BNYCT Bakal Ganti UMB??

2 Komen

BNYCT Bakal Ganti UMB??

Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia akan melancarkan BN Youth Cyber Team pada hari Rabu ini jam 12.30 tengahari di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.

Khabar-khabar angin yang sedang bertiup mengatakan tujuan BNYCT ditubuhkan disebabkan Ketua Pemuda UMNO kecewa dengan Unit Media Baru yang diselia oleh Tun F… Apa yang dikatakan menjadi punca kekecewaan beliau adalah disebabkan leader UMB masih membela blogger gila meroyan yang sampai sekarang masih berdendam dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi walaupun beliau sudah bersara. Serangan demi serangan terhadap mantan Perdana Menteri ke 5 Malaysia yang dilakukan oleh blogger gila belaaan UMB itu sedikit sebanyak membuatkan Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu mahu menubuhkan team cybertrooper yang baru yang bakal menggantikan UMB…

Walaupun ada kalangan blogger UMB yang menyokong penubuhan BNYCT itu. Dikatakan ianya sekadar ‘wayang’… Walaupun hakikatnya mereka rasa tercabar juga… eXception tak pasti sama ada betul atau tidak… Tapi yang pasti jika ianya benar, ianya merupakan satu tamparan hebat buat penyelaras UMB sendiri…

Advertisements

Kesian… @Ambiga_S Dimalukan @KhairyKJ…

6 Komen

KJ ‘Budak-Budakkan’ Ambiga Di Depan Penyokong Bersih

PETALING JAYA – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berjaya ‘membudak-budakkan’ Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan, di dalam majlis debat, “Spark The Debate” yang bertajuk “Electoral Reforms” anjuran akhbar berbahasa Inggeris, The Malay Mail, di sini malam tadi.

Meskipun lebih separuh dewan The Club Bukit Utama Damansara Golf Club itu dipenuhi para penyokong Bersih, Ambiga dilihat tunduk dan akur dengan hujah Khairy yang mempersoalkan kewajarannya mengadakan Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini di Dataran Merdeka.

Beliau berkata, Ambiga tidak sepatutnya bersikap “pre-amptive” dan prejudis dengan menyemat pemikiran di kalangan rakyat bahawa Pilihanraya Umum ke-13 adalah yang paling kotor dan tidak adil di dalam sejarah.

Menurut Khairy, beliau menghormati hak Ambiga untuk berhimpun secara aman, namun apa yang membuatkannya tidak setuju ialah pembohongan demi pembohongan fakta yang dicanang Ambiga kepada rakyat.

Beliau memberikan contoh tentang satu poster Bersih 3.0 yang menyatakan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan telah mengeluarkan sebanyak 42,000 pengundi yang kononnya ‘pengundi hantu’ yang didalangi SPR dan kerajaan.

Ambiga memulakan hujah di pentas debat dengan mendedahkan beberapa fakta hasil kajian Ong Kian Ming mengenai sistem dan pengkalan data SPR yang dikatakan agak mencurigakan.

Antara isu yang dibangkitkan Ambiga ialah mengenai tiga juta nama yang didaftar mengundi tidak mengikut kawasan alamat di dalam kad pengenalan, tindakan SPR yang mengeluarkan nama 42,000 individu dari senarai mengundi oleh SPR dan pengundi pos di luar negara.

Mula bersahaja dengan jenaka ‘memori disembur gas pemedih mata dari pasukan polis yang sama’ pada himpunan Bersih 2.0 pada Julai lalu, Khairy menegaskan kepada Ambiga bahawa beliau senada dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk memastikan Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) adalah yang paling adil dan bersih yang pernah diadakan di negara ini.

Khairy menyatakan bahawa segala tuntutan Bersih telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) dan semua cadangan dari jawatankuasa itu dijangka mengambil masa untuk dilaksanakan, tapi menjelaskan bahawa ada beberapa perkara yang akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Rembau itu mempersoalkan kewajaran Ambiga dengan menggunakan taktik penipuan dalam pengedaran fakta melalui risalah Bersih 3.0 yang sangat mengelirukan, palsu dan mampu menyebabkan rakyat salah faham dengan fakta yang sebenar.

