Siri 3: Rakyat Malaysia Mudah Percaya Kepada Fitnah Dan Khabar Angin??

Tinggalkan komen

Fitnah Dengan Cara Manipulasi Muka Depan Akhbar

Hari ini eXception hendak tunjukkan kepada pengunjung blog ini dan kepada seluruh rakyat Malaysia bagaimana salah satu cara anjing-anjing kurap Pakatan Rakyat melakukan fitnah… Iaitu dengan memanipulasi muka depan akhbar… Kita ambil contoh manipulasi seperti yang dilakukan terhadap muka hadapan akhbar Utusan Malaysia di bawah ini.


Klik Gambar Untuk Besarkan

Korang rasa susah ke nak manipulasi akhbar Utusan Malaysia ni? Bagi eXception ianya sangat dan tersangatlah mudah… Mula-mula kita masuk laman web Utusan Malaysia Online… di http://www.utusan.com.my. Dibahagian atas sebelah kiri di bawah tajuk E-PAPER, kita boleh lihat screenshot muka hadapan akhbar Utusan Malaysia… Ianya boleh dilihat di sini

Sekarang eXception akan berlagak seperti seorang blogger Pakatan Rakyat dengan menimbulkan cerita fitnah dan memburuk-burukkan nama UMNO… Hanya menggunakan Microsoft Paint dan Adobe Photoshop, maka terhasillah akhbar Utusan Malaysia yang telah diubah seperti di bawah…


Klik Gambar Untuk Besarkan

Akhbar di atas merupakan contoh manipulasi yang dilakukan bertujuan untuk memfitnah Kerajaan Barisan Nasional, Perdana Menteri Malaysia dan UMNO. Biasanya yang melakukan perkara ini ialah kalangan anjing-anjing Pakatan Rakyat… Muka hadapan akhbar Utusan Malaysia di atas asalnya adalah seperti dibawah…


Klik Gambar Untuk Besarkan

Tujuan fitnah ini satu sahaja, iaitu mahu rakyat membencikan kepimpinan kerajaan sekarang lebih-lebih lagi apabila PRU 13 semakin hampir. Ianya adalah dibuat atas arahan bos mereka yang mahu divert isu liwat dan video skandal seks Anwar Ibrahim supaya rakyat mengalihkan perhatian kepada isu lain. Kerana mereka tahu bahawa ‘RAKYAT MALAYSIA MUDAH PERCAYAKAN FITNAH’…

P/S: Apa yang eXception tunjukkan ini adalah sekadar panduan kepada semua rakyat Malaysia supaya menilai satu-satu berita yang diterima dan dibaca sebelum mempercayainya… Manipulasi muka hadapan akhbar Utusan Malaysia yang dibuat eXception tidak berniat jahat, hanya sebagai contoh… Harap maklum…

Siri 2: Rakyat Malaysia Mudah Percaya Kepada Fitnah Dan Khabar Angin??

Tinggalkan komen

Benarkah Rakyat Malaysia Sukakan Cerita Yang Disensasikan??

Rakyat Malaysia sebenarnya sudah lama disajikan dengan cerita-cerita bersifat sensasi melalui gosip-gosip artis… Maka tak hairanlah rancangan seperti Melodi sentiasa mendapat sambutan… Malah di dalam arena politik juga tidak kurangnya dengan cerita-cerita yang sengaja disensasikan untuk tujuan fitnah…

Kebanyakan artikel di dalam blog PR banyak cerita-cerita yang sengaja disensasikan bagi tujuan menimbulkan fitnah… Ada antara cerita sengaja ditokok tambah dan sengaja diada-adakan supaya pembaca merasakan ianya benar-benar berlaku… Selain dari cerita, ada juga gambar yang sengaja ditokok tambah untuk menimbulkan fitnah… Bagi mereka, fitnah ini sudah menjadi mainan… Ibarat sehari tak makan nasi rasa tak lengkap, begitu juga dengan fitnah… Sehari tak fitnah rasa tak sempurna blog…

