Amerika Antara 20 Negara Hutang Terbanyak??

Tinggalkan komen

Amerika Antara 20 Negara Hutang Terbanyak??


Uncle Sam sudah pokai??

Berikut adalah antara senarai 20 negara yang mengalami beban hutang paling tinggi di dunia…

1. United States of America
Debt: $14.590 trillion
Debt per capita: $46,929
Debt in percentage: 94% of the GDP

2. United Kingdom
Debt: $8.981 trillion
Debt per capita: $144,338
Debt in percentage: 400% of the GDP

3. Germany
Debt: $4.713 trillion
Debt per capita: $57,755
Debt in percentage: 142% of the GDP

4. France
Debt: $4.698 trillion
Debt per capita: $74,619
Debt in percentage: 182% of the GDP

5. The Netherlands
Debt: $3.733
Debt per capita: 225,814
Debt in percentage: 471% of the GDP

6. Japan
Debt: $2.441 trillion
Debt per capita: $19,148
Debt in percentage: 45% of the GDP

7. Ireland
Debt: $2.253 trillion
Debt per capita: $503,914
Debt in percentage: 103% of the GDP

8. Norway
Debt: $2.232 trillion
Debt per capita: $454,768
Debt in percentage: 538% of the GDP

9. Italy
Debt: $2.223 trillion
Debt per capita: $36,841
Debt in percentage: 108% of the GDP

10. Spain
Debt: $2.166 trillion
Debt per capita: $47,069
Debt in percentage: 154% of the GDP

11. Luxembourg
Debt: $1.892 trillion
Debt per capita: $3,759,174
Debt in percentage: 3,443% of the GDP

12. Belgium
Debt: 1.241 trillion
Debt per capita: $113,603
Debt in percentage: 266% of the GDP

13. Switzerland
Debt: $1.200 trillion
Debt per capita: $154,063
Debt in percentage: 229% of the GDP

14. Australia
Debt: $1.169 trillion
Debt per capita: $52,596
Debt in percentage: 95% of the GDP

15. Canada
Debt: $1.009 trillion
Debt per capita: $29,625
Debt in percentage: 64% of the GDP

16. Sweden
Debt: $853.30 billion
Debt per capita: $91,487
Debt in percentage: 187% of the GDP

17. Austria
Debt: $755 billion
Debt per capita: $90,128
Debt in percentage: 200% of the GDP

18. Denmark
Debt: $559.50 billion
Debt per capita: $101,084
Debt in percentage: 180% of the GDP

19. Greece
Debt: $532.90
Debt per capita: $47,636
Debt in percentage: 174% of the GDP

20. Portugal
Debt: $497.80
Debt per capita: $46,795
Debt in percentage: 217% of the GDP

Amerika Syarikat yang dikatakan maju juga mengalami hutang yang amat tinggi sekarang… Bukan sahaja Amerika, malah United Kingdom, Jerman dan Jepun juga mengalami hutang yang tinggi…

Jadi… Di mana kedudukan Malaysia??

43. Malaysia

Debt: $72.6 billion
Debt per capita: $2,570
Debt in percentage: 31% of the GDP

Ini jelas membuktikan hutang Malaysia tidak melebihi 55 peratus KDNK.

Nampaknya apa yang diwar-warkan oleh pencacai PR adalah tidak benar sama sekali… Jelas mereka cuba mengelirukan dan memesongkan fakta.

Advertisements

Penjelasan Mengenai Isu Pinjaman PTPTN

4 Komen

Penjelasan Mengenai Isu Pinjaman PTPTN

eXception ingin memberikan penjelasan berkenaan PTPTN yang kini dilempar fitnah oleh kalangan mahasiswa yang dulunya merekalah antara yang menerima pinjaman PTPTN dulu… Kini nak mintak hapuskan hutang mereka…

Sebab apa?? Sebab mereka adalah antara pelajar-pelajar yang bermasalah dan tidak mendapat keputusan cemerlang…

Kenapa dari awal semasa belajar mereka tidak menolak sahaja pinjaman PTPTN?