Menurut Khairy yang lebih mesra dengan panggilan KJ itu menjelaskan bahawa SPR telah menyerahkan sebanyak 12.5 juta nama pengundi kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk disemak satu persatu.

Bagaimanapun, JPN mendapati bahawa sebanyak 42,051 nama pengundi mencurigakan di dalam rekod SPR di mana mereka tidak mengemaskini alamat terkini dan senarai nama tersebut telah dipamerkan selama tiga bulan di jabatan terbabit bagi perhatian atau tindakan pemiliknya.

Dalam tempoh tersebut, seramai 1,248 orang telah tampil mengemaskini maklumat terbaru mereka, sekaligus membuktikan bahawa mereka masih hidup dan nama mereka tidak patut dikeluarkan dari senarai daftar pengundi SPR.

Justeru, beliau mempersoalkan kewajaran Bersih yang sebelum ini menyebarkan cerita kononnya senarai pengundi tersebut adalah pengundi palsu sedangkan ia terbukti sebagai pengundi yang sah menurut Perlembagaan.

Hujah KJ tersebut telah menyebabkan Ambiga sedikit berang dan menyatakan bahawa SPR tidak melaksanakan tugas mengikut prosedur ditetapkan di mana Perkara 13 di dalam Perlembagaan membenarkan nama-nama tersebut dipadam begitu saja jika pemiliknya tidak membalas notis yang dihantar kepada mereka.

Ambiga menyindir KJ yang berhujah mengenai 42,000 pengundi tersebut dan tidak menyentuh tentang tiga juta pengundi yang dikatakan mengundi di luar kawasan alamat kad pengenalan mereka serta menuduh mereka juga adalah ‘pengundi hantu’.

KJ menjawab bahawa SPR tidak menggunakan akta tersebut memandangkan wujudnya kes seperti 1,248 pengundi yang tampil membuktikan mereka masih bernyawa dan berhak mengundi.

Katanya, SPR sedang bertungkus lumus mengesan pengundi-pengundi yang tidak mengemaskini alamat terkini mereka dan ada di antaranya yang gagal dikesan menerusi alamat lama.

Menurut KJ, dakwaan SPR memindahkan kawasan mengundi seramai 31,000 orang di dalam poster Bersih termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, adalah kerana sistem mengemaskini data kawasan mengikut standard “google earth”.

KJ berkata, alamat Khalid dahulu diletak di kawasan Petaling Jaya dan selepas dikemas kini kedudukan rumah tersebut yang terletak di sempadan Kuala Lumpur itu, SPR mendapati bahawa ia terletak di kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur, terkeluar dari Selangor.

Menurut KJ lagi, ia tidak menimbulkan sebarang isu kepada Khalid kerana beliau kini tinggal di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam, luar dari kawasan beliau mengundi dan itulah yang terjadi kepada 31,000 orang yang dikatakan Ambiga sebagai ‘pengundi hantu’ itu.

KJ menyindir kembali Ambiga mengenai Khalid yang tidak peduli untuk menukar alamat terkini beliau dan mengundi di kawasan yang sama di dalam kad pengenalannya.

Mungkin tertekan dengan jawapan KJ yang agak pedas, tepat dan tajam itu, Pengerusi Bersih itu kembali menyerang SPR serta menegaskan bahawa beliau tidak lagi percaya kepada anggota agensi pilihan raya itu dan mendesak mereka meletak jawatan serta merta.

KJ membalas, sekirnya Pengerusi Bersih itu tidak percaya kepada SPR, mengapakah beliau perlu meminta untuk bertemu agensi tersebut?

KJ mengasak lagi, sekiranya SPR tampil memberikan fakta yang benar dan kukuh, apakah Ambiga sanggup menerima dan mengakui kebenaran agensi pilihan raya itu?

