Toksah layan Nick Ajiszzz

Tinggalkan komen


KUALA LUMPUR 28 Julai – ”Lupakan saja Nik Aziz, perpaduan dalam Pas pun dia tak boleh nak selesai inikan pula nak tengok dia jayakan agenda perpaduan ummah.”

Itu antara reaksi beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Melayu mengulas tindakan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bukan sahaja berkeras menolak kerjasama dengan UMNO malah mengeluarkan kata-kata ‘pergi jahanamlah UMNO’.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, Nik Aziz memang patut dilupakan bukan sahaja kerana beliau gagal membawa perpaduan dalam partinya sendiri tetapi juga tidak pernah ikhlas menjayakan perpaduan ummah.

Menurutnya, apa yang jelas, niat Menteri Besar Kelantan itu hanya satu iaitu untuk menghancurkan UMNO, sama dengan rakan politiknya yang bukan Islam iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

”Bukan apa, orang Pas sendiri tertanya-tanya siapa ketua mereka, Nik Aziz ke Abdul Hadi Awang (Datuk Seri). Pas sendiri jadi tak bersatu padu sebab ada yang lebih daripada Presiden. Jadi biar Nik Aziz dengan urusan DAP dan PKR.

”Tanpa Pas pun kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini mampu wujudkan perpaduan. Tak payah UMNO buang masa fikir perpaduan Melayu dengan Nik Aziz, yang penting rakyat tahu bukan UMNO tolak perpaduan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Aziz semalam menegaskan ‘salam’ kerjasama yang dihulurkan sebelum ini adalah atas hubungan antara Kerajaan Pusat dan negeri yang tiada kaitan sama sekali dengan kesediaan membentuk kerjasama antara Pas dan UMNO.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, sikap terbaru Nik Aziz itu amat dikesali apabila Mursyidul Am Pas itu lebih mementingkan kehendak politik berbanding perpaduan Islam dan Melayu yang mendesak kini.

Menurutnya, Nik Aziz sepatutnya sedar apakah bekerjasama dengan DAP dan PKR bagi menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu menjamin pemerintahan negara ini terus ditunjangi kepimpinan Islam dan Melayu.

“Jadi, tak payah tumpu perhatian kepada Nik Aziz, minat dia bukan perpaduan Islam dan Melayu sebaliknya untuk menggugurkan kuasa UMNO dan BN, sama dengan niat DAP dan PKR nak hancurkan parti Melayu.

“Nik Aziz dah menyeleweng, jadi macam tak berguna lagi. Orang sudah berjanji dengan rakan politiknya yang bukan Islam untuk hancurkan UMNO, jadi kini dia pun utamakanlah tuntutan politik daripada tuntutan agama.

Sehubungan itu katanya, pada peringkat ini UMNO dan BN perlu memperkuatkan diri sendiri dan menyakinkan rakyat tentang penyelewengan kerajaan pembangkang di beberapa negeri.

Setiausaha Majlis Muafakat Melayu (MMM), Prof. Madya Datuk Dr. Zainal Abidin Borhan pula tetap berharap agenda perpaduan Melayu dapat diteruskan oleh UMNO dan Pas tanpa perlu memberi reaksi terhadap tindak tanduk Nik Aziz.

Katanya, usaha ini penting kerana cabaran yang sedang menanti orang Melayu semakin dahsyat sehingga kini sudah seakan wujud gerakan yang memburukkan jabatan-jabatan kerajaan yang diterajui pegawai Melayu.

“Kini tengok pegawai Melayu dalam agensi penguat kuasa dikecam hebat seakan ia sengaja dirancang bagi menimbulkan persepsi di kalangan rakyat bahawa pegawai Melayu tidak layak menjadi peneraju.

“Mempertahankan Melayu juga dianggap rasis malah dituduh kita aparteid pula. Jadi kalau UMNO dan Pas tak bersatu, ke mana orang Melayu nak cari jawapan bagi mempertahankan maruah diri,” ujarnya.

Sebab itu jelasnya, hubungan antara UMNO dan Pas mesti wujud dan jalan bagi menemukan dua parti ini di meja perbincangan tetap perlu ahli akar umbi diharap dapat memahami keperluan itu walaupun Nik Aziz menolaknya dengan keras.

Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, walaupun Nik Aziz berkeras menolak kerjasama UMNO dan Pas, namun kesediaannya untuk mengukuhkan hubungan antara kerajaan Pusat dan Kerajaan negeri pimpinannya merupakan petanda baik.

“Biar Nik Aziz kata dia tolak UMNO dengan Pas tetapi pada masa sama, dia sedia bekerjasama dengan kerajaan Pusat dan ini menunjukkan dia sedia duduk semeja dengan pemimpin UMNO yang menerajui Pusat.”

