Lepas Anwar, PAS Pun Takut Berdepan PRU 13??

1 Komen

Enggan Bubar DUN Serentak Dengan Parlimen. PAS Takut Berdepan Kekalahan Besar Dalam PRU 13??

ALOR SETAR – Pas kawasan Kuala Kedah mendesak Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah supaya tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah serentakjika Parlimen dibubarkan, selagi kerajaan tidak menunaikan tuntutan Bersih 3.0 terutama membabitkan daftar pemilih.

Yang Dipertuanya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, Pas kawasan Kuala Kedah menyatakan pendirian itu setelah mendapat undian majoriti yang bersetuju dengan usul itu kerana berlaku pertambahan yang mendadak dalam senarai daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2012yang dibentangkan Rabu lalu.

“Kita ambil serius isu ini memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin hampir.

“Jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, kita mahu Kedah tidak bubarkan Dun serentak kerana kita mempunyai alasan yang kukuh menolak pilihan raya diadakan serentak dengan kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya, selepas Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kuala Kedah ke-38, yang dirasmikan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Hadir sama, Timbalan Yang Di Pertua, Datuk Ir Amiruddin Hamzah; Naib Yang Di Pertua, Mohd Nasir Mustafa; Ketua Pemuda Pas Kuala Kedah, Mohd Azizi Abdullah serta Setiausaha, Aris Awang.

Menurutnya, pihaknya meragui kewujudan lebih 900 pengundi baru yang didaftarkan dalam kawasan Dun Kubang Rotan bawah Parlimen Kuala Kedah, kerana ianya melebihi peningkatan sebanyak 12 peratus.

“Pertambahan ini mendadak dan terlalu banyak dalam Dun Kubang Rotan, berdasarkan pengalaman lepas, tidak mungkin pertambahan melebihi 12 peratus. Ia amat diragui dan jentera parti akan membuat semakan, seterusnya membuat bantahan jika ada keperluan,” katanya.

Phahrolrazi yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, pihaknya masih belum berpuas hati dengan daftar pemilih sedia ada kerana masih banyak timbul keraguan walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui telah membuat pembersihan daftar pemilih.

“Usul ini yang juga pendirian Pas kawasan akan dikemukakan kepada Pesuruhjaya Pas Kedah yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam masa terdekat. Kita serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan Pas Kedah untuk membuat pertimbangan,” katanya, yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah.

Menurutnya, cadangan usul ini dikemukakan berikutan Pas Kedah belum menetapkan pendirian sama ada akan mengadakan PRU13 secara berasingan atau serentak, selepas Parlimen bubar.

Sementara Pengerusi Jawatankuasa Usul yang juga Ketua Penerangan Pas Kawasan Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar berkata, keahlian Pas kawasan itu mencecah lebih 7,000 ahli dan sebanyak tiga usul diluluskan dalam mesyuarat itu.

“Usul daripada Pemuda pula mencadangkan supaya dilantik golongan ulama dalam jawatankuasa pentadbiran negeri, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memberi pandangan berkaitan hukum hakam agama,” katanya.

Menurutnya, ianya supaya golongan ulama diberi peranan lebih besar dalam kerajaan, terutama dalam bidang pendidikan dan aspek keagamaan.

“Usul ketiga daripada Dewan Muslimat pula mencadangkan Kerajaan Negeri mempertimbangkan elaun khas takziah kepada balu yang kematian suami dalam tempoh edah bagi mengurangkan beban kewangan keluarga,” katanya.

Sinar Harian


Keh keh keh keh… Macam-macam alasan korang lah yer?? Sebenarnya korang takut nak berterus-terang dengan mengatakan… KORANG TAKUT BERHADAPAN DENGAN KEKALAHAN DALAM PRU 13…

Betul tak?? Kan senang cakap macam tu… Tak payah pusing-pusing keliling…

Hari tu Selangor enggan bubar DUN sekali dengan parlimen… Mula cakap berdegar…

Kata Najib takut nak bubar parlimen… Bila Najib nak umum bubar parlimen dan mengadakan PRU 13…

Pemimpin PR terkencing-kencing dalam kain…. Kesian…

Artikel Berkaitan : Siapa Yang Takut Dengan PRU?? Anwar Ke Najib??


Siapa Yang Takut Dengan PRU?? Anwar Ke Najib??

Tinggalkan komen

Benarkah Najib Takut Bila Pilihanraya Umum Diadakan??

Kalangan blogger-blogger Pakatan Rabak bersungguh-sungguh mencanang kononnya Datuk Seri Najib begitu takut untuk membubarkan parlimen sekaligus mengadakan Pilihanraya Umum ke 13… Benarkah seperti yang mereka kata?? Let us see…

Tiada sebarang penafian dari Datuk Seri Najib bahawa PRU 13 akan diadakan, malah Datuk Seri Najib sudah memberikan ‘HINT’ bahawa PRU 13 sudah semakin hampir, mungkinkah bulan Mei? Ataupun bulan Jun?

Tetapi berbeza pula dengan Anwar apabila mengetahui Datuk Seri Najib begitu komited untuk membubarkan parlimen sekaligus mengadakan PRU 13 serentak seluruh negara…

Jadi sekarang siapa sebenarnya…

YANG TAKUT DAN BACUL!!??

Sumber:

NAJIB TAK BERANI BUBAR PARLIMEN!!! Ada ahli 7 juta pun nak kena rasuah

Najib Takut Bubar Parlimen

Anwar Umum DUN Selangor Enggan Bubar Serentak PRU13.