Seterusnya, Ambiga terus menerus menekankan perkara yang sama menyatakan bahawa beliau tidak percaya kepada SPR, mahu mereka meletak jawatan serta merta.

Cuma, kali ini beliau menambah sedikit dengan meminta PRU13 ditangguhkan sehingga segala tuntutan Bersih 3.0 ditunaikan dan beliau sedia bertemu dengan ahli-ahli Parlimen untuk berbincang mengenainya.

Menariknya, Khairy menyindir Ambiga lagi apabila menyatakan bahawa beliau memerlukan semangat kerjasama yang kuat dari Ambiga untuk membaikpulih proses pilihan raya dengan bekerjasama dengan pihak SPR dan ahli-ahli Parlimen.

Namun, dengan mengambil sikap tidak percaya, tidak boleh bekerjasama dengan SPR, tidak boleh menerima alasan yang benar dan cepat menghukum PRU13 sebagai pilihanraya paling kotor dalam sejarah menyebabkan Khairy menegaskan bahawa beliau ragu dengan keikhlasan perjuangan Ambiga.

Tapi Ambiga membalas keraguan Khairy itu dengan menyatakan bahawa pihaknya akan hadir sekiranya SPR menjemput mereka untuk sesi penerangan mengenai proses pilihanraya itu.

Sekali lagi Ambiga dibidas Khairy yang mengingatkan Pengerusi Bersih itu bahawa beliau sebentar tadi beriya-iya tidak percaya kepada SPR dan mahu mereka meletak jawatan!

Diselang seli dengan beberapa pertanyaan dari para hadirin yang dilihat condong ke arah pro-Bersih dan hanya satu pertanyaan dari wakil Pemuda UMNO, Khairi dilihat lebih mendominasi isu sehingga berjaya membuat Ambiga terkedu dan tunduk kepada hujah-hujahnya.

Soalan-soalan dari beberapa individu pro-Bersih itu juga berjaya dijawab KJ dengan hujah yang munasabah dan berfakta menyebabkan ramai di kalangan mereka yang terpaksa akur dengan jawapan meyakinkan itu.

Akhirnya, Ambiga berjaya ditundukkan Khairy Jamaluddin apabila beliau bersetuju untuk bertemu dengan SPR serta ahli-ahli Parlimen bagi bekerjasama membincangkan lebih lanjut berkenaan hal tuntutan Bersih itu secara profesional tanpa perlu timbul sebarang provokasi. – Mynewshub.my


Alahai kesiannya Ambiga…. Kena malukan depan budak-budaknya sendiri… Disangkanya dia boleh budak-budakkan KJ, akhirnya dia yang diperbudakkan oleh KJ… Kalo eXception jadi Ambiga, petang ni jugak eXception kemas beg dan baju, pastu lari ke India… Ha ha ha ha ha ha!!

Malu siot!! Dah le kena ayam depan penyokong sendiri… Pastu dok ulang benda yang sama… Tak habis-habis dengan retorik…

Skrip Debat KJ-Ambiga

Kery Jamban, Bila Hang Nak Keluar UMNO!?!?

6 Komen

Ramai Ahli UMNO Menyokong Perkasa. Bila KJ Nak Keluar UMNO?

Tempoh hari KJ (Kery Jamban) ada memberi amaran kepada ahli UMNO terutamanya Pergerakan Pemuda UMNO, sekiranya ramai kalangan ahli UMNO yang menyokong Perkasa, maka si KJ ni akan keluar dari UMNO sekaligus meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO… Sila baca di sini dan sini.

Kini Lokman Adam, Exco Pemuda UMNO Malaysia juga menyokong Perkasa… Lihat je gambar kat bawah ni…

Gambar di atas diperolehi dari blog Papa Gomo PANAS – KJ Keluar UMNO Kerana Lokman Adam Masuk PERKASA?.