“Soal membantu Kelantan kita sokong kerana negeri itu hampir 100 peratus penduduknya Melayu. Dalam hal ini, pemimpin Pas lain tak semestinya sependapat dengan Nik Aziz, jadi saya fikir Pas kena adakan muktamar khas bincangkan hal ini, baru ahli di bawah jelas,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Pesanan kepada Nick Ajiszzz, kalau malu jadi melayu. Convert la jadi india ke, cina ke, indon ke…

Advertisements

Nick Ajiszz bukan pejuang Islam sebenar

Tinggalkan komen


KUALA LUMPUR 28 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata kesat atau memaki hamun pihak lain.

Katanya, Menteri Besar Kelantan itu seharusnya memberi contoh terbaik kepada ummah dan bukannya memaki hamun dan mengeluarkan kenyataan yang kurang sopan kepada pihak lain.

“Nik Aziz juga tidak sepatutnya melabelkan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya sebagai menyimpang dari perjuangan Islam sebenar.

“Ini kerana, Nik Aziz sendiri bukan seorang pejuang Islam sebenar dan tidak bersifat sempurna atau maksum seperti Nabi. Justeru, beliau tidak berhak mengeluarkan kenyataan yang bersifat seolah- olah tidak bertamadun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas kenyataan Nik Aziz yang menyebut ungkapan kurang sopan ‘pergi jahanamlah UMNO’ ketika diminta mengulas ‘salam’ kerjasama di antara UMNO dan Pas.

Semalam, Mursyidul Am Pas itu menjelaskan, ‘salam’ kerjasama yang dihulurkan sebelum ini adalah atas hubungan antara kerajaan Pusat dan negeri yang tiada kaitan sama sekali dengan kesediaan membentuk kerjasama antara Pas dan UMNO.

Menurut Nik Aziz, beliau tetap dengan pendirian menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Ahmad Zahid menambah, jika Nik Aziz atau kerajaan negeri Kelantan mahu berbaik-baik dengan kerajaan Pusat hanya kerana ada udang di sebalik batu, lebih baik lupakan sahaja hasrat tersebut.

Ini kerana, jelasnya, Nik Aziz sendiri tidak pernah ikhlas untuk menjalin hubungan dengan mana-mana pihak sama ada kerajaan Pusat atau UMNO sendiri.

“Lupakan saja hasrat tersebut,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Sememangnya apa yang dikatakan akhbar Utusan ini amat tepat. Nick Ajiszz bukan pejuang Islam sebenar. Dia adalah pejuang kafir harbi. So ada kalangan puak jumud PAS ni nak bangkang kata-kata aku? Di persilakan…. Tiada bukti yang menunjukkan Nick Ajiszz ni pejuang Islam… Dia lebih banyak memperjuangkan idealogi plitik kafir harbi…

Nick Ajiszz Kelentongmu telah ku baca….

2 Komen

NIK AZIZ NAFI ADAKAN KERJASAMA DENGAN UMNO

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan laporan media bahawa beliau mahukan perpaduan dan kerjasama antara Umno-PAS.

Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau hanya bersedia untuk mengadakan perbincangan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Sehubungan itu kata Nik Aziz, beliau mahukan Barisan Nasional menunaikan tanggungjawabnya sebagai kerajaan pusat seperti yang diamanahkan.

Atas dasar itu kata Nik Aziz, beliau bersedia mengetuai usaha menjalin hubungan antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.

“Saya usulkan hubungan dua kerajaan (negeri dan pusat) dipulihkan sesuai dengan semangat federalisme,” kata Nik Aziz dalam kenyataan yang dikeluarkan tengah hari tadi.

Terdahulu beliau menyatakan pandangan itu kepada PAS TV pagi tadi di pejabatnya di Kota Bahru.

Bulan lalu beliau telah pun menolak sebarang usaha ke arah kerajaan perpaduan antara Umno-Barisan Nasional dan PAS.

Nik Aziz menyatakan demikian ketika banyak pihak melihat kenyataan beliau dua hari lalu mahu memulihkan hubungan dengan Umno sebagai perkembangan positif.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah awal yang akan diambil untuk mengadakan pertemuan serius dengan pemimpin PAS ke arah merapatkan hubungan kedua-dua parti itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Jumaat ini.

Muhyiddin yang menyambut baik kesediaan Nik Aziz untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri PAS itu dengan kerajaan pusat berkata, senario tersebut akan membuka satu lembaran baru dalam hubungan antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri Kelantan dan parti PAS.

Pun begitu ada juga pemimpin Umno yang meraguinya dan mahu kenyataan serius Nik Aziz dalam soal tersebut.

