Kronologi Rampasan Arak Di Selangor

Tinggalkan komen


seperti yang aku janjikan, sementelahan internet pinjaman masih ditangan aku kan dedahkan kronologi lengkap isu rampasan arak di selangor. dalam butiran tarikh dan masa yang akan dipaparkan, akan kedapatan watak-watak hero,pailang,hipokrit maha gila menjustifikasikan agenda tersembunyi IFC .

1) dalam kawasan pentadbiran MBSA terdapat 42 premis perniagaan 7eleven, 24 daripada premis ini menjual minuman keras jenis beer yang mengandungi kadar alkhohol hingga 8.8%.

2) dalam mengatasi permaslahan ini, pihak MBSA telah melakukan inisiatif dengan mengadakan 4 mesyuarat khas mengatasi isu ini. mesyuarat ini berlangsung sejurus perlantikan ahli majlis baru MBSA dilangsungkan. iaitu untuk sesi 2008/2009. aku harus tegaskan disini bahawa ahli majlis baru ini adalah dikalangan penyokong pakatan haram pas,pkr,dap dan kumpulan ngo-k daripada hindraf.

3) pakatan haram di selangor adalah hipokrit.menjanjikan bulan dan bintang sebelum menang pilihanraya,sayang tatkala kuasa berada dalam genggaman perjuangan hilang dan iman pun boleh melayang.

4) 4 mesyuarat perlaksanaan mengharamkan penjualan arak di kawasan melayu berlangsung selama beberapa bulan, iaitu pada tarikh yang dinyatakan dibawah :-

(4a) mesyuarat jawatankuasa perlesenan dan perkhidmatan bandar MBSA kali ke 2 bertarikh 19 ogos 08 dan mesyuarat majlis pada 29 ogos 08.

(4b)mesyuarat jawatankuasa perlesenan dan perkhidmatan bandar MBSA kali ke 3/2008 bertarikh 15 september 08 dan mesyuarat majlis pada 25 september 08 (cabutan kertas)

(4c)mesyuarat jawatan kuasa perlesenan dan perkhidmatan bandar kali ke 4/2009 pada 22 april 2009 (turut dihadiri oleh wakil 7 eleven)

(4d) INI KLIMAKS NYA.KEPUTUSAN TELAH DITETAPKAN. mesyuarat majlis kali ke4 pada 28 mei 09. mesyuarat ini dihadiri oleh kesemua ahli majlis MBSA daripada pakatan haram.antaranya adalah 1)tan ah kow-pkr kota raja 2)tuan mazalan 3)mokhtar hani 4)adnan jambori-pkr shah alam 5)ang leng kiat 6)norhalim sirome -pas kota raja 7)mariam abdul rashid 8)sivarajan 9) haris bin abu bakar -ketua bahagian pkr shah alam 10) adzhar maludin -pkr 11)zukefli bin mohd nani 12) datin norini bt md top 13)ahmad suyuti bin bashiron.

5)pada mesyuarat terakhir ini (mesy ahli majlis 28mei 09) ketetapan penguatkuasaan ke atas penjualan arak dan minuman keras di kedai 7 eleven akan berkuatkuasa pada 1jun 2009.

6)pihak jabatan perlesenan MBSA telah memberikan notis bertarikh 13 julai 2009 kepada pegurusan 7 eleven untuk tidak menjual arak di shah alam bermula daripada seksyen 1 hingga 24.

7)29 hb julai 09, pihak penguatkuasa MBSA telah mengadakan pemeriksaan terhadap sebuah kedai 7 eleven di jalan liku seksyen 8 shah alam. didapati kedai tersebut masih lagi menjual arak dan minuman keras walaupun arahan MELARANG PENJUALAN telah pun berkuatkuasa pada 1 jun 2009.

8)rampasan telah dilakukan pada hari yang sama (28 julai 08 hari rabu) jam 4.30 petang.barang rampasan telah disimpan ditingkat 12 MBSA. asas penguatkuasaan MBSA berdasarkan keputusan mesyuarat seperti di atas.