Pastinya KJ akan bagai cacing yang kepanasan. Apabila amaran serta ugutan beliau dipandang sepi oleh sekelian ahli UMNO. Aku tak tahu kenapa KJ benci sangat dengan Perkasa sama seperti DAP membenci Perkasa. Perkasa hanyalah badan NGO yang memperjuangkan hak-hak keistimewaan melayu. Perkasa bukanlah parti politik.

Oleh itu di sini eXception yang juga merupakan ahli UMNO ingin menyatakan sokongan terhadap Perkasa dan sokongan terhadap niat KJ untuk keluar UMNO tanpa berbelah bahagi. Aku percaya blogger-blogger seangkatan lain yang menganggap KJ ni liabiliti buat UMNO juga pasti akan menyatakan sokongan tanpa berbelah bahagi niat KJ untuk keluar dari UMNO… Dipersilakan segala hormatnya…

Kepada KJ, eXception ingin bertanya, BILA HANG NAK BERAMBUS??

Kredit: Terima kasih Papa Gomo

WARKAH PENTING BUAT DATUK SERI NAJIB DARI KAMI BLOGGER PRO UMNO

1 Komen


PESANAN KHAS BUAT DATUK SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Sekiranya anda adalah penyokong UMNO sejati dan mahu melihat parti keramat ini terus bernyawa, maka aku seru pada korang supaya sertai aku dan rakan-rakan bloggers yang lain untuk meletakkan banner ini di blog ataupun di facebook anda!

Ayuh semua, kita letakkan banner ini di blog masing-masing kalau kita sayangkan UMNO! Di blog House PK (Paprukari) ada senarai blog yang sudah menyertai: SEDIKIT NASIHAT BUAT PM DARI BLOGGERS PRO UMNO!

Tunggu apa lagi? Mari sertai kempen ini! SELAMATKAN UMNO

Kalau ada siapa-siapa lagi nak join, sila tinggalkan alamat blog anda ke dalam ruangan komen blog House PK, Insya’allah beliau akan masukkan link anda sekali! Terima Kasih!

Terima Kasih Kepada: House PK (Parpukari)

WARKAH PENTING BUAT DATUK SERI NAJIB DARI KAMI BLOGGER PRO UMNO

Tinggalkan komen

PESANAN KHAS BUAT DATUK SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Sekiranya anda adalah penyokong UMNO sejati dan mahu melihat parti keramat ini terus bernyawa, maka aku seru pada korang supaya sertai aku dan rakan-rakan bloggers yang lain untuk meletakkan banner ini di blog ataupun di facebook anda!

Ayuh semua, kita letakkan banner ini di blog masing-masing kalau kita sayangkan UMNO! Di blog House PK (Paprukari) ada senarai blog yang sudah menyertai: SEDIKIT NASIHAT BUAT PM DARI BLOGGERS PRO UMNO!

Tunggu apa lagi? Mari sertai kempen ini! SELAMATKAN UMNO

Kalau ada siapa-siapa lagi nak join, sila tinggalkan alamat blog anda ke dalam ruangan komen blog House PK, Insya’allah beliau akan masukkan link anda sekali! Terima Kasih!

Terima Kasih Kepada: House PK (Parpukari)

Spekulasi Jadi Menteri: KJ anggap khabar angin tetapi sebenarnya angau.

2 Komen


KUALA LUMPUR 11 Dis. – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan laporan yang mengatakan beliau mungkin dilantik ke jawatan timbalan menteri dalam perubahan kecil beberapa kementerian tidak lama lagi sebagai khabar angin.

Menurutnya, laporan yang terbit pada peringkat ini masih belum kukuh dan tidak perlu diberikan sebarang ulasan lagi.

”Itu khabar angin semata-mata, saya tidak mahu komen spekulasi,” katanya selepas menerima kunjungan kepimpinan muda parti Golkar di pejabatnya di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Portal berita, Malaysia-instinct.com baru-baru ini memetik sumber yang mendakwa kononnya Khairy akan dilantik timbalan menteri jika peletakan jawatan Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib diterima.