Pinjaman PTPTN BUKAN PERKARA YANG WAJIB!! Pinjaman PTPTN adalah satu PILIHAN…. Diulangi… PILIHAN…

Pelajar BEBAS samaada nak pinjam dengan PTPTN ke, pinjam dengan BANK ke… pinjam dengan FAMILY ke… pinjam dengan AH LONG ke…

Pihak pengurusan IPT TAK PERNAH memaksa pelajar memohon PTPTN…

Sebaliknya pelajar sendiri yang SECARA SUKARELA mahu meminjam dengan PTPTN…

Kenapa semasa dapat duit dari PTPTN tak mengatakan PTPTN Ah Long?? Kenapa tak kata PTPTN korup??

Kenapa sewaktu pelajaran dah jadi tunggang langgang sebab asyik dok berdemo… Baru nak MENYALAK!!??

Di sini eXception jelaskan kitaran pinjaman PTPTN yang mereka dok kalut mengatakan PTPTN hanya mengayakan pemimpin atasan…

1) Kerajaan memberikan peruntukan tabungan di dalam PTPTN untuk memberikan pinjaman pelajaran kepada pelajar…

2) Pelajar membuat permohonan pinjaman pelajaran dari PTPTN dengan secara SUKARELA bukan PAKSAAN…

3) Pelajar perlu menggunakan duit pinjaman tersebut dengan berhemah… Tetapi ramai yang BOROS…

4) Tamat pengajian… Mana-mana pelajar yang mendapat KEPUTUSAN CEMERLANG akan dipertimbangkan untuk DIJADIKAN PINJAMAN TERSEBUT SEBAGAI BIASISWA…

5) Manakala pelajar yang tidak cemerlang PERLU membayar balik hutang PTPTN…

6) PTPTN TIDAK menggunakan PENDEKATAN MEMAKSA dalam membayar balik hutang seperti AH LONG…

7) PTPTN memberi peluang kepada graduan mendapatkan pekerjaan terlebih dahulu…

8) Apabila graduan mendapat pekerjaan, mereka dibolehkan membayar hutang PTPTN secara BERANSUR-ANSUR mengikut KEMAMPUAN… Jelas PTPTN tidak mengggunakan PENDEKATAN MEMAKSA seperti AH LONG…

9) Hutang-hutang dibayar BUKAN masuk ke dalam poket pemimpin atasan, tetapi akan MASUK semula ke dalam KANTUNG PTPTN untuk ‘recycle’ modal pinjaman untuk generasi seterusnya…

10) Dengan menghapuskan hutang-hutang korang, PTPTN tidak dapat ‘recycle’ modal untuk memberi pinjaman kepada generasi baru…

11) Caj perkhidmatan PTPTN adalah untuk menanggung kos operasi, disebabkan PTPTN BUKAN fully government funded… PTPTN adalah Perbadanan… Bukan Jabatan Kerajaan…

12) AH LONG mengenakan BUNGA YANG TINGGI… PTPTN hanya mengenakan caj kos operasi sebanyak 1%

13) AH LONG menetapkan HUTANG DIBAYAR PADA TARIKH TERSEBUT… JIKA TAK BAYAR… LU MAMPUS…

14) PTPTN tidak menetapkan BILA HUTANG tersebut PERLU DIBAYAR… Sehingga graduan MAMPU untuk membayarnya…

15) Ramai graduan yang sudah berkerja, MAMPU MEMBAYAR HUTANG PTPTN, tetapi SENGAJA melengah-lengahkannya…

Apa akan jadi jika semua hutang graduan tidak mengira yang cemerlang atau tak dihapuskan?? PTPTN terpaksa menadah tangan dari kerajaan untuk menampung permohonan pinjaman baru, atau PTPTN terus ditutup. Maka nasib generasi akan datang untung belajar ke peringkat yang lebih tinggi BERKECAI!!

Korang sangka hasil cukai kerajaan dan duit Petronas hanya semata-mata digunakan untuk korang?? Kerajaan perlu menanggung subsidi. Kerajaan perlu membayar gaji kakitangan awam. Kerajaan perlu menanggung kos banduan di penjara. Kerajaan perlu menanggung kos ubat-ubatan di hospital… Kerajaan perlu menanggung kos baik-pulih infrastruktur awam… Kerajaan perlu menanggung kos menaik taraf infrastruktur awam… Kerajaan perlu menanggung kos pembinaan infrastruktur baru… Kerajaan perlu membayar pampasan setiap projek yang terpaksa menggunakan tanah milik persendirian…

Manakala Petronas pula tidak boleh sewenang-wenangnya meleburkan kesemua keuntungannya untuk pelajaran mahasiswa… Melainkan jika mahasiswa tersebut mempunyai rekod cemerlang, maka tak salah Petronas melaburkan keuntungan dengan memberikan biasiswa. Melabur dengan melebur adalah dua makna yang berbeza. Melabur ialah dengan mencagarkan wang untuk mendapatkan keuntungan. Manakala melebur, boleh diistilahkan sebagai cagaran kepada sesuatu yang tidak menguntungkan.