9)PERJUMPAAN DENGAN RONNIE LIU.
telah berlangsung sehari selepas rampasan iaitu pada 30 julai 09 jam 12.45 tengahari. MBSA telah dipanggil mengadap ke bilik timbalan datuk bandar untuk memberikan penjelasan isu rampasan arak. selain MBSA di dalam bilik tersebut ada 3 orang ahli DAP dan tan ah kow (pkr).

10) selepas perjumpaan jam 12.45 tengahari, sekali lagi MBSA dipanggil mengadap oleh ronie liu pada jam 2 petang.kali ini suasana lebih tegang. didapati 4 orang dap kelihatan di bilik tersebut.MBSA TELAH DIMARAHI DENGAN CUKUP KASAR DAN KERAS OLEH RONNIE LIU !

11) dua kali mesyuarat pada hari yang sama (30julai) iaitu pada jam 12.45 tengahari dan 2 petang…pada jam 4.30 petang MBSA tela diarahkan oleh ronnie liu untuk memulangkan semula arak yang dirampas.

minggu lepas hasan ali bersandiwara, menyuruh agar khalid berahim menggugurkan ronnie daripada portfolio exco pbt. jumaat minggu yang sama khalid berahim menyambut sandiwara hasan ali , khalid kata tiada isu.yang menjadi mangsa adalah MBSA dan yang menjadi hero islam juga MBSA. ahli majlis MBSA yang terbabit sama dalam memutuskan pengharaman penjualan arak membisu.

pas meropakan manusia hipokrit tahap tertinggi senarai pelacur politik jalanan. pas memijakkan hukum quran yang pernah mereka perjuangkan. hukum quran itu kini bawah kaki mereka, disepak dan ditendang mengikut citra politikal semasa. bila berocap didepan penyokon buta mereka, quran tadi diambil semola dari kaki mereka. ‘kita partai perjoangkan islam,umno munafik,umno jahannam’ …. takbir lah mereka menipu ahli jumud pas sekaliannya.

khalid berahim dan pas manifestasi ulangan sejarah. nikmat islam itu telah diangkat dari jiwanya oleh ALLAH SWT. mereka sudah tiada rasa kekesalan kerna terlanjor. kerna sikap kesialan pas inilah, ketua pemuda dap berani menghina islam. penghinaan terbuka kepada islam berponca daripada sikap lacuran politik pimpinan pas sendiri.

khalid berahim menjadi ketua nomor 1 di selangor. pembawaan khalid telah banyak merosakkan islam menjahanamkan bangsa. aku melihat keliling ku, menutup mata sambil memikirkan akan nasib agama dan bangsa. di tangan ku menggenggam erat, tubuh berketar menahan gelojak marah….nabi saw telah lama meninggalkan kita, dan pada kita sahajalah paksi paksi kental yang mampu mempertahankan islam dan bangsa.

hina islam dan bangsa haros ada noktahnya. pkr dan pas selangor haros-harosan segera dilawan dan ditentang ! dengan tangan penuh kudrat, mulut penuh semangat dan hati berkobar akan kami memolakan langkah. sejarah sahabat dalam perang badar dijadikan iktibar, pelepah tamar digunakan menentang kafirin. dan pelepah tamar ini jugalah yang telah melibas-libas tubuh musuh hingga kaku menuju kematian !begitulah ulangan mati pakatan yang ku idamkan !

JIHAD SUDAH BERMOLA ! AYUH KITA BANGKIT DAN LAWAN MEREKA !

Petikan dari blog: Gerakan Anti PKR

Walaupun fakta kukuh serta bukti menunjukkan Ronnie Liu campur tangan dalam urusan MBSA, tetapi Ronni masih cuba menafikan dan lari dari kenyataan. Inilah apabila tersepit dia akan cari jalan mudah untuk keluar. Samaada menafikan atau menuduh fitnah orang lain.

