Banjir: Keadaan Paras Sungai-Sungai Di Negeri Yang Terlibat Banjir

2 Komen

Keadaan Paras Sungai-Sungai Negeri Yang Terlibat Banjir


Keadaan paras Sungai Kelantan di Jeti Kastam dirakam pada hari ini

Kepada mereka yang hendak mencari maklumat berkenaan keadaan paras sungai-sungai di negeri yang terlibat dengan banjir boleh merujuk dengan jadual di bawah…

Negeri Kelantan

http://infobanjir.water.gov.my/waterlevel_page.cfm?state=KEL

Negeri Terengganu

http://infobanjir.water.gov.my/waterlevel_page.cfm?state=TRG

Negeri Pahang

http://infobanjir.water.gov.my/waterlevel_page.cfm?state=PHG&rows=16&rowcheck=2

http://infobanjir.water.gov.my/waterlevel_page.cfm?state=PHG&rows=1&rowcheck=1

Kepada mereka yang tinggal berhampiran dengan sungai atau di kawasan yang sering dilanda banjir, jangan tunggu sehingga air naik ke atas rumah baru hendak berpindah… Buat persediaan lebih awal…

Sila patuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah ke pusat pemindahan banjir…

Pastikan anda membawa bersama dokumen yang penting jika diarahkan untuk berpindah ke pusat pemindahan…

Advertisements

Terkini: Amaran Hujan Lebat Di Kedah, Kelantan & Terengganu

Tinggalkan komen

Amaran Hujan Lebat Di Kedah, Kelantan dan Terengganu

Amaran hujan lebat telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini dan dijangka banjir gelombang kedua akan melanda Kedah dan Kelantan.

Di bawah adalah jadual sukatan hujan sehingga jam 9 malam tadi bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu. Hujan tahap jingga dan merah disukat di beberapa tempat. Paras air sungai di Kedah juga meningkat semula terutamanya Sungai Padang Terap yang semalam menunjukkan penurunan…

Sila perhatikan bahagian yang dibulatkan pada setiap jadual. Kepada mereka yang tinggal berhampiran atau di kawasan yang dibulatkan diingatkan bersedia. Sila letak barangan berharga di tempat yang selamat. Ikut arahan pihak keselamatan sekiranya berlaku banjir.

Kedah

Kelantan
Terengganu
Paras Air Sungai Utama Kedah

TERKINI!! Alor Setar, Mergong, Bakar Bata, Pumpong Sudah Dinaiki Air…

Untuk melihat laporan sukatan hujan dan paras air sungai, sila ke laman ini:
Info Banjir JPS
atau untuk mengetahui jalan yang ditutup akibat banjir, ke laman ini:
Info Bencana Alam

P/S: Sila SKIP AD untuk ke laman seterusnya

Terkini: Laporan Banjir Di Kedah Sehingga Jam 10.00 AM

Tinggalkan komen

Laporan Terkini Banjir Di Kedah 8 November 2010

Berikut adalah laporan paras air di beberapa batang sungai di Kedah. Boleh dilihat di sini paras air sungai mulai surut, kecuali paras air Sg Padang Terap di Durian Burung yang masih berada di paras berjaga-jaga walaupun menunjukkan tanda hendak surut… (klik gambar untuk besarkan)

Untuk laporan hujan pula, dalam tempoh 2 hari yang lepas, kadar hujan yang turun mula berkurangan, ini membolehkan banjir surut dengan cepat. (klik gambar untuk besarkan)

Walaubagaimanapun ramalan keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi sedikit menggusarkan kerana dijangka dalam tempoh beberapa hari nanti hujan lebat akan berterusan. (klik gambar untuk besarkan)

Jalan-jalan di Kedah yang ditenggelami banjir sebelum ini sudah banyak yang dibuka kecuali beberapa batang jalan yang masih ditenggelami air.