Sehubungan itu, hari ini Nik Aziz menegaskan, apa yang beliau mahukan ialah Barisan Nasional menjunjung semangat federalisme seperti yang diterima pakai dalam Perlembagaan Persekutuan, yang dipersetujui dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Persekutuan Malaysia.

“Kelantan adalah salah satu negeri yang membentuk persekutuan tersebut dan hak Kelantan terjamin dalam perlembagaan.

“Bagaimanapun sejak Kelantan kembali ditadbir oleh PAS bermula 1990, Barisan Nasional sebagai kerajaan persekutuan telah menyekat hak-hak negeri Kelantan dalam banyak aspek.

“Tindakan diskriminasi dan pelbagai tekanan bersikap politik ke atas negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh Barisan Nasional adalah sama sekali tidak mengikut semangat federalisme,” katanya.

Tindakan sebegini telah berjaya menumbangkan kerajaan PBS di Sabah tetapi tidak di Kelantan, kata beliau.

Kata Nik Aziz, selepas pilihan raya umum ke-12 apabila lima negeri tidak lagi ditadbir Barisan Nasional, pihak kerajaan persekutuan tidak insaf dengan penolakan rakyat, sebaliknya semakin galak menyalahgunakan kedudukannya untuk menumbangkan negeri-negeri tersebut secara tidak demokratik.

“Kerajaan negeri Perak berjaya ditumbangkan pada Februari 2009 dan kini Barisan Nasional menggunakan jentera-jentera kerajaan persekutuan untuk menumbangkan kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Aku dah jangka kenyataan flip-flop Ncik Ajiszz ni, sila baca artikel sebelum ini: Ikhlas atau sengaja alih perhatian?
Nick Ajiszz, kelentong mu telah ku duga awal-awal lagi… Aku tahu kenyataan kau tu tidak ikhlas. Siapa tak kenal Nick Ajiszz, flip-flop No 1. Pakar membuat cerita palsu. Dan memberi harapan palsu. Termasuk harapan palsu terhadap rakyat Kelantan. Jadi mari blogger BPN semua kita ramai pakat gelakkan Nick Ajiszz ni….

HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA!!!

Fuckatan Riot Buat Cerekarama Lagi

Tinggalkan komen

Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 anjuran Pakatan Rakyat akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya Selasa depan

Satu ceramah perdana akan diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala “fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan Umno dan BN” untuk menghancurkan Pakatan Rakyat, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Beliau, yang juga mewakili sekretariat gabungan pembangkang, berkata program tersebut akan bermula jam 9 malam dan menggesa orang ramai menghadirinya.

Salahuddin memberitahu Harakahdaily bahawa kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.

Mereka yang telah mengesahkan kehadiran masing-masing termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin utama DAP Lim Kit Siang. (Sumber-Malaysiakini)

Kah kah kah lawok betul Fuckatan Riot ni. Nak buat cerekarama lagi. Entah berapa banyak cerekarama diorang nak buat tak tahu lah. Kali ni cerekerama diorang bertajuk: Kerajaan Perpaduan Fitnah UMNO? Setahu kita semua lah, idea Kerajaan Perpaduan A.K.A Unity Government adalah idea yang dikeluarkan oleh ahli tertinggi PAS sendiri. UMNO hanya menyokong dan bersedia sahaja untuk berbincang. Perkara ini bukan fitnah dan bukan propaganda politik UMNO dan BN. PAS nak duduk semeja dengan UMNO, pemimpin UMNO alu-alukan lah. Kalau tak nak bincang tak mengapalah, tak menjadi kudis dan pekung pun kat UMNO dan BN. Yang beriya-iya sebenarnya PAS sendiri. Tetapi setelah dihalang niat tersebut oleh PKR dan DAP, maka niat PAS terpaksa dipendam. La ni diorang nak kata benda ni propaganda UMNO. Macam-macam hal… Al-Juburi nampaknya semakin terdesak antara kes liwatnya dengan keinginan PAS untuk berbaik dengan UMNO. Al-Juburi cukup benci dengan UMNO, dendamnya dengan UMNO masih berbara merah walaupun dah bertahun-tahun lama. Oleh itu dia cuba menyemaikan benih kebencian, dendam, sengketa, tamak, tipu-daya pada PAS. Pemimpin PAS merelakan parti mereka ternoda dengan dosa-dosa ahli-ahlinya yang menyokong Al-Juburi, mereka anggap mereka ahli PAS maka dosa mereka akan diampunkan Allah secara FREE? Allah takkan ampun dosa umatnya selagi umatnya tidak bertaubat nasuha, dan kembali ke ajaran-Nya. Insaflah ahli-ahli PAS sekelian, syurga bukan di bawah tapak kaki Tok Guru korang. Tok Guru korang pun tidak dapat beri jaminan syurga kepada anda semua. Allah sahaja yang berhak menentukan ke mana kita.