Petronas perlu menanggung kos operasi cari gali minyak. Bukan menelan belanja ribuan ringgit… Tetapi boleh mencecah hingga billion ringgit. Petronas perlu menanggung kos operasi loji penapisan minyak dan gas. Petronas perlu menanggung kos sewa/beli infrastruktur serta peralatan cari gali minyak. Adakah korang fikir Petronas gali minyak ibarat mencangkul tanah tepi longkang?? Main gali ikut suka tekak?? Setiap cari gali perlu dibuat dengan teliti… Bukan semberono…


Sila renungkan hadis di bawah ini…

Dari Abdillah bin Abu Qatadah, dari Abu Qutadah , bahwasannya ia telah mendengar dia menceritakan tentang Rasulullah , bahwasannya beliau telah berdiri di antara para shahabat kemudian menyebutkan, “Sesungguhnya Jihad fi Sabilillah dan Iman kepada Allah itu adalah amal-amal yang paling utama.”

Maka berdirilah salah seorang shahabat kemudian dia berkata: “Wahai Rasulullah bagaimana pendapatmu jika saya terbunuh fi sabilillah, apakah semua dosa- dosa saya terhapus?”

Kemudian Rasulullah menjawab: “Ya, jika engkau terbunuh fi sabilillah sedangkan engkau sabar, semata-mata mencari pahala, maju terus, tidak mundur.”

Kemudian Rasulullah berkata: “Bagaimana tadi apa yang engkau katakan?” Ia bertanya: “Bagaimana pendapatmu jika saya terbunuh fi sabilillah, apakah semua kesalahan saya akan terhapus?

Maka Rasulullah menjawab: “Ya, kecuali hutang (tidakakan terhapus), kerana sesungguhnya Jibril mengatakan demikian kepadaku.” (HR Muslim).

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Jiwa seorang mukmin tergantung kerana hutangnya, sampai hutang itu dilunaskannya.” (HR. At Tirmidzi)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Orang yang mati syahid diampuni semua dosanya kecuali hutangnya.” (HR. Muslim)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Demi yang jiwaku ada ditanganNya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih ada hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sampai hutang itu dilunaskan.” (HR. Ahmad)

Al Qadhi ‘Iyadh Rahimahullah menjelaskan bahwa hak-hak yang terkaitan dengan manusia mesti diselesaikan sesama manusia. (Ikmalul Mu’allim, 6/155. Al Syarh Shahih Muslim, 6/362)

Imam Al Munawi Rahimahullah mengatakan: Maksud hutang di sini adalah semua hak sesama manusia samada berupa darah, harta, dan kehormatan. Hal itu tidak diampuni dengan mati syahid.

Hutang di atas adalah hutang yang dilakukan oleh orang yang tidak berniat untuk melunasinya, padahal dia mampu.

Ada pun bagi yang berniat melunasinya, tetapi ajal menjemputnya, atau orang yang tidak ada harta untuk membayarnya, dan dia juga berniat melunasinya, maka itu dimaafkan bahkan Allah Ta’ala yang akan membayarnya.

Al Qadhi ‘Iyadh mengatakan: Hal ini berlaku bagi orang yang memiliki sesuatu (mampu) untuk melunasi hutangnya. (Al Ikmal, 6/155).

