Isu SBPA – Gerakan Menjatuhkan Kepimpinan Datuk Seri Najib Secara Halus

Sebenarnya eXception malas nak mengulas isu SBPA (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) ni, sebab kecewa dengan JPA yang memperkenalkan sistem baru ini secara tergesa-gesa dan memaksa kakitangan awam menandatangani borang opsyen SBPA dengan kadar segera kerana ianya akan dilaksanakan serta-merta pada 1 Januari 2012…

eXception hairan mengapa JPA seperti tergesa-gesa memperkenalkan sistem ini dan menyebabkan ramai kakitangan awam terpinga-pinga dan keliru dengan SBPA ini kerana tidak tahu hujung pangkal. Malah di dalam pembentangan belanjawan yang lepas juga Datuk Seri Najib tidak menyentuh langsung mengenai SBPA…

Kelihatan Datuk Seri Najib juga tidak mengetahui dilema kakitangan awam mengenai SBPA ini. JPA juga seolah-olah memaksa kakitangan awam memilih opsyen tersebut tanpa penerangan yang lebih mendalam. Pada masa yang sama SBPA ini lebih kepada menjaga kepentingan pegawai atasan… Alasannya ialah pegawai atasan banyak membuat keputusan dan menanggung risiko… Ya memang benar pegawai atasan membuat keputusan dan banyak menanggung risiko atas keputusan yang dibuat… Tetapi kebanyakan pegawai atasan akan cuba melepaskan diri dari risiko tersebut dengan menyalahkan kakitangan bawahan dan mahu mereka menanggung kesalahan tersebut.

SBPA ini juga dilihat tidak banyak membantu kakitangan bergred rendah, lebih banyak menjaga kebajikan dan poket kakitangan atasan dan yang bertaraf JUSA C… Ini jelas menunjukkan JPA mahu yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin dengan perlaksanaan SBPA ini….

Malah ada khabar mengatakan bahawa ada tangan-tangan ghaib di dalam JPA yang mahu SBPA ini sebagai alasan kakitangan awam menolak kepimpinan Datuk Seri Najib. Sekiranya benar, Datuk Seri Najib harus segera melaksanakan pembersihan besar-besaran di dalam JPA dengan menyingkirkan catur-catur yang berniat serong…

Apapun itu adalah pendapat eXception, bagaimana pula dengan pendapat blogger lain? Blog Sanggah Tok Janggut pula mempunyai pandangan yang serupa… SBPA- usaha tipu Najib, gerakan hasut penjawat awam..

Bagaimanapun eXception ingin mengucapkan terima kasih kepada Cuepacs kerana menemui Datuk Seri Najib dan membincangkan hal SBPA ini dan ketidakpuasan hati kakitangan awam. Terima kasih juga kepada Datuk Seri Najib yang menangguhkan pelaksanaan SBPA yang dibuat secara tergesa-gesa oleh JPA…

Advertisements