Blogger Yang Gambi Meninggal Dunia

eXception baru mendapat berita ini selepas pulang dari kerja, apabila terbaca maklumat yang disampaikan Bro Jinggo mengenai Yang Gambi meninggal dunia malam tadi. Selepas memperolehi maklumat tepat dari Papa Gomo dan Taiping Mali, barulah eXception sedar… Rakan seperjuangan yang eXception kagumi ini, telah pun pergi buat selamanya…

Menurut Papa Gomo, Yang Gambi atau nama sebenarnya, Abdul Aziz Baharom menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, kerana jangkitan kuman dalam paru-paru pada jam 11.10 malam tadi.

eXception mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah…

Kata-kata hikmat Allahyarham di dalam profil blognya:

Aku ini, walau pun tidak sempurna, tapi biar hidup seperti LEBAH, tidak akan menyengat kalau tidak diusik, malah berbakti kepada masyarakat dengan meninggalkan madu sebelum pergi. Jangan hidup seperti lalat, hanya suka kepada tempat yang kotor dan jijik.

Sumber:

Bro Jinggo
Papa Gomo
Taiping Mali

Blog Allahyarham…

Aku Yang Gambi