Rakyat DUN Tenang Wajib Tolak Anjing Komunis!!

Salam sejahtera diucapkan… Masih ingatkah korang dengan peristiwa berdarah tanggal 23 Februari 1950? Peristiwa yang berlaku pada awal pagi itu eXception harap masih diingati oleh semua rakyat Johor terutamanya rakyat DUN Tenang. Peristiwa berdarah yang mana serangan bertubi-tubi oleh gerombolan komunis yang cuba menawan Balai Polis Bukit Kepong yang menyaksikan banyak nyawa pasukan keselamatan yang terkorban.

Bukit Kepong dan Tenang terletak di dalam negeri Johor yang pada masa zaman darurat dulu juga merupakan antara kawasan hitam di mana Komunis bermaharajalela di sana. Tentu kalangan rakyat Tenang masih ingat akan kekejaman Komunis di Bukit Kepong? Mungkin ada kalangan anak muda yang sudah melupakan tragedi berdarah tersebut.

Bagi yang ingin mengetahui lanjut tentang peristiwa tersebut, biarlah eXception ceritakan serba sedikit…

Pagi 23 Februari 1950 yang disangka tenang, tiba-tiba bertukar tragedi apabila kira-kira 200 orang pengganas komunis menggempur Balai Polis Bukit Kepong untuk tujuan menawan dan merampas senjata di dalam Balai Polis tersebut. Akan tetapi anggota Polis cuba mempertahankan Balai Polis tersebut dengan menyerang balas dengan senjata yang ada.

Pihak pengganas Komunis tertekan apabila tentangan sengit yang diberikan oleh Sarjan Jamil Mohd Shah dan anggota Polis yang lain, kemudian bertindak kotor dengan menawan dan mengugut isteri anggota Polis dan meminta anggota Polis menyerah diri.

Anggota Polis tetap bertahan dan enggan menyerah diri kepada pengganas Komunis. Sehinggalah akhirnya ramai anggota Polis yang terkorban dalam peritiwa tersebut dan Balai Polis Bukit Kepong dibakar.

Betapa kejamnya pengganas komunis ini hingga sanggup membunuh wanita dan kanak-kanak. Adakah saki-baki pengganas komunis serta anjing-anjing kurap mereka mahu kita sokong di Tenang nanti? Ingatlah betapa sukarnya anggota Polis yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong dari ditawan pengganas, adakah kita mahu memberikan DUN Tenang kepada anjing-anjing kurap komunis ini?

Kalangan anjing-anjing kurap Komunis ini pula menyokong supaya Chin Peng, kepala pengganas komunis yang hidup terbuang di Thailand supaya dibenarkan menetap di Malaysia… Adakah kita mahu menyokong anjing-anjing ini jika apa yang telah komunis lakukan di Bukit Kepong dulu? Adakah kita mahu kepala pengganas yang telah menghuru-harakan Johor dulu kembali semula? Tidakkah korang akan rasa mereka pengorbanan anggota Polis Bukit Kepong terbalas jika korang menyokong anjing-anjing kurap yang berkeras mahu membawa pulang Chin Peng?

Adakah korang mahu keamanan yang anda nikmati sekarang bertukar menjadi keadaan darurat apabila komunis kembali berkuasa? Fikirlah sendiri…

Sumber:
Peristiwa Bukit Kepong
PERISTIWA BUKIT KEPONG
PKM dan Darurat 1948-1960

P/S: Peritiwa Bukit Kepong bukan satu sandiwara atau cerita rekaan, tetapi insiden sebenar yang terjadi. Jika korang mengatakan ianya sandiwara atau rekaan kerajaan, korang patut jumpa doktor check otak korang. Mungkin ada wayar yang short…