Berkata Imam As Syaukani Rahimahullah: Ini terikat pada siapa saja yang memiliki harta yang dapat melunasi hutangnya. Ada pun orang yang tidak memiliki harta dan dia bertekad melunaskannya, maka telah ada beberapa hadits yang menunjukkan bahwa Allah Ta’ala akan menolong melunaskan untuknya. (Nailul Authar, 4/23)

Juga dikatakan oleh Imam Ash Shan’ani Rahimahullah: Yang demikian itu bagi siapa saja yang berhutang namun dia tidak berniat untuk melunasinya. (Subulus Salam, 3/51)

Ini juga dikatakan Imam Al Munawi: Perbincangan tentang ini berlaku pada siapa saja yang ingkar terhadap hutangnya. Ada pun bagi orang yang berhutang dengan cara yang dibenarkan dan dia tidak melanggar perjanjinya, maka dia tidaklah terhalang dari syurga. (Faidhul Qadir, 6/ 559)

Ringkasan :

1. Orang yang ada hutang tidak akan dapat masuk syurga.

2. Jangan ada niat untuk TIDAK MAHU BAYAR hutang.

Sumber: Bahaya Tidak Mahu Bayar Hutang


Artikel-artikel yang berkaitan: Isu PTPTN

Seorang sahabat juga menyiarkan artikel berkaitan: Buasir Otak: Demo mansuh PTPTN

Inikah Pendidikan Percuma Yang Diperjuangkan Pakatan Rabak??

2 Komen

Pendidikan Percuma Hanyalah Retorik Semata-Mata

Janji berpuluh macam janji telah ditabur semata-mata untuk mengabui mata rakyat… Kini Pakatan Rabak cuba mengabui mata mahasiswa dengan retorik pendidikan percuma… Pendidikan percuma yang dilaung-laungkan Pakatan Rabak hanyalah sekadar retorik… Tidak ada bukti sepanjang Pakatan Rabak mentadbir Selangor, bidang pendidikan diberi keutamaan… Kenapa baru sekarang??

Jika korang masih ingat… Bagaimana kerajaan Selangor menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Sungai Besar… Apa alasan kerajaan Selangor pada masa itu?? Alasan mereka berikan ialah IKYS tidak memberikan keuntungan kepada mereka…


IKYS kini tinggal kenangan

Macam ni ke nak ke nak bagi pendidikan percuma?? Sedangkan IKYS ditutup hanya semata-mata tidak menguntungkan mereka… Inikan pula nak beri pendidikan percuma… Jangan harap!!

Selepas IKYS, Asrama Yayasan Selangor di Kuala Lumpur pula menjadi mangsa seterusnya… Tanpa sebab dan alasan yang kukuh, asrama yang banyak berjasa itu mahu mereka tutup… Inikah pendidikan percuma yang mereka laung-laungkan sedangkan asrama ini pun tidak terurus… Malah mahu menutupnya pula…

Bukan itu sahaja… Pengarah Strategi PKR juga berdolak-dalik apabila desakan mahu kerajaan Selangor menanggung hutang PTPTN anak Selangor…

“Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata kerajaan PKR tidak boleh menampung hutang peminjam PTPTN daripada kalangan anak Selangor kerana ia tertakluk bawah tanggungjawab dan bidang kuasa kerajaan pusat.

Katanya, pembiayaan pendidikan oleh negeri tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana ia terikat kepada akta tertentu, seperti akta pinjaman dan akta pencegahan pengubahan wang haram.”

Kepada rakyat Malaysia dan mahasiswa-mahasiswi sekelian… Tak perlulah kalian percaya dengan manusia yang tahunya menabur janji, tetapi culas sekali untuk mengotakan janji mereka… Hanya bos mereka sahaja, Anwar Ibrahim yang berjaya… Itupun hanya berjaya ‘mengotey’ China Doll… Itu sahaja kejayaan mampu dikecap…

Tepuk dada tanya selera… Jangan terpedaya kepada janji manis Pakatan Rabak…

Artikel berkaitan:

Isu Mansuh PTPTN: Pakatan Rabak Kena Checkmate!!!

IKYS di tutup, Anwar masih sembang besar

Konon Nak Bagi Pendidikan Percuma, Tapi Tutup Institut Kemahiran Selangor Atas Sebab Rugi!!!

Yayasan Selangor Tutup Asrama Sebab Dah Nak Bankrap?

Isu Mansuh PTPTN: Pakatan Rabak Kena Checkmate!!!

7 Komen

Pakatan Rabak Kena Checkmate Apabila Berdolak-Dalik Soal Tanggung Hutang PTPTN Anak Selangor

“Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata kerajaan PKR tidak boleh menampung hutang peminjam PTPTN daripada kalangan anak Selangor kerana ia tertakluk bawah tanggungjawab dan bidang kuasa kerajaan pusat.

