Buku Yang Patut Korang Baca…

Tinggalkan komen

Buku Yang Patut Korang Baca

eXception baru sudah menghabiskan buku di atas ini dalam masa 1 hari… Banyak informasi berguna tentang pergerakan Freemasonry dan Illuminati di seluruh dunia dan sejarah penubuhan pergerakan tersebut dan agenda mereka…

Malah pergerakan tersebut juga sedang menggerakkan catur-catur mereka di Malaysia tanpa kita sedari… Malah di dalam buku ini juga membongkar konspirasi disebalik tragedi 11 September, perang terhadap Afghanistan, perang terhadap Iraq, perang terhadap Libya dan perang terhadap ISLAM keseluruhannya…

Korang juga akan di bawa mengenali tokoh-tokoh penting dalam pergerakan sulit tersebut. Yang mana korang tidak menjangka bahawa mereka adalah pengikut pergerakan ini.

Buku ini mengajak korang berfikir sendiri dan mengkaji kebenaran sebelum mempercayai sesuatu perkara…

Art of Deception

oleh Jerry D. Gray

Harga: RM 20 / RM 22
ISBN-13: 978-967-366-147-3
Tarikh Terbit: 20 Apr 2012
Jumlah Muka Surat : 320

Kategori: Islam, Islam Umum

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

Kandungan

Bahagian 1: 911 Peristiwa Pelik dan Misteri Terbongkar

Bab 1: Misteri 911

Bab 2: Penipuan Besar Peristiwa 911

Bab 3: Pentagon

Bab 4: Pengkhianatan

Bab 5: Kesimpulan Terakhir

Bab 6: Misteri Dolar AS

Bahagian 2: Organisasi Rahsia

Bab 7: New World Order-Pemerintahan Dunia Baru

Bab 8: Organisasi Sosial Rahsia Milik New World Order

Bab 9: Freemason

Bab 10: Ahli Kawalan Fikiran

Bahagian 3: Penguasaan Penduduk

Bab 11: Orang Amerika Mudah Membunuh

Bab 12: Ledakan Bom Uranium

Bab 13: Membuat Bencana Alam

Bab 14: Pelbagai Program Pengendalian Jumlah Penduduk

Bab 15: Para Pemuja Syaitan

Kesimpulan

Nota: Sila dapatkan buku ini di booth PTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (Dewa Tun Hussein Onn) serta toko buku berhampiran… Atau boleh beli secara online…

Beli Secara Online (Diskaun 15%)

Advertisements

Kenapa GMI sibuk suruh bebaskan pengganas?

Tinggalkan komen

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menggesa kerajaan mengesahkan isu penahanan tiga lelaki di Ulu Tiram, Johor Bahru hujung bulan lalu yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

“GMI mendesak kerajaan mengesahkan tangkapan terbaru ini,” kata seorang penyelarasnya E Nalini hari ini.

Menurut NGO tersebut, mereka yang ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 25 Jun bernama Sulaiman Bukhari, Latif Omar dan seorang lagi yang dikenali Samsudin.

Bagaimanapun GMI sendiri tidak dapat mengesahkan maklumat ini.

Ia malah mengecam kerajaan yang terus-menerus menggunakan ISA walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berjanji untuk memulakan semakan terhadap akta kontroversi itu, sejak April lalu.

“Kerahsiaan dan amalan sewenang-wenangnya yang menyelubungi penggunaan ISA bertentangan dengan prinsip-prinsip keadilan, kebenaran dan ketelusan,” kata Nalini lagi dalam satu kenyataan.

“Ia menonjolkan belang sebenar ISA yang digunakan sangat sewenang-wenangnya dan tidak kena-mengena dengan keselamatan negara.

“Ia mengesahkan lagi bahawa ISA hanyalah alat politik untuk menutup mulut penentang dan pengkritik kerajaan.”

Pada 27 Mei lalu, ketua JI Singapura, Mas Selamat Kastari ditahan dua tahun bawah ISA selepas diberkas di Johor Bahru, awal April lepas.

Mas Selamat meloloskan diri dari penjara berkawalan ketat republik pada Februari tahun lepas dan kemudian dipercayai berenang menyeberangi Selat Teberau ke bandar raya itu sebelum disambut Abdul Matin Anol Rahmat dan Johar Hassan.

Abdul Matin ditahan 1 April lalu, dipercayai bersama Mas Selamat.

Abdul Matin kini ditahan selama dua tahun, sementara Johar – yang menyewakan rumahnya di Skudai kepada Mas Selamat – dikenakan perintah kediaman terhad.

mat sabuSementara itu, GMI akan mula menyebarkan risalah esok bagi menggerakkan kempen membantah akta itu dalam satu perhimpunan besar di ibu negara, 1 Ogos depan.

Ahli jawatankuasa pusat PAS Mohamad Sabu, yang turut serta dalam sekretariat GMI, akan mengadakan sidang media jam 2 petang di depan kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur sebelum mengedarkan risalah berkenaan.

Aku pelik betul dengan GMI ni, tak habis-habis nak bantah ISA. Pasal penahanan pengganas pun diorang nak sibuk. Aku pun tak faham apa sumbangan Mas Selamat kepada GMI khususnya kepada Mat Sabu. Mungkin Mat Sabu ingin berkerjasama dengan pengganas untuk menjahanamkan Malaysia seperti DAP mahu menjahanamkan negara dengan cuba membawa masuk idealogi komunis.