Sultan Selangor tolak cadangan guna duit zakat untuk pembangunan

5 Komen

Sultan S’gor tolak guna zakat selain bantu ummah

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini dengan tegas menolak sebarang cadangan untuk menggunakan wang zakat bagi tujuan selain daripada membantu umat Islam dan pembangunan ummah di negeri itu.

“Beta sekali-kali tidak berkenan wang zakat ini diambil, dipinjam atau disalurkan untuk perkara-perkara lain,” titah baginda ketika merasmikan Konvensyen Integriti Pengurusan Zakat Selangor di sini hari ini.

Dalam sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan supaya wang Baitulmal yang diperoleh daripada sumbangan zakat digunakan bagi tujuan pembangunan negeri.

“Beta tidak berkenan mereka yang luar dari pentadbiran Lembaga Zakat Selangor ini campur tangan dalam pengurusan zakat negeri ini,” titah baginda, lapor Bernama.

Baginda juga mahu supaya dijelaskan kepada rakyat mengenai perbelanjanan kutipan zakat pada setiap tahun.

“Pengurusan zakat hendaklah dilakukan dengan betul dan janganlah adanya berlaku penyelewengan dalam pengurusan, kutipan dan pembahagiannya. Mereka yang melakukan penyelewengan maka akan menerima pembalasan dari Allah Subhanahu Wata’ala,” titah Baginda.

Sultan Selangor juga menjelaskan bahawa baginda sangat-sangat mengambil berat dan mengikuti akan pengurusan zakat di negeri itu.

Baginda bertitah bahawa mereka yang terlibat dalam pengurusan zakat di negeri itu telah diberi penuh kepercayaan dan segala kutipan yang telah dibuat hendaklah diserahkan kepada Lembaga Zakat Selangor sepenuhnya untuk diuruskan dengan sempurna.

Konvensyen sehari itu dianjurkan bersama oleh Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

-Malaysiakini

Kepada Exco-Exco Selangor yang mencadangkan perkara ini, jangan bermimpilah kalo korang nak songlap duit zakat dengan baitulmal pula. Lepas duit rakyat korang songlap melalui projek-projek yang tak munasabah… Perlu diingat, duit zakat bukan digunakan untuk pembangunan tetapi untuk membantu asnaf dan fakir miskin. Macam kitaorang tak tahu niat korang semua… Lepas lulus gunakan duit zakat utk tujuan pembangunan, maka akan disonglap lagi oleh orang-orang yang bernama Ronnie Liu dan Yong Hian Wah…

Advertisements

Lanjutan kisah malang seorang Setiausaha Politik kepada Ketua Kongsi Gelap

Tinggalkan komen


Hari ini Sec-pol aka Pegawai Khas exco kerajaan Selangor,Teo Beng Hock, 30 , terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam. adakah dia benar-benar terjatuh atau ada tangan-tangan sial yang menolak dia supaya dia terjatuh?

Siapa Teo Beng Hock ni? ramai yang tahu dia ni sec-pol aka pegawai khas kepada Ean Yong Hian Wah salah seorang exco kerajaan negeri, tapi ramai yang tak tahu yang Teo ni dulu pernah menjadi pegawai khas kepada MP Petaling Jaya Utara iaitu Tony Pua, si Teo ni dah lama pemimpin DAP berbulu dengan dia. masih korang ingat lagi pada 25 Mac lepas, Karpal Singh pernah memaki Pemuda UMNO dalam Parlimen dengan ayat “celaka” berikutan dengan kes itu, pemuda umno datang memnuntut penjelasan daripada karpal dan meminta karpal memohon maaf, tapi karpal buat bodo je sehinggalah berlaku pertengkaran dan hampir-hampir terjadinya pergaduhan antara pemuda umno dan hero matcha gobinad singh deo.