Katanya, pembiayaan pendidikan oleh negeri tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana ia terikat kepada akta tertentu, seperti akta pinjaman dan akta pencegahan pengubahan wang haram.”

Ha ha ha ha ha ha ha!! Pandai la nko Rafizi, putar belit… Macam-macam la ko pusing, pengubahan wang haram laa… BULLSHIT!! Kalau tak mampu cakap je la tak mampu!! Toksah la nak pusing-pusing sampai ke akta pencegahan penggubahan wang haram…

Nko nak menipu mahasewel boleh laa… Tapi kalo nak tipu mahasiswa, kita mintak maaf laa… Penipuan nko tak berhasil langsung!! Kenapa nak kaitkan pinjaman PTPTN dengan akta pencegahan penggubahan wang haram?? Adakah duit PTPTN tu adalah duit HARAM?? Iaitu dari hasil rasuah, judi, rompakan, penyelewengan, pembiyaan keganasan, skim cepat kaya… Toksah nak kelentong la Rafizi…

Kalo tak mampu nak biaya, cakap je terus terangan “BAHAWA KERAJAAN SELANGOR SEJUJURNYA TIDAK MAMPU UNTUK MEMBIAYAI HUTANG PTPTN MAHASISWA KALANGAN ANAK SELANGOR”. Cukup sekadar ayat itu… Tak perlu nak pusing-pusing keliling… Bila dah tau diri tak mampu dok pusing-pusing cerita… Kah kah kah kah kah!!

Memang elok la nko jadi balaci Anwar… Bos kaki putar alam, balaci pun kaki putar alam…

Kepada mahasiswa-mahasiswa anak Selangor… Korang tengoklah… Betapa penipunya Rafizi Ramli…

Sumber:
Rafizi: Tampung hutang PTPTN bidang kuasa pusat

Rujukan:
BNM: Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001

SC: AMLA Guidelines

PTPTN: Wajarkah Pendidikan Pengajian Tinggi Pun Kerajaan Tanggung??

6 Komen

PTPTN: Wajarkah Pendidikan Pengajian Tinggi Pun Kerajaan Tanggung??

Cai-cai Pakatan Rabak, terutama sekali di kalangan mahasiswa yang singkat akal (mahasewel) masih dok mati-mati mengatakan kerajaan mampu membiayai pengajian semua mahasiswa di IPTA dan IPTS… Tapi bila disuruh calculate… Dia pusing cerita lain… Macam haram jadah…

Last-last bila dah takleh nak pusing… Jalan selamat ialah blah dengan cara yang amat pondan… Tu baru 2 orang yang bantai… Terkedu terus mamat tu… Tak tau nak pusing apa… Inilah contoh mahasewel cai PR yang malas nak berfikir…

Di sini eXception terangkan calculation yang diterangkan dalam perbualan di atas…

Katakan di Malaysia mempunyai 100 buah IPTA dan IPTS…

Kemudian katakan setiap IPTA/IPTS mempunyai 1000 orang pelajar…

Katakan dalam 1000 pelajar hanya 800 orang sahaja yang membuat pinjaman PTPTN…

Katakan setiap pelajar mendapat pinjaman berjumlah RM 20,000.00

Maka… 800 orang pelajar didarab dengan 100 buah IPT = 80,000 orang pelajar…

Maka 80,000 orang pelajar mendapat pinjaman PTPTN RM 20,000.00 = RM 1,600,000,000.00 (1 billion 6 ratus juta) setahun…

Itu baru setahun… Kalo 5 tahun… RM 1,600,000,000.00 x 5 tahun = 8,000,000,000 (lapan billion)

Kalo 10 tahun pulak… RM 1,600,000,000.00 x 10 tahun = 16,000,000,000 (enam belas billion)

Itu baru anggaran, bukan kiraan keadaan sebenar…

Jika dalam keadaan sebenar, mungkin dalam Malaysia ada lebih dari 100 buah IPT??

Jika dalam sebuah IPT, mungkin ada 5000 orang pelajar??

Jika pinjaman PTPTN maksima seorang pelajar boleh mencecah RM 50,000.00??

Satu soalan eXception nak tanya, berapakah hasil kutipan cukai oleh kerajaan dalam setahun??

Adakah kesemua hasil kutipan cukai perlu menanggung pendidikan percuma secara sepenuhnya??

