Saya Nak Pi London, UMNO Takdak Duit…

1 Komen

PERISTIWA ‘GELANG MERDEKA’ MASIH SEGAR DALAM INGATAN

KUALA LUMPUR, 26 0gos (Bernama) — “Wahai para hadirin sekalian sama ada di dalam atau di luar dewan, bangunlah menyumbangkan dana membantu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj ke London demi perjuangan bangsa dan negara”.

Itulah kata-kata Siti Rahmah Kassim (kini Datuk), Ketua Pergerakan Kaum Ibu Bahagian Rembau pada persidangan Umno di Dewan Hang Tuah Bandar Hilir, Melaka sekitar tahun 1957.

Detik itu merupakan satu daripada peristiwa yang menjadi kenangan seumur hidup Siti Rahmah, 84, srikandi wanita Melayu dan ‘wira tak didendang’ yang sanggup menyerahkan gelang emasnya untuk membiayai perjalanan Tunku Abdul Rahman ke London dalam misi menuntut kemerdekaan.

Mungkin ramai tidak mengetahui ketika Tunku Abdul Rahman bergelut mencari dana untuk ke ke London bagi menuntut kemerdekaan, wanita bersemangat waja itu menjadi insan pertama menyerahkan gelang emas kesayangan pemberian bapanya, semata-mata kerana perjuangan bangsa.

SELENDANG MERAH

Beliau sanggup menghulurkan gelangnya kepada Bapa Kemerdekaan itu dengan meletakkannya ke dalam selendang merah dan ini diikuti anggota Kaum Ibu yang lain yang turut menyerahkan barang kemas mereka.

(Kisah ini turut dipaparkan di dalam filem ‘1957: Hati Malaya’ pada tahun 2007 terbitan Pesona Pictures di mana watak itu dilakonkan Maya Karin).

Ini dilakukan Siti Rahmah disebabkan cinta beliau yang amat mendalam terhadap agama, bangsa dan negara. Begitu terserlah semangatnya termasuk sanggup berbuat apa sahaja dalam memastikan kemerdekaan negara tercapai.

PERISTIWA ‘GELANG MERDEKA’ MASIH SEGAR DALAM INGATAN

“Tunku berangkat ke London bersama Raja Melayu. Tunku berucap dalam loghat Kedah sambil mengalirkan air mata.

Kata Tunku: “Saya ni nak pi London, Umno tak dak duit, saya pun tak dak duit, saya jual istana ayahanda duk murka. Ayahanda suruh saya jadi Raja, saya tak mau, saya nak jadi Presiden Umno, nak bagi Malaya merdeka”.

Menurut Siti Rahmah ketika sebut perkataan “tak dak duit”, Tunku menangis.

“Orang biasa menangis bergenang air mata, tapi Tunku menangis air mata bercucuran membasahi pipi. Saya duduk di depan ketika itu terus bangun sambil berkata, ‘patik menyahut seruan Tunku, patik reda,” katanya kepada Bernama mengimbas kembali peristiwa itu.

Siti Rahmah yang masih aktif dalam Umno dan beberapa pertubuhan sukarela termasuk Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia |(Perkim) itu masih merasakan seakan hanya baru semalam tahun 1957, apabila negara menyambut kemerdekaan selepas dijajah bangsa asing.

“Patik sanggup, patik redha dan ikhlas dengan pemberian gelang emas ini. Saya kemudian menyuruh dua wanita pegang selendang merah. Saya buka gelang pemberian hadiah perkahwinan daripada ayah dan meletaknya di dalam selendang. Tunku turun pentas mengambil gelang. Selepas itu saya berjalan keliling dewan.

“Orang lelaki bagi tongkat berkepala emas, cincin, jam emas dan golongan ibu pula bukan sahaja serah barang kemas, tapi bagi kerongsang baju dan pin baju juga.

“Memang saya tabik, wanita ketika itu langsung tidak sayangkan harta, mereka buka rantai, subang, cincin dan ada seorang wanita itu sanggup buka kancing bajunya dan pegang baju sampai habis majlis,” kata Siti Rahmah menyambung cerita itu yang masih segar di dalam ingatannya.

Beliau berkata rentetan peristiwa itu, beberapa akhbar pada ketika itu melaporkan berita tentang peristiwa bersejarah itu di muka hadapan bertajuk ‘Gelang Merdeka’ dan “wanita sanggup berkorban apa sahaja walau tiada pin di baju demi bangsa dan tanah air,” katanya.

Menurutnya, pada masa kini gelang emas miliknya itu jika dinilai boleh mencecah harga RM2,000.


Petikan Filem 1957 Hati Malaya yang menggambarkan peristiwa di atas…

SRIKANDI MUDA YANG SENTIASA BERJUANG SEHINGGA KINI

Wanita kelahiran Batu Hampar, Negeri Sembilan itu berkata beliau merasakan dirinya masih seorang srikandi muda yang berusia 24 tahun apabila bercerita tentang sejarah menuntut kemerdekaan negara.

Beliau telah menempuhi empat era pemerintahan iaitu Penjajahan British, Jepun, Bintang Tiga (Komunis) dan sehingga mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Siti Rahmah mendapat pendidikan awal di Sekolah Perempuan Melayu Sungai Star, Parit Buntar, Perak dan lulus darjah tujuh dan seterusnya menyambung pelajaran di Sekolah Agama (Arab) Madrasah Al-Huda sehingga lulus 4 Thanawi.

