Apakah Itu Sentimen Perkauman

Tinggalkan komen

Racism For Dummies

Apakah itu sentimen perkauman?
Perkauman bermaksud sebarang kenyataan yang menyebelahi, menyokong dan mempertahankan bangsa melayu.

Adakah sebarang kenyataan mempertahankan hak kaum selain melayu boleh diistilahkan perkauman?
Tidak. Kerana mereke mempertahankan hak mereka.

Tentu korang panas bila baca kenyataan di atas. Ianya bukan kenyataan sesiapa, cuma soalan sindiran aku tujukan pada kaum yang tak sedar diri.

Aku cukup jelek dan menyambah dengan Kementerian Dalam Negeri seolah bertindak macam pondan serta memilih bulu. Sudahlah isu Cikgu Siti Insyah belum reda. Malah Namewee pula dilepaskan tanpa sebarang pendakwaan. Ditambah lagi dengan kenyataan kononnya BTN memberi ceramah perkauman. Hanya semata-mata BTN memberi ceramah mengenai nasib bangsa melayu pun dikatakan perkauman? Lainlah jika BTN menghina dan mengutuk kaum lain.

Aku tak faham dengan tindakan Hishamuddin ni. Apabila timbul isu perkauman yang dilaporkan oleh kaum lain, segera disiasat. Jika bangsa melayu melaporkan penghinaan yang dilemparkan oleh Namewee kepada bangsa melayu, dibuat senyap dan tak endah….

Apapun, tahniahlah kepada KDN kerana berjaya memperlekehkan bangsa melayu dan membiarkan anak babi bernama Namewee dilepas liar bebas….

MalayNoPhobia… Sejenis Penyakit Fobia Baru…

1 Komen

Apakah Itu MalayNoPhobia?

MalayNoPhobia adalah penyakit fobia baru yang sudah lama melanda Malaysia. Ianya hanya berjangkit kepada kaum-kaum chauvinist yang sangat fobia dengan kemajuan serta bersatunya orang-orang Melayu…


Beginilah rupa chauvinist yang fobia dengan bangsa melayu

Penyakit fobia ini jarang dialami oleh orang melayu sendiri… Sebab sudah nama penyakit ini MalayNoPhobia iaitu fobia dengan bangsa melayu….

Orang yang menhidapi penyakit fobia ini mempunyai simptom-simptom resah dengan kejayaan orang melayu, dengki dengan majunya orang melayu dan takut dengan bersatunya orang melayu…

Tiada rawatan yang khusus untuk penyakit ini, kecuali hanya perlu dirujuk ke Pakar Psikiatri ataupun perlu dikuarantin di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan serta Hospital Permai di Tampoi… Ini bagi mengelakkan penyakit fobia ini berjangkit kepada orang lain…

Cara jangkitan penyakit ini terhad melalui suara sahaja. Memang pelik, kerana tidak seperti H1N1, yang boleh berjangkit melalui udara… Penyakit ini berjangkit apabila perasaan chauvinism terlalu tebal… Kemudian menghasut pula orang lain… Supaya membenci orang melayu…

Langkah pencegahan penularan… Hanya khidmat nasihat diperlukan… Chauvinist-chauvinist ini dinasihatkan supaya BERAMBUS keluar dari negara ini dan anda boleh lepak mana-mana negara seperti Singapura dan China… Kerana negara ini asalnya milik orang melayu…. Orang melayu sejak zaman Kesultanan Melaka lagi sudah bertapak di sini… Perlu diingatkan bahawa Malaysia pada asalnya digelar sebagai Tanah Melayu… Walaupun penduduk pribumi merupakan penetap asal, tetapi kami orang melayulah yang memajukan Tanah Melayu ini…

Bila Melayu Cakap, Dikatakan Menghasut, Orang Lain Cakap, Dikatakan Kebebasan Bersuara

Tinggalkan komen


Oleh Semut Besi

Semut Besi percaya, ramai yang menjangkakan, kenyataan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang mencadangkan agar kerajaan mewujudkan hanya satu sistem pendidikan berteraskan semangat kebangsaan, pasti akan mendapat bangkangan daripada orang bukan Melayu.

Telahan itu terbukti benar, walaupun matlamat murni atas alasan bagi menyatupadukan rakyat dan mengelak polarisasi kaum di negara ini, namun puak-puak cauvinis sudah pasti akan menentang kononnya mahu mempertahankan sistem pendidikan ibunda masing-masing.

Benar, selama ini hanya Malaysia yang memberikan kelonggaran kepada penubuhan sekolah-sekolah cina dan tamil, namun inikah hasilnya seperti yang kita lihat ketika ini?