Kerajaan perlu membayar gaji jutaan kakitangan awam…

Kerajaan perlu memberi bonus kepada jutaan kakitangan awam…

Kerajaan perlu salurkan peruntukan pada setiap negeri…

Kerajaan perlu salurkan peruntukan untuk pembinaan infrastruktur baru….

Kerajaan perlu salurkan peruntukan untuk menambah baik infrastruktur sedia ada…

Kerajaan perlu salurkan peruntukan untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan awam…

Kerajaan perlu salurkan peruntukan untuk setiap Kementerian…

Kerajaan perlu tanggung subsidi untuk rakyat….

Adakah kita fikirkan semua itu??

Tak pernah bukan??

Sebab kita tak nak ambil tahu langsung…

Sebab kita hanya mendengar dari pakar ekonomi yang langsung tidak mempunyai kelulusan dalam bidang ekonomi…

Sebab kita hanya berminat dengan persepsi berbanding fakta….

Sebab kita MALAS BERFIKIR!!!

Isu Mansuh Hutang PTPTN Ramai Membuktikan Mahasiswa Malaysia Singkat Akal

4 Komen

Isu Mansuh Hutang PTPTN Ramai Membuktikan Mahasiswa Malaysia Singkat Akal

eXception yakin ramai mahasiswa yang BUTTHURT dengan tajuk di atas…. Ya memang patut korang BUTTHURT sebab namanya sahaja MAHASISWA, tapi otak standard budak taska… Semua nak free… Hutang PTPTN pun nak mintak burn… Hape punya musibat la korang ni…

PTPTN boleh hapuskan hutang korang dan dijadikan sebagai biasiswa tetapi BERSYARAT!!! Syaratnya ialah korang MESTI mendapatkan keputusan CEMERLANG!! Bukan keputusan CUKUP MAKAN… Atau keputusan ALA KADAR!! Jika memenuhi syarat…. Sudah tentu PTPTN sudi menghapuskan hutang korang dan dijadikan sebagai biasiswa…

Tetapi… Ramai mahasiswa yang standard otak tahap keldai… Yang exam namblas kali fail… Repeat semester dekat lima-nam kali… Pun nak tumpang sekaki mintak mansuhkan hutang… Banyak cantik muka lu!! Kalau standard mahasiswa macam ni la… Takde kualiti… Buat hape aku nak bagi biasiswa… BUAT NGABIHKAN BOGHEH!!!

Ramai mahasiswa fail dalam matematik, sebab mereka hanya mengira hutang diorang sorang je… Diorang tak ambil pusing langsung hutang-hutang PTPTN berpuluh ribu, mungkin berjuta-juta mahasiswa lain… Bayangkan jika seorang sahaja dah berhutang dalam belas hingga puluhan ribu ringgit… Cuba darab dengan 50 ribu orang mahasiswa… Itu baru 50 ribu mahasiswa… Tak termasuk lagi graduan yang berhutang, kira-kira hampir sejuta orang… Berapa billion tu!!

Maknanya kerajaan perlu menaikkan cukai jika mahu mengikut kehendak mahasiswa yang sewel ni… eXception harap rakyat Malaysia tak marahkan kerajaan jika segala jenis cukai dinaikkan… Hanya semata-mata nak bagi education PERCUMA kat mahasiswa-mahasiswa ni… Kalo dalam 50 ribu orang mahasiswa yang keluar 50 ribu yang berkualiti tak mengapa juga… Tapi yang keluar hanya 10 ribu sahaja yang ada kualiti, manakala sebahagian lagi tahap tong sampah… dan sebahagian lagi… tahap asalkan boleh…

Tetapi jika mahasiswa naaaaakkk jugak hutang piutang korang dimansuhkan… Takde masalah, tetapi dengan syarat…

1) Apabila diterima berkerja, korang tak boleh menerima sebarang gaji… Sebab majikan korang terpaksa mendermakan keseluruhan gaji korang ke dalam tabung PTPTN….