Untuk melihat laporan sukatan hujan dan paras air sungai, sila ke laman ini:
Info Banjir JPS
atau untuk mengetahui jalan yang ditutup akibat banjir, ke laman ini:
Info Bencana Alam

P/S: Sila SKIP AD untuk ke laman seterusnya

Banjir Di Kedah: Antara Fakta Dan Auta

Tinggalkan komen

Banjir Di Kedah: Antara Fakta Dan Auta

Ramai kalangan totok pembangkang (PR) yang mempunyai mind set tahap longkang mengatakan banjir di Kedah berpunca dari projek landasan berkembar. Mereka sedaya upaya cuba menegakkan benang yang basah walaupun kita sudah menerangkannya banyak kali. Ok tak mengapalah, kita biarkanlah mereka membuat auta. Akan tetapi ingat, ‘auta’ takkan menang jika dilawan dengan ‘fakta’.

Di sini aku berikan fakta-fakta penting yang menyebabkan banjir di Kedah dan Perlis baru-baru ini. Fakta-fakta ini aku perolehi dari laman web Jabatan Pengairan & Saliran. Fakta-fakta yang aku perolehi adalah merupakan maklumat jumlah hujan yang turun dan maklumat paras air di sungai-sungai yang terlibat dengan banjir.

Di bawah ini adalah jadual sukatan hujan yang turun di Kedah sejak 1 November yang lepas. Anda boleh lihat bahagian yang dibulatkan merah itu adalah kadar hujan yang luar biasa yang turun pada hari tersebut. (Klik gambar untuk besarkan)

Di bawah ini pula adalah sukatan hujan bagi Perlis. Anda lihat bahagian yang dibulatkan juga adalah kadar luar biasa hujan yang turun pada hari tersebut.

Cuba anda bandingkan dengan sukatan hujan di Perak pula. Bandingkan sukatan di Perak dengan Kedah dan Perlis. Anda boleh lihat sukatan hujan di Perak adalah sukatan hujan yang normal. Jika dibandingkan dengan angka sukatan hujan di Kedah dan Perlis (yang dibulatkan) yang melepasi tahap merah.

Di sini aku terangkan apa yang membezakan tahap setiap hujan yang turun. Tahap hijau adalah hujan tahap biasa yang mana mempunyai sukatan sebanyak 1-10 milimeter sehari. Tahap ungu pula adalah tahap sederhana lebat yang mempunyai sukatan 20-30 milimeter sehari. Manakala hujan tahap jingga pula adalah hujan lebat yang mempunyai sukatan 30-60 milimeter sehari dan mempunyai potensi untuk berlakunya banjir kilat jika ianya turun dalam masa satu hari. Yang terakhir ialah hujan lebat tahap merah yang mempunyai sukatan melebihi 60 milimeter sehari. Sekiranya ianya turun tanpa henti selama satu hari. Potensi banjir berlaku di kawasan yang rendah amatlah tinggi.

Apa yang membezakan Perlis, Kedah dan Perak ialah, Perak tidak menerima kadar hujan seperti yang diterima oleh Perlis dan Kedah. Ini menyebabkan Perak ‘terselamat’ dalam bencana banjir kali ini, tidak seperti tahun-tahun yang lepas.

Sekarang kita lihat pula paras air di Sungai Kedah yang dicatat pada 1 November 2010 sehingga hari ini, 7 November 2010. Kita boleh lihat peningkatan paras air mula terjadi pada 1 November sewaktu hujan lebat tahap merah melanda Kedah. (klik gambar untuk besarkan)

Ingatkah rakyat Kedah dengan banjir yang melanda pada September 2008 di kawasan Yan dan Kuala Muda? Pada masa itu projek landasan berkembar belum sampai ke Kedah. Mengapa pada masa itu Azizan Razak tidak menyalahkan lebuhraya utara selatan sebagi punca banjir?