Ke mana perginya usaha-usaha menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

Semut Besi yakin, suasana di Malaysia ketika ini hanya di permukaan sahaja nampak aman damai, tetapi realitinya semangat perkauman begitu menebal sekali.

Pergilah ke mana-mana, amat jarang sekali boleh dilihat orang Melayu, Cina dan India duduk semeja menikmati makanan, itu hanya sekadar asas untuk dijadikan contoh.

Ketika politik Melayu dikatakan mengalami perpecahan akibat kehadiran Datuk seri Anwar Ibrahim, seorang yang pernah disabitkan dengan kesalahan tidak bermoral dan liwat tetapi tidak diangkat menjadi ‘hero’ akibat sikap orang nombor satu yang kononnya mahu menegakan keadilan dan ketelusan, kini kaum-kaum lain semakin galak mempersoalkan kepentingan Melayu.

Bukan DAP, tetapi parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) sendiri telah membuktikan mereka bukanlah rakan kepada UMNO ketika suasana politik negara masa kini.

Dengan tidak semena-mena, terhambur dari mulut pemimpin mereka, kenyataan-kenyataan mempersoalkan orang Melayu, seolah-olah kegagalan calon-calon mereka pada pilihan raya umum lalu sekaligus menyaksikan buat pertama kalinya BN gagal mengekalkan mejoriti dua pertiga di Parlimen, berpunca daripada UMNO.

Orang Melayu dan agama Islam diperkotak-katikkan oleh puak-puak yang merasakan mereka kini semakin kuat, Raja-Raja Melayu tidak dihormati, peraturan negara dipermainkan, malah 1,001 macam lagi telatah puak-puak cauvinis ini yang begitu memualkan.

Sekian lama orang Melayu bersabar, bertolak-ansur, makin besar kepala puak-puak ini.

Bagi Semut Besi, bukan sekadar Lim Kit Siang mahupun Karpal Singh, namundari sebesar-besar pucuk pimpinan parti BN sendiri seperti Datuk Seri Ong Tee Keat, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Datuk Seri S. Samy Vellu, Datuk Seri Chua Soi Lek, Datuk Tan Lian Hoe, mereka tidak boleh lari daripada mengakui pernah mengeluarkan kenyataan menghiris hati orang Melayu.

Bukan seolah-olah lagi, tetapi sememangnya mereka lupa bahawa mereka berada di Parlimen, hasil kemenangan kerusi masing-masing selama ini adalah menerusi undi orang Melayu.

Tetapi sekali orang Melayu bersuara, nah kita lihak apa tindak balas mereka terhadap Datuk Ahmad Ismail.

Mereka menuntut UMNO mengambil tindakan menyebabkan akhirnya dengan berat, UMNO terpaksa bertindak dan Ahmad digantung tiga tahun keahlian dalam parti.

Semut Besi percaya, sekarang mereka juga mahu melihat tindakan yang sama dikenakan terhadap Mukhriz pula seperti mana kenyataan Tee Keat, Soi lek dan Liow Tiong Lai yang membelasah Mukhriz dengan secukup-cukupnya.

Malah, Samy Vellu yang selama ini bergantung kepada undi Melayu tetapi kini ditolak termasuk pengundi India sendiri, mendesak Peguam Negara bertindak terhadap Mukhriz.

Inilah bahana apabila orang Melayu bersuara. Mereka akan dianggap membangkitkan soal-soal perkauman tetapi pada masa yang sama puak yang beranggapan sedemikian dengan lancang terlebih dahulu menyakiti hati orang Melayu.

Kit Siang menuduh Mukhriz sebagai menghasut walaupun kenyataannya sekolah vernakular ini menjadi punca sebenarnya kenapa kaum-kaum di Malaysian ini semangkin renggang.

Nampak sangat Kit Siang ini bias terhadap Melayu, bila Soi Lek kata Ketuanan Melayu tidak releven, beliau sikit pun tidak komen sebab yang kena itu orang Melayu.

Tetapi bila kepentingan Cina disentuh dengan bingkas dia bangun menentang Melayu sebagai penghasut, kalau tidak mahu kepentingan mereka disentuh jangan mencabar ksebaran orang-orang Melayu.

Apa semua ini?

Kalau nak diikutkan cadangan menubuhkan sekolah satu sistem itu lebih rasional demi untuk perpaduan kaum di negara ini dan tidak boleh dianggap perkauman jika mereka sendiri sama-sama mempunyai semangat kebangsaan seperti kita semua.

Tetapi ternyata mereka sendiri tidak mahu mengiktiraf Melayu sebagai tuan kepada negara ini, kononya tidak mahu menjadi hamba kepada kaum Melayu walaupun amat jelas sekali negara ini sememagnya bersultankan bangsa Melayu sebagai ketua negara, malah ketua kerajaan kita pun adalah berbangsa Melayu yang menjadi pemerintah kepada negara ini, ini adalah hakikat, bukannya hasutan untuk menghina bangsa dan kedudukan mereka.