2) Jika diterima berkerja di jabatan kerajaan sekalipun, jangan diberi gaji… Anggap gaji tersebut sebagai derma untuk rolling tabung PTPTN…. Supaya generasi akan datang boleh menyambung pelajaran…

3) Mana-mana mahasiswa yang masih berhutang dan sehingga kini tidak dapat pekerjaan, anda akan diserap masuk ke sektor-sektor pembinaan bagi menggantikan tenaga buruh Indonesia… Tetapi korang takkan menikmati gaji, sebab gaji korang akan didermakan ke dalam tabung PTPTN untuk rolling duit dlm PTPTN…

4) Mana-mana mahasiswi yang tidak mendapat tempat dalam pekerjaan, korang akan diserap masuk ke sektor amah ataupun sektor pembersihan sebagai cleaner… Tetapi korang takkan menikmati gaji, sebab gaji korang akan didermakan ke dalam tabung PTPTN untuk rolling duit dlm PTPTN…

5) Ataupun mahasiswa dengan paksaan perlu membenarkan RM 200.00 dari gaji setiap bulan dipotong untuk didermakan ke dalam tabung PTPTN seumur hidup…

Bagaimana… Mahukah menerima cadangan di atas?? Tak setuju?? Apsal tak setuju pula!!?? Itulah cadangan paling BIJAKSANA yang aku pernah buat… At least anak-anak eXception nanti terjamin la pelajaran diorang apabila ada graduan yang bermurah hati (dalam terpaksa) mendermakan duit gaji untuk tabung PTPTN…

Cadangan di atas adalah satu langkah selamat bagi menyelamatkan rakyat Malaysia dari menanggung kenaikan cukai hanya semata-mata duit yang ada dalam kantung kerajaan digunakan untuk membiayai mahasiswa…

Maka dengan cadangan di atas… Rakyat Malaysia tak perlu lagi risau….

1) Kenaikan cukai pendapatan
2) Kenaikan cukai pintu
3) Kenaikan cukai perniagaan
4) Kenaikan cukai perkhidmatan
5) Kenaikan cukai dari produk import
6) Kenaikan cukai kenderaan
7) Tempoh konsesi tol diteruskan sampai bila-bila

Di sini eXception nak ingatkan bahawa PTPTN adalah sebuah Perbadanan… Bukan fully government funded organization… Bermakna apabila kerajaan memperuntukkan RM 10 billion dalam tabung PTPTN, maka PTPTN perlu menguruskan sendiri tabung tersebut dan mengutip hutang-piutang… Jika tidak, tabung di dalam PTPTN akan kekeringan… Sebuah Perbadanan perlu menguruskan kewangan sendiri, maka gaji mereka bukan dibayar oleh Kementerian Kewangan tetapi Perbadanan itu sendiri…

Jangan samakan PTPTN dengan jabatan kerajaan, jauh berbeza antara dua entiti ini… Berbeza dari segi corak pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan pengurusan kewangan.

Akhir kalam dari eXception, suka sekali disampaikan pesanan di bawah….

ADAT BERGURU KEPALANG AJAR…. ADAT BERHUTANG KENALAH BAYAR!!!

Tiada yang percuma dalam dunia ni bai… Nyawa kita juga dipinjamkan Allah… Dunia juga Allah pinjamkan kat kita… Kehidupan kita sekarang ini juga dipinjamkan Allah…

Kepada mahasiswa dan graduan di luar sana… Jangan butthurt yaa?? Ada otak pakai… Ada akal pakai… Ada bijak jangan kasi gadai… Percaya kat Anwar, korang cuba gadaikan masa depan negara kita ni…

Cheguman pula juga ada sesuatu yang ingin disampaikan di sini: Isu PTPTN tolong sebarkan

Hapuskan Hutang PTPTN – Agenda Jahat Gadaikan Masa Depan Anak-Anak Kita

26 Komen

Mansuh Hutang PTPTN – Jangan Gadaikan Masa Depan Anak-Anak Kita

eXception pelik dengan sikap sebilangan manusia apabila berhutang…. CUKUP LIAT NAK MEMBAYAR… Ini termasuklah graduan yang masih berhutang dengan PTPTN… Asyik bertangguh-tangguh nak bayar hutang… Kadang-kadang hutang PTPTN tak habis lagi tambah hutang lain pulak… Ada yang sudah berkerja, tapi masih enggan membayar hutang PTPTN ni… Tahukah anda, anda bakal mewariskan hutang-hutang anda kepada anak-anak anda… Jika suatu hari nanti anak-anak anda ingin menyambung pelajaran dan memohon pinjaman PTPTN tetapi ditolak atas sebab anda masih belum membayar hutang PTPTN, jangan pula anda marahkan kerajaan pula…