Beliau terlibat secara langsung dalam politik sewaktu awal penubuhan Umno pada 1946 dan pernah memegang jawatan Ketua Pergerakan Kaum Ibu Bahagian Rembau selama 17 tahun.

Pada pilihan raya 1959, beliau bertanding bagi kawasan Terentang, Rembau atas tiket Perikatan dan menjadi wakil rakyat kawasan itu untuk dua penggal berturut-turut iaitu antara tahun 1959 dan 1969.

“Sejak aktif Umno dari 1945, saya tidak pernah berhenti berjuang demi bangsa, agama dan negara walau sehari dua…darah merah perjuangan sentiasa membara dari menuntut kemerdekaan negara sehingga kini kita perlu mempertahan kemerdekaan itu dan menyokong kerajaan Barisan Nasional,” katanya.

Sehingga kini, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Tementang, Rembau dan tidak pernah ketinggalan mengikuti Perhimpunan Agung Umno sejak 1946.

Menurut ibu kepada lima anak dan enam cucu itu, suami tercinta, Allahyarham Mohd Majzud Yunus yang meninggal dunia akibat sakit tua pada 1983 lepas sentiasa memberi sokonga moral untuknya berjaya dalam bidang politik.

PERJUANGAN DULU TIDAK SEMUDAH KINI

Siti Rahmah yang masih kuat daya ingatannya dan bertenaga untuk berkongsi kisah sejarah kemerdekaan negara mampu menceritakan setiap peristiwa.

Beliau yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-84 pada 6 Sept, berkata perjuangan menuntut kemerdekaan walau tanpa peperangan dan pertumpahan darah pada masa dahulu tidak semudah kini.

“Generasi muda perlu dipupuk dengan semangat juang sejak remaja dan pada peringkat akar umbi. Mereka perlu diberi pendedahan tentang sejarah Melayu dan paling penting faham erti perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

“Semangat juang semua orang ada, cuma kadang kala tidak tulen ,” katanya. Beliau berharap generasi hari ini mengimbau kembali sejarah perjuangan tokoh-tokoh negara dalam menuntut kemerdekaan agar mereka insaf dan sedar kepentingan mempertahan kemerdekaan tanah air.

“Kerajaan hari ini berjaya menunaikan tanggungjawab memajukan negara dengan pesat, aman dan makmur…kita boleh melihat kemakmuran itu dengan pertambahan universiti dalam melahirkan modal insan,” katanya.

Sumber: ‘Gelang Kemerdekaan’ – Pengorbanan Siti Rahmah

Advertisements

Syukur… Tindakan Pantas Kerajaan Menyelamatkan Negara…

Tinggalkan komen

Huru-Hara Di London. Syukur Malaysia Tak Jadi Macam Ni.

Lihatlah bagaimana keadaan kota London yang gah dulu kini berubah menjadi medan pertempuran antara perusuh dan Polis. Ianya bermula dari perhimpunan yang dikatakan ‘aman’ kemudian bertukar menjadi huru-hara…

Syukurlah kerana PDRM dan Kerajaan Barisan Nasional bertindak cepat semasa perhimpunan haram Bersih 2.0 yang lalu untuk mengelakkan perkara ini berlaku di Malaysia… Lihatlah sendiri bagaimana perhimpunan yang asalnya aman, bertukar menjadi mimpi ngeri. Mahukah kita melihat negara kita kucar-kacir sebegini?

Bersih 2.0 dikatakan mahu berhimpun secara aman, tetapi siapakah boleh memberikan jaminan huru-hara seperti di atas tidak berlaku? Siapa yang boleh beri jaminan? Ambiga? Anwar?

Lihatlah bagaimana rupa kota London sekarang… Bangunan-bangunan dibakar… Kedai dipecahkan… Bank-bank tak terkecuali dipecah masuk… Jika ini terjadi di Malaysia, siapa yang mahu bertanggungjawab? Ambiga pasti dengan mudah akan berkata; ‘Saya tak mampu untuk mengawal ribuan penunjuk perasaan dari bertindak ganas…’ Malah Anwar juga pasti akan berkata sebegini; ‘Huru-hara yang berlaku adalah berpunca dari kegagalan PDRM mengawal keadaan’… Mereka sudah pasti akan melepaskan diri dari bertanggungjawab jika huru-hara berlaku di Malaysia…

Apapun eXception mengucapkan tahniah kepada Polis Di Raja Malaysia dan Kerajaan Barisan Nasional kerana berjaya mengawal perhimpunan haram Bersih 2.0 dari terus merebak menjadi huru-hara.

Malah bilangan kematian juga adalah sifar sewaktu PDRM berusaha mengawal keadaan, kecuali ada yang buat-buat mati kerana nak dapat nama dan berharap PDRM dapat nama busuk… Tapi akhirnya tembelang pecah… Ha ha ha ha…

Nota: Kemungkinan punca huru-hara di London adalah akibat badi perhimpunan Bersih 2.0 yang didalangi oleh barat. Allah itu Maha Kuasa… Dipulangkan semula kekotoran dari Bersih 2.0 kembali ke barat… Amin…