Manifesto Bukan Perjanjian. Satu Alasan Yang Bijak??

ALASAN bijak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam mematahkan hujah pihak-pihak yang menuntut subsidi air percuma 20m3 yang dibuat pada 2008 diperluaskan kepada pemilik rumah dengan meter pukal, dengan mengatakan manifesto air percuma bukan perjanjian, memang patut dipuji. – SUARA PAKATAN RAKYAT

Sudah menjadi dasar media milik Pakatan Haram Jadah ni, akan menjilat apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin mereka, walaupun hakikatnya apa yang dijilatnya berasa kelat, pahit dan masam… Tapi itulah yang terpaksa mereka lakukan demi wang ringgit…

Suara Pakatan Rakyat pula memuji tindakan Khalid Ibrahim mengencing rakyat Selangor sebagai satu ‘ALASAN YANG BIJAK’. Nampaknya Suara Pakatan Rakyat mahu tak mahu terpaksa juga menjilatnya walaupun rasanya memang memualkan…

Mereka gagal menerima hakikat bahawa manifesto PRU Kerajaan PR Selangor adalah bersifat menanam tebu di tepi bibir… Ibarat gula-gula politik yang rasanya kelat dan pahit…

Kini rakyat Selangor semakin sedar pihak mana yang menepati janji… Pihak mana pula yang hanya pandai menabur janji kemudian memberi seribu satu macam alasan apabila gagal menunaikan janjinya…

Kepada rakyat negeri Selangor, usah korang terpedaya lagi dengan manifesto Pakatan Haram Jadah ni… Mereka sudah mengatakan ianya BUKAN SATU JANJI… Tapi tak lebih sekadar penyedap rasa… Jika korang semua nak kena tipu lagi, pangkah lah lagi Pakatan Haram Jadah ni dalam PRU 13 akan datang…

Kenyataan MB Selangor tak lebih sekadar hendak melepaskan leher yang terjerut…

Advertisements