Sebenarnya isu banjir ini juga berkait dengan isu politik. Di dalam PAS kalangan pemimpinnya mempunyai satu penyakit yang sukar diubati, iaitu sindrom penafian… Mereka sedaya upaya cuba lari dari tanggungjawab kemudian menyalahkan orang lain. Ini sebagai langkah untuk mengelak dari menanggung beban tanggungjawab. Atau boleh dikatakan sebenarnya Azizan mahu rakyat Kedah berpaling dari isu pembalakan di Kedah sejak pentadbiran PAS.

Azizan boleh melarikan pandangan rakyat, tetapi rakyat bukan bodoh… Azizan spin la banyak mana, rakyat Kedah dah masak dengan perangai MB mereka yang sorang ni… Rakyat Kedah semakin lama semakin jelak dengan sikap ‘tak tahu’ dan sikap ‘menyalahkan orang lain’ yang diamalkan oleh Azizan… Dari isu babi hingga ke isu banjir kilat dan berhenti sebentar di isu banjir besar… Aku jangka PRU 13 nanti Kedah akan kembali ke tangan BN dan pada masa itu BN terpaksa mengeluarkan duit rakyat untuk memperbaiki kerosakan yang dilakukan oleh PAS di Kedah.

Apapun, segala penjelasan isu banjir ini sudah aku ketengahkan, pandailah korang menilainya… Untuk rujukan lanjut mengenai paras air sungai dan sukatan hujan sila layari laman web Infobanjir JPS

Sekian, Wassalam…

Terkini: Laporan Banjir Di Kedah Sehingga Jam 4.30 PM

Tinggalkan komen

Laporan Terkini Banjir Kedah: Paras Air Dan Penutupan Jalan – 6 Nov 2010. Jam 4.30 PM

Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 33,350 orang berbanding 39,785 petang semalam, berikutan semakin ramai mangsa di daerah Kubang Pasu yang dibenarkan pulang, tetapi daerah Kota Setar menunjukkan peningkatan ketara mangsa banjir.

Selain itu, daerah Pokok Sena turut mencatatkan penurunan, manakala daerah Padang Terap kekal dan Pendang meningkat sedikit.

Sehingga 8 pagi ini, bilangan mangsa banjir di daerah Kubang Pasu adalah 12,341 orang daripada 3,324 keluarga berbanding 21,111 orang petang semalam.

Daerah Kota Setar mencatatkan bilangan mangsa seramai 18,926 orang daripada 4,866 keluarga berbanding 16,376 semalam.

Di Padang Terap, jumlah mangsa adalah seramai 354 orang daripada 92 keluarga; Pokok Sena, 1,480 mangsa daripada 250 keluarga; dan Pendang, 249 orang daripada 62 keluarga.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata, sehingga kini, 97 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 38 adalah di Kubang Pasu, sembilan di Padang Terap, 42 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang. – Bernama

Berikut adalah laporan berkenaan keadaan paras air di beberapa sungai di Kedah (kredit kepada Jabatan Pengairan & Saliran) dan laporan jalanraya yang masih ditutup akibat dinaiki air serta rosak akibat banjir (kredit kepada Jabatan Kerja Raya).

P/S: Sila klik imej untuk besarkan paparan…
P/S: Hingga kini Harakah Daily Online masih gagal memaparkan laporan terkini banjir di Kedah… Apa wartawan Harakah buat? Tido??

Laporan Paras Air Di Beberapa Batang Sungai Di Kedah

Laporan Jalan Yang Masih Ditutup Akibat Banjir Di Kedah

Kepada yang ingin ke Kedah atau henda keluar dari Kedah, sila gunakan laluan alternatif yang dicadangkan oleh JKR.

Terkini Paras Air Sungai Di Kedah

Tinggalkan komen

Laporan Banjir Kedah: Paras Air Sungai Terkini Di Kedah

Berikut adalah laporan paras air sungai yang terkini di Kedah sehingga jam 12 tengahari tadi. Sila klik gambar untuk besarkan…

Paras air di Sungai Padang Terap di Durian Burung masih lagi berada di tahap Berjaga-jaga. Boleh dikatakan paras air sungai mulai surut… Kita doakan semoga banjir di Kedah akan beransur pulih… Kepada penduduk Pantai Timur, di harap berjaga-jaga kerana kemungkinan Pantai Timur akan dilanda banjir jika mengikut trend tahun-tahun yang lepas.

