Peningkatan Kemalangan Motorsikal. Wajarkah Penunggang Motorsikal Dipersalahkan Sepenuhnya??


Gambar ihsan Ondscene

KUALA TERENGGANU 31 Okt. – Mulai tahun depan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi secara besar-besaran di seluruh negara memandangkan kadar kemalangan pengguna motosikal semakin kritikal.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, perkembangan ini boleh dilihat pada data-data Ops Sikap sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini yang menyaksikan kemalangan membabitkan pengguna motosikal meningkat kepada 61.6 peratus berbanding 59.7 peratus pada tahun lepas.

“Kalau kita tengok dalam tempoh 2001-2010, kadar kemalangan maut di kalangan pengguna motosikal ialah 58.2 peratus,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Inovasi JPJ Peringkat Negeri Terengganu di sini hari ini.

Ismail berkata, memandangkan masalah motosikal begitu kritikal di Terengganu, negeri itu dipilih sebagai perintis operasi tersebut diikuti negeri-negeri yang lain dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, hasrat JPJ untuk mengurangkan kadar peratus kemalangan maut tidak akan berjaya sekiranya ada peningkatan kemalangan di kalangan pengguna motosikal. – Bernama


JPJ kelihatan mahu lepas tangan dengan menyalahkan penunggang motorsikal 100% akibat peningkatan jumlah kemalangan melibatkan motorsikal. Ini kerana dari pengalaman eXception, sikap pemandu kenderaan lain juga harus dipersalahkan terutama sekali pemandu kereta…

Adakalanya sikap pemandu kereta yang tidak menghormati penunggang motorsikal dengan bertindak menghimpit penunggang motorsikal juga penyumbang kepada kemalangan ini.

Malah tindakan pengguna kenderaan meletakkan kenderaan sesuka hati di bahu jalan juga membahayakan penunggang motorsikal. Akan tetapi mengapa JPJ tidak mengambil tindakan menyaman pemandu yang meletakkan kenderaan di bahu jalan sesuka hati tanpa meletakkan papan tanda? Apabila sudah berlaku kemalangan baru JPJ hendak bertindak… Akan tetapi langkah yang dilakukan oleh JPJ langsung tidak berkesan…

Sepatutnya JPJ bertindak mengelakkan perkara ini dari berlaku dengan kerap melakukan rondaan… Bukan hanya musim perayaan baru hendak membuat rondaan? Jika ini sikap JPJ, maka tak hairanlah jumlah kemalangan melibatkan pengguna motorsikal semakin meningkat…

Jika anda lihat video di bawah, jelas menunjukkan betapa Putrajaya juga tak terlepas berlakunya kemalangan… Bukan berpunca kepada penunggang motorsikal 100% tetapi pengguna jalan raya yang lain juga…

Kepada Jabatan Pengangkutan Jalan… Diharap jalankan kerja anda yang sebetulnya… Bukan hanya menuding jari kepada orang lain kemudian duduk goyang kaki… Tugas anda bukan hanya menyaman atau melakukan operasi… Tugas anda juga melibatkan pencegahan kemalangan… Tiada jalan pencegahan, maka segala kempen yang dilakukan adalah GAGAL…

Advertisements