Ada pihak merasakan apa yang diperkatakan oleh Mukhriz adalah bertujuan untuk memulangkan paku buah keras kepada kaum-kaum lain yang langsung tidak mahu memahami konsep di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Setelah bermacam-macam tuntutan dikeluarkan oleh pemimpin politik ini, nampaknya mereka tidak boleh menerima hakikat bahawa orang Melayu di negara ini juga mempunyai tuntutan!

Mereka perlu ingat, konsep Ketuanan Melayu, hak istimewa orang Melayu dan kedaulatan agama Islam bukan datang secara tiba-tiba, konsep begini tidak akan wujud sekiranya dari awal lagi orang Melayu menjadi satu kaum yang dominan, kuat, kaya dan membentuk majoriti yang tersangat besar di negara ini, sama seperti Melayu di Indonesia, Siam di Thailand dan Cina di Singapura.

Konsep-konsep itu bagi Semut Besi, wujud kerana keterpaksaan orang Melayu untuk menerima mereka ke dalam Persekutuan Tanah Melayu yang bersedia untuk merdeka beberapa tahun selepas itu.

konsep-konsep itu wujud bersama pengorbanan besar orang Melayu selepas selama ribuan tahun mendiami tanah Semenanjung, membayar dengan darah, keringat dan air mata demi mempertahankan negara ini yang dijajah silih berganti oleh Siam, Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.

Jangan lupa juga bahawa negara ini juga pernah dijajah oleh puak-puak ini selama 14 hari melalui komunis yang ketika itu dikenali sebagai bintang tiga.

Bayangkan, selama hampir 500 tahun dijajah, orang Melayu perlu sekali lagi berkorban semata-mata ingin melihat tanah ini dipulangkan kepada mereka.

Orang Melayu berada di persimpangan dilema ketika itu, seolah-olah ditelan mati emak, diluah mati bapak, ibarat perlumbaan jalan kaki secara marathon, dalam keadaan mendahului, garisan penamat sudah kelihatan, namun keletihan membuatkan seolah-olah penamat berada terlalu jauh dalam jangkauan.

Orang melayu akhirnya membuat keputusan, pengorbanan ini diharapkan menjadi yang terakhir, dengan tuntutan sedikit keistimewaan diberikan kepada mereka, selaku tuan tanah kedaung.

Hari ini, selepas kuasa politik yang melindungi orang Melayu di negara ini ditewaskan oleh rakyat terbanyak, hasil dari manipulasi, tipu helah dan fitnah yang berleluasa, ditambah dengan keangkuhan pemimpin-pemimpin yang berada di puncak kuasa, orang Melayu dituntut saban hari untuk melepaskan sedikit hak yang mereka ada.

Sayangnya, hanya hak Melayu dituntut, dan apabila Melayu menuntut supaya hak yang diberikan kepada golongan pendatang ini turut dikembalikan, orang Melayu dituduh menghasut, perkauman, cuba menjadi jaguh.

Mukhriz hanya melontarkan satu daripada puluhan, kalau tidak mungkin ratusan tuntutan yang ingin dibuat oleh orang Melayu – reaksinya adalah keengganan dan sanggahan keras,

Oleh itu kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang kini sedang berada di puncak kuasa, baik dari UMNO, PAS mahupun PKR, rayuan orang Melayu adalah jangan langsung diberi ruang kepada golongan ini menuntut lebih daripada apa yang sepatutnya.

Sumber: http://www.malaysia-instinct.com

Pas Perlu Mengkhianati Melayu Jika Kerajaan Pakatan Rakyat Ditubuhkan.

Tinggalkan komen


Oleh Lebah Kota

Apakah orang-orang Melayu dalam Pas bersedia untuk mengorbankan hak keistimewaan Melayu jika kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan suatu hari nanti?

Tidak perlulah berpura-pura kerana orang-orang Melayu dalam Pas pun selama ini menumpang tuah yang banyak dari hak keistimewaan Melayu di negara ini.

Semua tahu bahawa anak-anak orang Pas pun selama ini menumpang tuah.

Bukan sikit, tetapi untuk sekian lamanya dan sekian ramainya anak-anak penyokong Pas yang menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara atas kelebihan hak keistimewaan Melayu di negara ini.

Yang belajar di IPT tempatan pun sama juga.

Ada ramai juga penyokong Pas yang diberikan peluang menjadi peneroka di Felda-felda seluruh negara.

Sebenarnya, pelbagai kelebihan orang Melayu selama ini dinikmati bersama Melayu dalam UMNO dan Melayu dalam Pas.

