Syabas PDRM. Pengawal Rompak Bank Berjaya Ditangkap.

Pengawal keselamatan yang merompak sebuah bank di USJ dan menembak kerani bank dengan pump gun (gambar) pada 23 Oktober yang lalu, akhirnya berjaya diberkas oleh PDRM di Kampung Belungkor, Kota Tinggi pada jam 7 pagi tadi, demikian menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Bertindak atas maklumat, Pasukan Ops Cantas Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya memberkas lelaki terbabit dan berjaya menyelesaikan kes itu. Baru-baru ini negara dikejutkan dengan rompakan kejam di sebuah bank oleh pengawal keselamatan institusi kewangan itu sendiri yang turut menembak mati pegawai operasi bank berkenaan, Norazita Abu Talib, 37.