Permohonan BR1M 2.0 Sudah Dibuka

Tinggalkan komen

Permohonan BR1M 2.0 Sudah Dibuka

Berita baik kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan bawah RM 3000.00 sebulan, permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 sudah mula dibuka sejak semalam (1 November 2012). Bagi pemohon yang pernah memohon pada tahun lepas, anda tidak perlu lagi mengisi borang, kecuali sekiranya anda ingin mengemaskini permohonan anda disebabkan kematian ketua keluarga, perceraian atau hal yang lain.

Borang rasmi Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 boleh dimuat turun di sini: Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0

Sekiranya terasa malas nak memegang pen, dan menghantar borang ke LHDN… Tak perlu susahkan diri anda… Boleh isi secara online di sini: Permohonan Online Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0

Syarat-syarat permohonan adalah seperti di bawah:

Isi rumah yang layak (RM500):

  • Warganegara Malaysia;
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan
    jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
    Berkahwin;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang
    sama).
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953
    dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Individu yang layak (RM250):

  • Warganegara Malaysia;
  • Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun
    dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
    bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  • Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  • Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

BR1M: Hotline Kerap Sibuk. Emel Tidak Berjawab. Apa Sudah Jadi?

1 Komen

BR1M: Talian Hotline Sentiasa Sibuk. Emel Tidak Berjawab. Apa Sudah Jadi?

Ramai yang dok bising sebab tak dapat nak ketahui status permohonan BR1M mereka samaada berjaya atau tidak.

Seolah-olah susah sangat nak tahu status diorang…

Dail talian hotline BR1M, sentiasa sibuk… Ramai yang merungut…

Malah emel juga langsung tidak berjawab…

Apa punya mekanisma BR1M ni?? Macam ni ke cara nak bantu rakyat??

Perdana Menteri lantik korang uruskan BR1M bukan untuk suka-suka…

Spesis macam ni la yang banyak merosakkan nama baik kakitangan kerajaan…

Mengapa Kemeterian Kewangan tidak mengambil inisiatif membuat sistem semakan online?

Semakan terus di dalam talian boleh dikatakan langsung tidak membantu…

Hanya talian 1-800-222-500 sahaja berjawab… Manakala talian 1-300-88-3010 langsung tak berfungsi…

Talian 1-800-222-500 yang jawab pun hanya mesin sahaja… Jawapan tetap sama dari jam 9.00 pagi sampai jam 5.00 petang…

All line are busy… Please try later…

Ini zaman IT… Bukan zaman batu… Ambil la inisiatif sikit buat sistem semakan online…

JPN boleh buat sistem semakan permohonan kad pengenalan online…

SPR boleh buat sistem semakan daftar pemilih online…

JPJ boleh buat sistem semakan saman online…

Mengapa Kementerian Kewangan tak boleh??

Apa guna lantik begitu ramai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di dalam Kementerian jika tak mampu membina sistem sebegitu??

Bagi yang gagal dalam permohonan BR1M, anda masih boleh membuat rayuan…

Sila muat turun borang ini: Borang Rayuan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Muat Turun Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Tinggalkan komen

Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Di sini eXception nak kongsikan borang BR1M kepada korang semua. Ramai yang mash dok menonggok depan laman web Kementerian Kewangan… Sori la… Isnin baru ada bai… Hari ni diorang tak update lagi… Hari ni hari Sabtu… Esok Ahad… Public holiday…

Di bawah ialah link untuk download borang tersebut. Wajib download kedua-dua bahagian borang…

Filesonic (Kualiti Kurenggggg!!)

BR1M Muka 1
BR1M Muka 2

4Shared (Kualiti Kurenggggg!!)

BR1M Muka 1
BR1M Muka 2

Mediafire (Kualiti Kurenggggg!!)

BR1M Muka 1
BR1M Muka 2

Direct Download (Kualiti Terbaeeeekkkk!!)

Borang BR1M