Hassan Ali dipanggil mengadap Pas Pusat

1 Komen

Pas Pusat akan dapatkan penjelasan Hasan

KUALA LUMPUR – Pas Pusat akan mendapatkan penjelasan daripada Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berhubung desakan beliau agar kedudukan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu dikaji semula.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, penjelasan tersebut penting supaya tidak timbul salah faham dan kekeliruan mengenai maksud sebenar desakan itu.

Katanya, beliau akan bertemu dengan Hasan dalam waktu terdekat bagi mendengar sendiri dalam kontek apakah desakan itu dibuat.

“Saya akan dapatkan penjelasan daripada beliau (Dr Hasan) tentang kenyataan itu. Kita perlu dapatkan mengesahan dan dengar sendiri daripada mulut beliau apa yang sebenarnya dicakapkan.

“Pas juga perlu dapat penjelasan dalam kontek apa dia cakap. Ini penting supaya tidak timbul salah faham daripada kenyataan dikeluarkannya,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kewajaran desakan yang dibuat Hasan, Salahuddin berkata, beliau tidak boleh ulas secara mendalam kerana perlu terlebih dahulu mendengar penjelasan daripada Hasan sendiri.

Sementara itu Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar ketika diminta mengulas mengenai tindakan Hasan itu berkata, terpulanglah kepada Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menangani isu tersebut kerana ia berada di bawah bidang kuasa beliau sebagai Menteri Besar.

Mahfuz berkata, Pas Pusat tidak akan campur tangan kerana soal pelantikan seseorang Exco dan keputusan mengenai portfolio yang dipegang terletak di bawah bidang kuasa Menteri Besar.

Keputusan itu, katanya,. bagaimanapun terlebih dahulu dibincang dan dipersetujui bersama di kalangan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan sebarang tindakan berkaitan desakan tersebut semuanya terpulang kepada Menteri Besar Selangor.

“Saya tak nak komen sama ada betul atau tidak tindakan tersebut. Semua portfolio di bawah bidang kuasa Menteri Besar dan terpulang kepadanya untuk membuat keputusan tetapi bagi isu-isu seperti mencampuri urusan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu dibawa berbincang sesama rakan Pakatan agar tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari,” katanya. – Bernama

PAS tidak campur isu arak di S’gor

PAS di peringkat pusat tidak akan mencampuri urusan urusan pentadbiran kerajaan Selangor dalam isu pengharaman alkohol, tegas setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali hari ini.

Kontroversi terbaru muncul antara Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali, juga exco agama Selangor, yang mahu menegaskan pengharaman minuman itu di kalangan orang Islam dan turut meminta seorang exco lagi, yang juga pemimpin DAP, Ronnie Liu agar tidak campur tangan.

Mustafa juga menjelaskan PAS Pulau Pinang telah memutuskan tiga nama calon untuk disenaraipendek oleh mesyuarat jawatankuasa pusat PAS hujung minggu ini bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Sumber: Malaysikini

Nampaknya PAS Pusat sendiri tiada minat untuk campur tangan dalam kes ini. seolah-olah PAS Pusat merestui tindakan Khalid mempertahankan kafir harbi, Ronnie Liu. Walaupun Khalid sebagai MB Selangor, PAS berhak campur tangan kerana PAS juga mempunyai kerusi di Selangor. Sedangkan urusan-urusan negeri lain yang dibawah pentadbiran Barisan Nasional, PAS boleh kacau daun, inikan pula Selangor.

Di sini kita boleh nampak tiada kesungguhan oleh PAS Pusat mengatasi isu ini. Malah tiada kecaman terhadap Ronnie Liu, akan tetapi Hassan Ali pula dipanggil mengadap PAS Pusat. Jika PAS Pusat meminta penjelasan Hassa Ali sudah pastinya, mereka akan bebankan kesalahan tersebut pada bahu Hassan Ali.

Inilah PAS sekarang. PAS yang hanya menjadi boneka Anwar Ibrahim dan DAP. PAS dulu sudah berbeza dengan PAS sekarang. Tiada langsung kesungguhan menegakkan Islam jika ianya berkaitan dengan DAP. Jika BN, pastinya PAS dengan lantang mengecam dan mengutuk tindakan BN.