Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam… eXception baru sahaja pulang dari Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin di Presint 3, Putrajaya mengerjakan solat sunat Iduladha… Tak sangka ramai juga warga Putrajaya yang tidak pulang ke kampung halaman… Malah saudara kita dari sebelah benua Afrika sana juga turut ada bersama… Mungkin dari Cameroon, mungkin juga Ghana… Paling istimewa, turut berjemaah bersama-sama ialah YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin…

Apapun, di sini eXception ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam… Yang beragama Ambiga dikecualikan… Ha ha ha ha ha… Kepada yang akan mengerjakan ibadah korban selepas ini, eXception ucapkan Selamat Menyempurnakan Ibadah Qurban… Pastikan haiwan korban diikat kemas… Kalau terlepas nanti naya pulak nak menghambatnya… Sudah pastinya keliling kampung kena tawaf semata-mata dok mengejar haiwan korban tersebut… Diharap tahun ni takde lah kedengaran haiwan korban terlepas… Ha ha ha ha…

Oh ya diingatkan kepada ahli PAS yang terlalu taksub dengan DAP, jangan sesekali menjemput Lim Guan Eng atau Karpal Singh menyembelih haiwan korban pulak… HARAM hukumnya jika kafir harbi menyembelih haiwan korban… Jangan disebabkan TAKSUB melampau, sampai hukum-hakam dibelakangi… Ok?