Salah satu contoh ialah akhbar Harakah yang menyiarkan gambar Umi Hafilda menunjukkan isyarat lucah. Sebenarnya gambar asal tidak sebegitu kemudian sengaja ditokok untuk mengaibkan Umi Hafilda… eXception pernah mengeluarkan artikel berkaitan fitnah Harakah itu di bawah tajuk: Harakah Memang Macam Haramjadah. Bagaimanapun gambar tersebut cepat-cepat dipadam oleh Harakah kerana terkantoi… Akan tetapi bukti tersebut masih boleh diperolehi dari blog ini: Ummi Hafilda Barua bUMNgOk Macam Ezam

Selain di atas, satu lagi fitnah yang sengaja disensasikan sejak dulu… Iaitu penglibatan Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah dalam pembunuhan Altantuya… Walaupun Datuk Seri Najib sendiri telah membuat sumpah laknat mengatakan beliau tidak mengenali Altantuya dan tidak terlibat dalam pembunuhan model Mongolia itu, anjing-anjing upahan Anwar masih tetap menyerang Datuk Seri Najib dengan fitnah tersebut hingga ramai rakyat Malaysia percaya cerita itu… Dan berkemungkinan anda yang membaca blog eXception ini juga merupakan salah satu mangsa yang percayakan fitnah tersebut… Rakan seperjuangan eXception, Paneh Miang telah menjawab fitnah tersebut dengan berfakta… Sila baca artikel Paneh Miang ini: Altantuya: PM jawab FITNAH

Malah gambar superimpose kononnya Datuk Seri Najib makan malam bersama Altantuya dan Razak Baginda juga sengaja disebarkan… Hakikatnya ianya jelas palsu, tetapi ramai kalangan rakyat Malaysia percaya…

Belum habis fitnah terhadap Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah pula menjadi mangsa… Habis dijaja cerita Datin Seri Rosmah beli cincin 24 juta dari luar negara dan dihantar melalui pos… Aduhai… Pulak tu ditokok tambah fitnah kononnya Datin Seri Rosmah mengaku cincin tersebut dibeli hasil dari menabung sejak kecil… Kelakar sungguh…

Aku tak fahamlah kenapa Datin Seri Rosmah difitnah macam-macam seolah-olah beliau seorang yang sangat jahat… Mungkin beliau seorang pemakan budak… Mungkin beliau banyak sangat keluar paper… Maka dicop JAHAT… Apapun… Fitnah tersebut telah dibongkar… Sila baca artikel di dalam blog House PK: Datin Seri Rosmah Difitnah

Mengapa Datin Seri Rosmah difitnah? Mengapa beliau dianggap sebagai liabiliti Datuk Seri Najib? Ini semua taktik kotor PR meracuni pemikiran rakyat… Kerana Datin Seri Rosmah banyak membuat kerja bersifat kebajikan seperti program Permata, Bakti dan banyak lagi… eXception bukan hendak mengampu, malah sesen pun eXception tidak dapat dari Datin Seri Rosmah jika eXception berniat mengampu beliau… Jika benar Datin Seri Rosmah ini jahat, sudah lama Chegu Bard disumbatkan ke dalam penjara… Pasti ramai yang memfitnah Datin Seri Rosmah disumbatkan ke dalam penjara… Tetapi Datin Seri Rosmah sedikit pun tidak menggunakan pengaruh sebagai Isteri Perdana Menteri untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap orang yang memfitnahnya…

Antara fitnah yang sering menjadi bualan ialah perbelanjaan Datin Seri Rosmah mencecah billion ringgit semasa membeli-belah di luar negara… Wah.. dahsyat… Tetapi malang… Fitnah tersebut tak disertakan bukti seperti resit pembelian atau penyata kad kredit… Ianya hanya berserta air liur anjing-anjing PR… Itupun ramai pakat percaya?? Kalau ditunjukkan gambar-gambar Datin Seri Rosmah membeli-belah di luar negara sambil membawa beg penuh dengan wang berkepuk-kepuk, mau jugak eXception percaya… Itupun jika gambar tersebut tulen… Bukan superimpose…