Berikut adalah senarai laluan darat yang masih ditutup di Kedah akibat banjir:

Laluan K369
Seksyen : KM 1.75
Jalan Teluk Wanjah
Kota Setar – Kedah

Laluan K4
Seksyen : 1.3
Jalan Jitra / Sg.Korok
Kubang Pasu – Kedah

Laluan K122
Seksyen : KM 5.1
Jln Titi Besi / Kg Pasir
Kubang Pasu – Kedah

Laluan FT001
Seksyen : 867.40
Jalan Alor setar/Kepala Batas
Kota Setar – Kedah

Laluan K2
Seksyen : KM 9.7
Jalan Pantai Johor/Gunung Keriang
Kota Setar – Kedah

Laluan K2
Seksyen : KM 17.56
Jalan Gunung Keriang/Sungai Korok
Kota Setar – Kedah

Laluan K355
Seksyen : KM18.01
Jalan Lengkuas/ Kg. Derang/ Bt. 11 Jln. Pokok Sena
Kota Setar – Kedah

Laluan K355
Seksyen : KM13.63
Jalan Lengkuas/ Kg. Derang/ Bt. 11 Jln. Pokok Sena
Kota Setar – Kedah

Laluan K2
Seksyen : KM 10.5
Jalan Gunung Keriang/Sg Korok
Kota Setar – Kedah

Laluan K2
Seksyen : KM 7.6
Jalan Pantai Johor/Gunung Keriang
Kota Setar – Kedah

Laluan K2
Seksyen : KM7
Jalan Pantai Johor/Gunung Keriang
Kota Setar – Kedah
Lokasi Kejadian

Laluan K363
Seksyen : KM 9.73
Jalan Gunung Keriang/Alor Janggus
Kota Setar – Kedah

Laluan K139
Seksyen : KM 8.40
Jalan Sultanah
Kota Setar – Kedah

Laluan K363
Seksyen : KM 14.66
Jalan Alor Janggus/Gunung Keriang
Kota Setar – Kedah

Laluan Ft1001
Seksyen : 868
FT001-Jalan Alor Setar/Kepala Batas
Kota Setar – Kedah

Laluan FT001
Seksyen : 866
Jalan Alor setar/Kepala Batas
Kota Setar – Kedah

Laluan FT001
Seksyen : 865
Jalan Alor setar/Kepala Batas
Kota Setar – Kedah

Laluan FT001
Seksyen : Sec 862.00
Jalan Alor setar/Kepala Batas
Kota Setar – Kedah

Laluan FT001
Seksyen : 860.40
Jalan Alor setar/Kepala Batas
Kota Setar – Kedah

Laluan FT001
Seksyen : KM 860.00
Jalan Alor setar/Kepala Batas
Kota Setar – Kedah

Laluan K139
Seksyen : KM 9.00
Jalan Sultanah
Kota Setar – Kedah

Laluan K139
Seksyen : KM 8.40
Lebuhraya Sultanah bahiyah
Kota Setar – Kedah

Laluan K139
Seksyen : KM 7.8
Lebuhraya Sultanah Bahiyah
Kota Setar – Kedah

Laluan K139
Seksyen : KM7.5
LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH
Kota Setar – Kedah

Laluan K141
Seksyen : KM 4.72
Jalan Kuala Sungai/Sungai Baru
Kota Setar – Kedah

Laluan K141
Seksyen : KM 6.56
Jalan Kuala Sungai/Sungai Baru
Kota Setar – Kedah

Laluan K363
Seksyen : KM 14.00
Jalan Gunung Keriang/Alor Janggus
Kota Setar – Kedah

Laluan FT136
Seksyen : 21.92
Jalan Bandar Baharu / Merbau Pulas
Bandar Baharu – Kedah