaysiakini Diserang Malware Semua Salah UMNO… Takdir!!

Tinggalkan komen

Kebodohan Tahap Cipan Pencacai Pakatan Rabak Dalam Membezakan Antara Serangan Malware Dengan Hacker

Malaysiakini diserang malware lagi… Nampaknya kes ini yang ke berapa agaknya… Ha ha ha ha ha… Tapi ada blogger bodoh tolol tahap cipan tak tahu beza antara serangan malware dengan serangan hacker… Kemudian secara semberono menyerang UMNO… Kononnya UMNO mengupah hacker letakkan malware dalam Malaysiakini… Ha ha ha ha… Tak kuasa la hacker BN setakat nak letak malware… Baik kasi shutdown terus Malaysiakini…

Kepada yang gagal membezakan antara serangan hacker dan malware… Serangan hacker ada dua akibat, samaada laman utama Malaysiakini kena tukar kepada gambar lain, sebagai contoh gambar Nuar sedang mengotey China Doll… Ini dinamakan deface… Kedua… dengan memadamkan semua kandungan berita dalam Malaysiakini… Kemudian menutup terus Malaysiakini… Itu baru dinamakan serangan hacker… Kalau serangan malware, amaran seperti imej di atas akan terpapar…

Itulah kebodohan yang berlaku kepada blogger Milo Suam yang menganggap serangan malware terhadap Malaysiakini adalah gara-gara hacker UMNO… Tengok sahaja nota kaki di dalam blognya… “Taktik kotor sudah bermula… “

Kepada siapa mesej tersebut disampaikan? Kepada PAS? Kepada DAP? Tidak… Dah tentu ditujukan kepada UMNO serta BN… Disebabkan otak penuh cecair berlendir kunyit, maka otak tak boleh berfikir secara betul… Malah mata juga digenangi cecair kunyit… Lihat sahaja komen-komen di dalam blog Milo Suam ni…

Inilah bukti kebodohan pencacai Pakatan Rabak…

eXception mengambil inisiatif untuk membuktikan bahawa serangan malware terhadap Malaysiakini tidak ada kena mengena dengan UMNO, BN, NFC atau lembu… Jika berkait dengan lembu sekalipun ianya hanya disebabkan otak pencacai PR tahap bodoh macam lembu… Jadi eXception telah check status Malaysiakini melalui Google Safe Browsing… Diagnostic page for malaysiakini.com, maka paparan di bawah telah keluar…

Jadi Google Safe Browsing mengesan malware ini dihost oleh satu domain iaitu: Diagnostic page for jhcgqjwhegorqtg.co.cc, paparan di bawah terpapar…

Dikatakan malware tersebut dihostkan dari domain ini…

Jadi… Lain kali… dalami dulu ilmu blogging… Jangan setakat pandai tabur fitnah dalam blog sahaja dah kira expert dalam blogging… Fahami dulu apa itu serangan malware… Apa itu serangan hacker… Jangan main semberono menuduh tanpa bukti…

Blog penyebar fitnah: Malaysiakini diserang penggodam!

Panduan mengesan malware dalam blog: Bagaimana Hendak Mengesan Serangan Malware Pada Blog?

Tahniah Rakyat Libya. Anda Sedang Menuju Ke Arah Kehancuran…

Tinggalkan komen

Muammar Gaddafi Terbunuh. Rakyat Bersorak. Libya Menuju Ke Arah Kehancuran

Berita mengenai bekas Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang terbunuh semalam tersebar seluruh dunia… Beliau bukan dibunuh oleh Amerika ataupun kuasa asing lain, tetapi rakyat sendiri….

eXception ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada seluruh rakyat Libya terutamanya di sebelah pihak pembangkang kerana anda semua berjaya menempah pakej-pakej malapetaka yang bakal dihadapi nanti.

Lihat sahaja bagaimana keadaan Iraq selepas Saddam Hussein dijatuhkan… Lihat pula keadaan Mesir selepas kerajaan Hosni Mubarak runtuh… Bukan semakin baik, tetapi semakin buruk… Penguatkuasaan undang-undang sudah tiada lagi… Undang-undang rimba diterima pakai… Jika dahulu makan dan pakai cukup… Hari ini kehidupan menjadi daif… Yang kaya bertukar menjadi miskin sekelip mata… Apa gunanya wang bertimbun-timbun di dalam peti besi jika ianya tidak lagi laku? Jenayah berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengenal usia dan jantina… Rakyat bebas membawa senjata ke sana dan ke mari… Undang-undang sudah tiada, maka bebas sahaja mahu membunuh sesiapa yang tidak disuka… Peluru menjadi penegak undang-undang sendiri…

Yang mempunyai senjata, dialah yang berkuasa… Dia bermaharajalela… Akan tetapi semua yang berlaku salah siapa? Adakah salah Amerika? Tidak… semuanya adalah salah rakyat sendiri yang terpengaruh dengan hasutan Amerika… Tujuan mereka tak lain ialah untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan Islam yang menjadi batu penghalang serta pemimpin Islam yang telah lama menjadi duri di dalam daging yang harus dicabut… Maka selepas Iraq, Mesir dan Libya… Kini Syria pula bakal menjadi mangsa… Amerika menyuntik jarum beracun mereka… Segala dakyah-dakyah kebencian serta cerita sengaja direka-reka untuk memburukkan imej pemimpin Syiria bertujuan agar rakyat terpengaruh dan membenci pemimpin… Akhirnya kerana kebencian dan kemarahan… Sebuah negara yang dahulunya aman dan makmur serta dilimpahi rezeki menjadi huru-hara dan miskin… Amerika di belakang hanya ketawa melihat kebodohan rakyat negara tersebut… Ingatlah marah itu api… Api adalah sifat syaitan… Api boleh membakar diri sendiri jika tidak boleh mengawal amarah…

Di Malaysia juga tak kurang menerima tempias atas kematian Muammar Gaddafi… Ramai kalangan anjing-anjing pembangkang beriya-iya mahu Amerika segera campur tangan di dalam politik negara ini. Malah ada yang turut merancang revolusi seperti Mesir dan Libya… Mereka dibutakan dengan kebencian terhadap pemimpin sendiri sehingga sanggup membuka pintu kepada musuh Islam menyelinap… Anjing-anjing kurap ini wajar sekali dihantar ke Libya, Mesir dan Iraq… Biar mereka merasa azab sesebuah negara tidak mempunyai undang-undang… Biar mereka merasa seksa apabila terpaksa berlapar kerana kekurangan makanan…

Kepada anjing-anjing kurap ini, teruskanlah niat anda… Yang bakal menerima padahnya ialah anak cucu anda kelak… Sebuah negara yang aman dan makmur yang sepatutnya kita warisi kepada mereka… Tetapi negara yang mengalami kehancuran yang terpaksa kita wariskan kepada mereka… Suatu hari nanti, anak cucu kita akan kencing di atas kubur kita dek kerana KEBODOHAN kita menggadaikan negara demi kepentingan politik sempit… InsyaAllah semuanya akan terjadi jika itu yang anjing-anjing ini mahukan…