Menurut portal itu, pelantikan itu akan dibuat sebagai menghormati jawatan Ketua Pemuda dalam UMNO.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memberitahu, tiada rombakan Kabinet akan dilakukan dalam jangka masa terdekat melainkan beberapa perubahan melibatkan timbalan menteri.

Beliau juga mengesahkan bahawa Sulaiman telah menyampaikan hasrat untuk berundur sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.

Ditanya mengenai masalah dalaman MCA yang masih berterusan, Khairy berkata, Pemuda Barisan Nasional (BN) berharap ia dapat diselesaikan segera.

”BN adalah seperti kawasan perumahan besar, umpama rumah dalam satu kawasan, kalau satu rumah terbakar, ada kemungkinan rumah-rumah lain pun akan kena api juga,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda BN berkata, pendirian pihaknya adalah jelas iaitu tidak mencampuri urusan dalaman MCA tetapi berharap isu itu tidak berlanjutan lebih lama lagi kerana ia mengikis sokongan masyarakat Cina terhadap MCA.

Katanya, apa sahaja pendekatan yang diambil MCA untuk menyelesaikan isu dalamannya adalah hak mutlak parti itu.

Mengulas kunjungan golongan pemimpin muda Golkar, beliau berkata, pertemuan seumpama itu amat penting kerana ia dapat merapatkan hubungan kedua-dua negara.

Kata beliau, ada pihak yang mungkin kurang senang dengan kedudukan Malaysia dan Indonesia yang mampu muncul sebagai kuasa ekonomi yang kuat di rantau ini sehingga berusaha mewujudkan permusuhan antara kedua-dua negara.

”Saya rasa dan percaya bahawa kedua-dua negara memahami bahawa ada pihak yang mencemburui jika Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan yang baik.

”Kalau dilihat daripada segi kuasa ekonomi yang ada potensi di rantau Asia Tenggara ialah Indonesia dan Malaysia. Ada pihak yang mungkin tidak senang tetapi kita jangan tumpu kepada perasaan syak tersebut tetapi memberi tumpuan terhadap aspek yang positif,” katanya.

-Utusan Malaysia

Kesian KJ terlalu angau sangat nak jadi menteri. Dapat khabar dari mimpi yang entah betul entahkan tidak pun dia percaya. Siapalah nak sangat nko jadi menteri? Pelik aku, takde langsung khabar angin yang bertiup samaada kencang ataupun sepoi-sepoi bahasa…

Oh ya dulu dalam parlimen cadangan mwujudkan Menteri Tandas. Apa kata kalo kita calonkan KJ jadi Menteri Tandas pertama di Malaysia… Aku rasa KJ pun tak kisah… Ye lah janji jawatan Menteri… Tak kisahlah Menteri Tandas ke… Menteri Jamban kerr….

Ada hantu di Permatang Pasir?

5 Komen

Pergerakan Pemuda Umno mendakwa terdapat pengundi hantu bagi pilihan raya DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata ini berdasarkan laporan terdapat pengundi luar yang didaftarkan sebagai pemilih di kawasan itu.

“Kita dapati beberapa orang Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan alamatnya di rumah orang Melayu,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Butterworth semalam, lapor Bernama.

Khairy berkata sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000
pengundi didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.

Beliau berkata perkara itu akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu itu.

“Kita akan kumpulkan bukti secukupnya dan kemukakan kepada SPR,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Rohaizat Othman, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man dan seorang calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Penamaan calon pilihan raya kecil itu ditetapkan esok.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS yang meninggal dunia pada 31 Julai akibat sakit jantung.

Sementara itu, proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan berlangsung mulai jam 9 pagi ini.

– Malaysiakini

Wah… Kalau benar dakwaan ini, SPR harus siasat perkara ini sedalam-dalamnya. Ye lah pembangkang asyik memainkan isu pengundi hantu setiap kali pilihanraya, tetapi diorang yang angkut hantu-hantu ni sekor demi sekor sbg pengundi. Jika benar, tindakan harus diambil segera. Tetapi jika ianya tidak benar, ternyata KJ ni cuba meraih populariti murahan….

Older Entries