Ramai kalangan mahasiswa apabila mendapat pinjaman PTPTN, tanpa bertangguh, tanpa berlengah menjolikan wang pinjaman tersebut dengan membelanja kekasih, rakan-rakan, karaoke, futsal… Serta membeli barangan-barangan dengan niat untuk bermewah-mewah sebagai contoh membeli iPad, iPhone… Pada masa yang sama membeli laptop… Bukan spec biasa… Tapi spec yang mahal-mahal… Konon… jatuh standard pakai laptop cikai…

Hari demi hari, tahun demi tahun… Selepas tamat pengajian… Anda mula diterima berkerja… Selepas setahun berkerja masih lagi enggan melunaskan hutang tertunggak…. Kira nasib baik la PTPTN tu bukan Ah Long… Jika PTPTN tu mengamalkan kutipan hutang ala Ah Long… Alamatnya, kita boleh tengok ramai yang tergolek dog di dalam longkang, hilang nyawa begitu sahaja… Itupun masih tidak ada yang bersyukur…

Malah paling mengejutkan ada agenda mahu menghapuskan hutang PTPTN pula… Satu idea yang sangat BODOH… Mahasiswa-mahasiswa yang menyokong perkara ini juga adalah tergolong antara mahasiswa-mahasiswa paling BODOH…

Cuba kita fikirkan, siapa yang akan untung apabila mahu hutang PTPTN dimansuhkan?? Sudah tentu kaum kiasu yang kaya-raya… Mereka tidak perlu hairan lagi dengan PTPTN, sebab mereka mampu menanggung kos pengajian anak-anak mereka… Cuma yang tidak mampu ialah kita orang melayu… Masih ramai yang bergantung harap dengan PTPTN sebagai cara untuk meneruskan pengajian… Bayangkan jika PTPTN tidak lagi mampu memberikan pinjaman… Kita boleh lihat anak-anak kita terpaksa melupakan hasrat mereka untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi apabila PTPTN sudah tiada duit… Kita hanya mampu melihat anak-anak kaum kiasu yang kaya raya memenuhi universiti… Dengan senyum lebar…

Sedarlah… Antara yang dok menyokong hapuskan hutang PTPTN tu adalah antara mereka yang MASIH BERHUTANG DENGAN PTPTN dan cukup liat membayar hutang… Jika PTPTN hutang dimansuhkan… Adakah kita gembira?? Jangan gembira sangat la… Hutang tetap hutang… Ianya tetap dikira di akhirat kelak… Persoalan sekarang, bagaimana PTPTN nak rolling duit untuk pinjaman mahasiswa baru pula, apabila ramai graduan mahu hutang mereka dihapuskan…

Penghapusa hutang PTPTN adalah bagi memenuhi agenda puak-puak tertentu yang mahu menjahanamkan melayu… Apabila PTPTN sudah tidak mampu memberikan pinjaman dan anak melayu sudah tidak mampu untuk ke peringkat yang lebih tinggi, maka ramailah melayu-melayu bodoh lahir ke dunia ini… Melayu semakin melarat hidupnya apabila kelulusan SPM tidak boleh membawa ke mana…

Berkenaan dengan caji PTPTN yang tinggi, perlu diingatkan di sini bahawa PTPTN BUKANLAH SEBUAH SYARIKAT… Yang mana boleh mendapat keuntungan dari urusniaga jual dan beli… PTPTN JUGA BUKAN BANK yang mana mengaut keuntungan berdasarkan pelaburan. PTPTN hanyalah sebuah badan yang dipertanggungjawabkan untuk memberikan pinjaman… Siapakah yang akan membayar gaji kakitangan PTPTN yang bertungkus lumus cuba memproses setiap permohonan… Bukan satu atau dua permohonan yang mereka proses… Beribu-ribu permohonan setiap hari mereka kena layan…

Andai jika anda tidak mahu membayar kos tersebut, bermakna anda tidak mahu membayar gaji kakitangan PTPTN yang memproses permohonan anda… Pada masa yang sama anda juga sedang menggali lubang kubur sendiri apabila PTPTN lingkup… Apabila ramai kakitangan beralih arah ke pekerjaan lain… Siapa yang akan memproses permohonan anda…?? Ada… Ya… itulah….

HANTU!!!