Dikatakan terdapat 2 rakaman video ketika insiden tu berlaku, rakaman video pertama di percayai di rakam oleh salah seorang ahli DAP dari pada ipoh timur dan satu lagi rakaman video di rakam oleh seorang pegawai khas kepada ahli parlimen petaling jaya utara Tony Pua, rakaman video kedua itu kemudiannya di dowload kedalam youtube, orang yang bertanggung jawab merakam video itu ialah Teo yang baru sahaja mati petang tadi, dalam rakaman video tu, memang jelas yang pemuda umno langsung tidak mengusik karpal yang lumpuh separuh badan.

Bila kepimpinan DAP tahu Teo yang mengedarkan klip video tu, maka si Teo ni diberikan warning oleh berberapa gangstar yang di payung oleh Ronnie Liew dan Teo di tukar oleh kepimpinan DAP untuk bertugas di SUK dan Pejabat Adun Sri Kembangan supaya Ronnie dan Ean Yong Hian Wah supaya senang untuk memantau pergerakannya.

Menurut sumber, Teo kurang berpuas hati dengan cara pentadbiran berberapa adun DAP di selangor, cara Ronnie dan Hian Wah menggunakan kongsi gelap dalam pentadbiran kerajaan dan dengan suka-suka mengunakan peruntukan kewangan kerajaan negeri membiayai kegiatan kwong si gelap tidak di senangi oleh Teo dan memang betul apa yang di laporkan oleh ahli parlimen wangsa maju YB. Wee Choo Keong yang mana ronnie dan Hian wah menggunakan kongsi gelap, dan pejabat Exco telah digunakan sebagai tempat bermesyuarat mereka yang dikatakan mempunyai kaitan dengan peniagaan haram dan aktiviti haram.

Mungkin tidak tahan dengan kerenah kongsi gelap yang selalu turun naik pejabatnya maka Teo mula mengugut Ronnie dan Hian Wah supaya memberhentikan segera kegiatan itu tapi tidak di endahkan oleh dua ekor exco itu. sudah tidak tahan dengan keadaan itu maka Teo dengan beraninya membuat laporan kepada SPRM tentang kegiatan ronnie dan Hian Wah.

Bagaimana pula ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.Selain Ean dan Lau, Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama) and Edward Lee (Bukit Gasing) turut terlibat?

Perlu di ingat, file-file kes adun-adun yang lain tu telah lama berada dalam simpanan SPRM dan hanya menunggu masa sahaja untuk di bongkar, mungkin SPRM melihat ini lah masa yang sesuai, maka SPRM pun bertindak la, kalau aku pun jadi SPRM aku akan kumpul bukti kaw-kaw lepas tu aku borong la semua sekali. kalau korang perhati betul-betul adun-adun cina yang kantoi tu, depa ni berkongsi satu majlis perbandaran yang sama, sebagai contoh, Teressa dan Hannah berkongsi sama PBT iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya, Wing Yin, Elizabeth, Edward dan Lau Weng San pula berkongsi Majlis Bandaraya Petaling Jaya. so korang pun paham la kan ape yang dia orang rebutkan sangat kan….

Maka diatas percaturan dan sifat tamak mereka ni yang menjadi mangsa ialah Teo, perlu di ingat, kesemua adun cina di selangor menggunakan kwong-si gelap untuk menjaga mereka dan Ah Long pula menjadi banker mereka, tahu-tahu je la kalau dah pakai kwong-si gelap dan Ah Long, ade je la permintaan mereka yang mengarut yang nak tak nak adun-adun cina ni kena penuhi.

Tapi bukan setakat adun-adun cina ni je yang SPRM nak angkut, masih ada lagi berberapa adun PKR melayu dan India yang akan SPRM angkut, antara adun-adun dalam permerhatian SPRM ialah Adun Batu Tiga, Adun Kota Damansara, Adun Seri Muda, Adun Kota Anggrik dan Adun Seri Setia, so pesan det korang standby je la….
So aku tak heran kalau tengok berita tv3 malam tadi yang ronnie meracau-racau dalam pejabat SPRM pasal dia tahu dia akan kantoi tak lama lagi.