Banyak lagi keistimewaan lain yang turut diterima seperti membeli rumah pada harga bumiputera dan sebagainya.

Namun, ketika ini Pas berkerjasama dengan DAP untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

DAP kiblat perjuangannya adalah bersandarkan gagasan Malaysian Malaysia, yakni hak sama rata untuk semua penduduk di negara ini.

Jadi, kalau kedua pihak ini hendak membentuk kerajaan suatu hari nanti, maka apakah DAP akan menerima kerajaan yang masih memberikan hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu?

Itu bertentangan sepenuhnya dengan gagasan perjuangan parti itu. Jangan kita lupa kenyataan pemimpin DAP “langkah mayat saya dulu” dalam hal pembentukan negara Islam ini.

Penentangan terhadap penubuhan negara Islam sangat menebal dalam DAP.

Jika sebuah kerajaan di bawah Pakatan Rakyat hendak diwujudkan, maka salah satu pihak, sama ada PAS atau DAP perlu menipu penyokong masing-masing suatu hari nanti.

Kalau Pas berkata hak keistimewaan Melayu sudah tidak penting, penulis sebagai rakyat yang kerdil ini ingin mencabar mereka agar tampil menyatakan perkara itu secara terbuka dan jelas.

Katakan “Orang Melayu tidak lagi memerlukan keistimewaan di negara ini”.

Dan kalau itu benar, maka penyokong-penyokong Pas perlu berhenti menggunakan segala kelebihan yang ada di bawah hak keistimewaan Melayu bermula dari sekarang juga!

Jika Pas berkata hak keistimewaan Melayu itu perlu kekal, maka siapa yang akan menipu penyokong siapa pada masa akan datang jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan?

Jika hak keistimewaan Melayu tidak dihapuskan, maka DAP menipu penyokong mereka.

Jika hak itu dihapuskan pula, apakah tidak Pas bakal mengkhianati orang Melayu di negara ini kelak?

Rasanya majoriti orang Melayu, termasuk penyokong-penyokong Pas sendiri masih mahukan hak keistimewaan Melayu itu dipertahankan.

Bukan sesuatu yang terlampau bila hak itu diminta untuk dipertahankan, kerana ia bukan diterima orang Melayu secara suka-suka, tetapi melalui satu pengorbanan yang besar apabila membenarkan kaum pendatang Cina dan India di negara ini diberikan hak kerakyatan.

Dan dalam hal ini, pendapat PKR tidak penting untuk kita utarakan kerana ada hak atau tidak, yang penting pemimpin mereka dapat menjadi Perdana Menteri, sudahlah.

Sebab itu Anwar Ibrahim depan orang Melayu cakap lain, depan orang Cina dan India cakap lain.

Lagipun, kalau ikutkan cara Anwar, hampir pasti hak keistimewaan Melayu akan dihapuskan. Kalau 2 lawan 1, rasanya Pas pun tidak boleh berbuat apa-apa lagi dah nanti.

Jadi persoalan sekarang, kerajaan Pakatan Rakyat kelak jika ditubuhkan, siapa tipu siapa, siapa khianati siapa?

Adakah DAP akan menipu penyokong mereka, atau Pas akan mengkhianati Melayu?

Mengubah sedikit haluan rencana ini, Lebah Kota ingin berkata bahawa dalam konteks kerajaan perpaduan yang sedang diperkatakan sekarang, rasanya adalah lebih baik sekiranya Pas menukar kapal, yakni berpindahlah kepada UMNO dan BN berbanding berjuang dalam Pakatan Rakyat.

Dengan cara ini sekurangnya, Pas dapat bersama membentuk kerajaan dan ia tidak perlu mengkhianati sesiapa. Hak keistimewaan Melayu akan dapat dikekalkan, malah tanpa DAP, mungkin lebih banyak lagi aspek-aspek keislaman akan dapat diserap masuk ke dalam pentadbiran kerajaan.

Jangan lupa, ahli-ahli UMNO pun orang-orang Melayu beragama Islam juga.

Mereka pun sayangkan agama mereka dan pasti mahu melihat lebih banyak tempat untuk Islam dalam pentadbiran negara.

Dan kalau Pas kekal dalam Pakatan Rakyat, maka hampir pasti ia perlu menikam bangsanya sendiri dari belakang suatu hari nanti.

Dan rasanya Tuan Guru Abdul Hadi Awang pun tahu apakah dilema yang bakal dihadapi partinya jika mereka terus kekal dalam Pakatan Rakyat.

Sebab itu beliau tampil dengan idea kerajaan perpaduan yang gagal difahami sebahagian besar ahli-ahli Pas sendiri.

Apa pun, fikir-fikirkanlah…

Sumber: http://www.malaysia-instinct.com