Kelantan Akan Beri 2,000 Geran Tanah Kepada Peneroka

GUA MUSANG: Kerajaan negeri Kelantan akan memberi geran hak milik kepada 2,000 peneroka di Rancangan Tanah Felda termasuk di Chiku Satu dan Dua di Gua Musang yang telah menjelaskan hutang masing-masing.

Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata pemberian hak milik kepada individu itu akan disampaikan dalam masa terdekat ini walaupun tanah mereka dalam proses tanam semula.

“Kelantan merupakan negeri pertama memberi kelulusan hak milik kepada peneroka individu di tanah rancangan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jentera Pemuda PAS Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Markas PAS Gua Musang, di sini, Sabtu.

Beliau berkata, walaupun kedua-dua tanah rancangan Felda itu bukan dalam kawasan DUN Galas tetapi kerajaan negeri berhak memberi geran hak milik kerana mereka telah menjelaskan semua hutangnya.

Ditanya mengenai pemilihan calon pada pilihan raya kecil DUN Galas, Husam berkata memang sudah ada calon dan perwatakannya sama seperti bekas penyandang, Allahyarham Che Hashim Sulaima.

“Pemilihan calon akan diputuskan dalam sedikit masa lagi,” kata Husam, yang juga Timbalan Pesuruhjaya 11 PAS Kelantan.Katanya parti itu yakin akan mendapat sokongan masyarakat Cina, India dan Orang Asli di kawasan itu bagi mengekalkan kerusi tersebut.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian Che Hashim, 45, dari PAS dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Oktober ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 4 November ini. – BERNAMA


Cheh… Nak dekat pilihanraya ajer mula lah nak bagi geran la… Itu la… Ini laa… Bila BN yang buat time pilihanraya, mereka akan berkata ianya rasuah… Tapi bila kena tang batang hidung sendiri… Boleh jadi halal pulak… Takde unsur rasuah pulak…

Inilah PAS… Orang lain tak boleh, haram… Kalau tang dia molek ajer… halalan toyyiba terus… Banyak contoh perkara haram yang dihalalkan PAS termasuklah duit KOHILAL yang kini menjadi KIROHALAL… Malah mengupah blogger sebanyak RM 4 juta semata-mata mahu menyerang keperibadian Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi PM dulu.

Bagi PAS semua boleh… Nak mencarut takpe… Nak menyerang peribadi orang boleh… Ambik duit orang tak jadi masalah… Rasuah jadi halal… Tapi bila kena tang UMNO jer… Haram selalu… Bila blogger UMNO menyerang keperibadian kepimpinan PAS… Mulalah keluar ayat Al-Quran yang entah dia copy dari mana kononnya untuk memberitahu balasan di akhirat… Bila ada pemimpin BN yang dikaitkan dengan kes rasuah… Terus serang bertalu-talu sambil tu memuji kecekapan SPRM… Bila ada pemimpin PAS yang dikaitkan dengan rasuah… Terus tuduh SPRM alat UMNO…

Inilah sikap puak-puak PAS… Mereka takkan akui silap mereka sendiri… Mereka sedaya upaya cuba menyalahkan orang lain… Sebagai contoh kalo tersepak batu, harus dimaki hamun batu tu… Padahal dia jalan menonong… Tak tengok bawah langsung…