Aku selalu melayari forum-forum yg banyak dipenuhi puak-puak penyokong PAS ni. Kadang-kadang suka menipu dan mereka-reka cerita… Ada yang menunjukkan bukti gambar la… So di sini aku nak story kat korang semua apa modal-modal cerita penyokong pembangkang ni membuatkan ramai percaya….


Mereka akan mengatakan bahawa kereta ini kepunyaan pemimpin BN yang dibeli dengan harga RM 38 juta. Padahal nilai dan gambar pun main sumbat je.


Mereka akan mengatakan banglo mewah ini kepunyaan pemimpin UMNO yang bernilai RM 45 juta. Padahal ni banglo kepunyaan Mawi. Harga dia pun tak sampai pun sampai puluhan juta.


Mereka juga akan menyatakan bahawa helikopter ini milik Menteri UMNO. Dan ianya berharga RM 800 juta. Padahal gambar pun kadang-kadang main sumbat jer. Harga pun main letak.

Jadi aku nak ingatkan kepada blog surfer di luar sana. Tengok boleh, tapi percaya jangan…

Akan tetapi apabila disiarkan gambar banglo bekas ADUN PAS. Pasti ramai penyokong PAS kata itu helah BN dan UMNO. Dan juga ada yang mengatakan ADUN tu ada perniagaan sendiri jadi tak salah mempunyai banglo mewah sebegitu.

Inilah hakikat penyokong pembangkang. Mereka lebih tertarik kepada penipuan, tetapi enggan menerima kebenaran. Mereka bebas mengutuk dan mencerca pemimpin UMNO, tetapi mereka akan marah dan naik angin apabila pemimpin kesayangan mereka dicerca dan dikutuk. Mereka anggap pemimpin mereka itu suci, maksum dan pemimpin UMNO kotor, jijik dan layak dicerca dan dikutuk. Malah mereka menjadikan fitnah itu satu halal. Bagi mereka tidak salah memfitnah pemimpin UMNO. Tak berdosa. Fitnah tetap fitnah, dosa tetap dosa…. Siapa PAS mengatakan fitnah bukan satu dosa? Siapa PAS mengatakan menipu tak berdosa? Siapa PAS mengatakan Allah mencarut? Itulah matlamat PAS memenuhi Konsep Menghalalkan cara mereka…