Bagi anjing-anjing PR pula… Mereka sedaya upaya mempertahankan Anwar Ibrahim dalam isu video seks dengan amoi China… Mereka mengeluarkan bermacam-macam teori mengatakan video tersebut palsu, sedangkan pakar dari luar negara sahkan video tersebut adalah tulen… Mereka menuduh ianya konspirasi UMNO… Mereka menganggap Anwar menjadi mangsa fitnah… Ramai pakat percaya Anwar jadi mangsa fitnah… Tahniah diucapkan kepada anjing-anjing PR kerana berjaya meracuni pemikiran rakyat Malaysia… Anda berjaya menabur seberapa banyak fitnah dan berjaya membuatkan ramai rakyat Malaysia percayakan fitnah…

Kepada rakyat Malaysia yang terpengaruh kepada fitnah ini, diharap korang semua beristighfar dan bertaubat… Kepada yang masih berpegang pada fitnah ini dan tetap mempercayainya, semoga Allah memberikan petunjuk kepada korang… Amin…

Rakyat Malaysia Mudah Percaya Kepada Fitnah Dan Khabar Angin??

Tinggalkan komen

Benarkah Rakyat Malaysia Mudah Percayakan Fitnah Dan Khabar Angin??

eXception hari ini ingin membongkarkan corak pemikiran kebanyakan rakyat Malaysia tidak kira golongan dewasa atau remaja… eXception hairan dengan cara pemikiran kebanyakan rakyat Malaysia yang lebih percayakan satu-satu berita yang disampaikan daripada sumber yang tidak jelas. Malah tanpa membuat kajian atau menyelidik terlebih dahulu sebarang berita, ianya terus disebarkan… Tak kira secara lisan, melalui sms, Facebook, Twitter dan lain-lain cara penyampaian…

Semalam eXception menerima satu sms yang berbunyi:

TERKINI: JAKIM TLH BUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BT. PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSSNYA DGN RASA BANGGA DAN RASA TAK BeRSALAH, MENGATAKN ARAK TERSEBUT UTK DICAMPUR KE DLM BISKUT..TLG SEBARKAN MAKLUMAT INI KPD SEISLAM&KEPENTINGAN UMAT ISLAM. DR PEG.JAKIM -HJ.JALIL B. RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)

eXception yakin ramai yang menerima mesej ini dan ramai juga yang turut menyebarkannya… Tapi tahukah anda… Bahawa anda sedang bersubahat dalam menyebarkan fitnah?? Di bawah ini adalah kenyataan JAKIM sendiri:

1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan “JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak”.

2. Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.

3. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.

4. Justeru JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di http://www.halal.gov.my untuk pengesahan

Bukan itu sahaja malah fitnah berkenaan hari kiamat 2012 juga berleluasa… Tentu korang pernah terbaca hadis palsu di bawah ini?

Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawal..” Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab:

“Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah S.W.T dan ucapkanlah: “Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!”, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

Dan tentu juga korang terbaca mengenai fitnah di bawah juga bukan??

Dan eXception pasti ramai yang percaya dengan screenshot akhbar Utusan Malaysia di atas? Kemudian korang menyebarkan fitnah ini tanpa menyelidik… Sedikit pun tak menyelidik… Hanya menelan bulat-bulat sahaja fitnah yang disuapkan… Sekali lihat macam betul, tetapi jika dibuat secara terperinci… Jenis font yang digunakan oleh akhbar sebenar Utusan Malaysia adalah berbeza dengan artikel fitnah tersebut… Kadang-kadang fitnah ini berubah-ubah… Kejap kata nilai cincin tu 24 juta, sekejap kata 12 juta… Dan korang pakat percaya tanpa menyelidik? Bagus bukan?

Selain itu semasa krisis di Mesir… Terdapat kenyataan fitnah dalam Facebook yang mengatakan ada pelajar Malaysia yang dirogol di Mesir… Yang kelakarnya ianya dihantar menerusi SMS Celcom… Korang tak rasa pelik ke? Kat Mesir ada Celcom ke? Bukan ke Celcom menggunakan International Roaming, bermakna pengguna Celcom hanya boleh menggunakan perkhidmatan syarikat telekomunikasi di Mesir, bukan Celcom… Di sini ramai yang pakat percaya… Aduhai…

Allah berikan kita otak supaya kita boleh berfikir secara logik dan analitik… Bukan hanya menerima bulat-bulat berita yang disampaikan… Ada otak pakai… Ada akal pakai… Ada bijak gadai…. Suruh angguk, angguk… Suruh geleng, geleng… Ada tangan tadah… Ada maruah campak…