Petikan dari blog: Darul Ehsan Today

Aku tak mahu komen banyak-banyak, sebab kes dalam siasatan Polis, so aku tak mahu ganggu siasatan pihak berkuasa. Jadi kita tunggu sahaja hasil siasatan Polis nanti.

SU politik exco mati. Angkara SPRM atau kongsi gelap?

5 Komen


Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut

Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.


(foto: Teo, kanan, bersama Ean Yong berbual dengan pegawai siasatan di pejabat exco itu)

Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.

Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.

Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.

Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo – sebagai saksi kes – selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.

SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Sementara itu, SPRM mengesahkan sedang menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan wakil rakyat.

Shukri mengesahkan suruhanjaya itu semalam menyerbu empat pejabat ADUN berkenaan dan meneliti beberapa dokumen bagi membantu siasatan, lapor laman web Utusan Malaysia.

“(Siasatan) itu prosedur biasa. Kalau kita terima apa-apa aduan, memang kita akan ke pejabat atau rumah mereka,” katanya kepada pemberita di Akademi SPRM hari ini.

Sementara itu, peguam M Manoharan, yang menemani Teo ke pejabat SPRM semalam berkata, mendiang kelihatan biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi sebarang tekanan.

“Dia nampak gembira dan tenang. Saya menasihatkannya bagaimana hendak mengendalikan soal siasat tersebut kerana saya tidak dibenarkan untuk bersamanya” katanya.

Manoharan, yang juga ADUN Kota Alam Shah kali terakhir melihat Teo pada kira-kira jam 7 petang semalam.

Setakat jam 6 petang ini, mayat Teo masih berada di atas bumbung tempat dia jatuh.


Pejabat SPRM di Shah Alam

Komputer riba Teo dirampas

Pejabat Ean telah diserbu SPRM semalam di mana sebuah komputer riba milik Teo dan sebuah komputer meja telah dirampas.

SPRM juga menyerbu pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Selain Ean dan Lau, lima lagi wakil rakyat Pakatan turut disiasat, iaitu Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama) and Edward Lee (Bukit Gasing).

SPRM sebelum itu telah menyoal siasat beberapa orang, termasuk pembantu lima wakil rakyat – Ean, Lau, Kok, Wong dan Yeoh.

Wakil rakyat Pakatan Selangor masing-masing diberi RM500,000 setahun untuk membiayai program kemasyarakatan di kawasan masing-masing. SPRM mendakwa dana tersebut telah disalahguna.

R Sivarasa, yang juga ahli parlimen Subang berkata, kematian Teo berlaku dalam keadaan yang meragukan.

“Sehingga ini, kita mempertanggungjawab SPRM terhadap kematian tersebut sehingga kita mendapat penjelasan yang memuaskan,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

Ada pendapat yang mengatakan ianya angkara SPRM. Tapi kemungkinan juga ianya angkara kongsi gelap yang tidak mahu kes tersebut bersangkut dengan kegiatan mereka? Ini kerana baru-baru ini Ronnie Liu dikaitkan mempunyai hubungan dengan kegiatan kongsi gelap. Ini adalah kerana trend kongsi gelap yang membunuh mana-mana orang yang mengetahui rahsia mereka agar kegiatan mereka tidak dihidu oleh Polis. Siapa tahu? Ini merupakan pendapat peribadi aku. Kerana aku musykil, agak mustahil SPRM boleh bertindak sedemikian di dalam bangunan atau premisnya sendiri. Ada sesiapa mempunyai pandangan masing-masing?

Apapun, sebagai seorang setiausaha politik exco, sudah pasti dia mempunyai banyak maklumat dan rahsia tentang exco-exco Selangor. Dan sudah pasti sebagai langkah mengelakkan dia membuka mulut, adalah lebih baik menutup mulutnya sahaja. ‘Dead man tells no tales’. Maksud aku, ialah orang mati tidak akan berupaya bercakap lagi. Maka MATI sahaja jalan yang terbaik bagi mengelakkan kegiatan terbongkar.