Sotong Kurita Khurafat Akhirnya Mati

7 Komen

Sotong ‘Khurafat’ Paul Mati

Akhirnya sotong kurita yang bernama Paul yang membawa kepada kepercayaan khurafat tentang pasukan pemenang dalam perlawanan Piala Dunia telah mati.

Sotong tersebut mati di dalam akuariumnya berkemungkinan kerana stress dengan tugasnya yang selalu dipergunakan untuk melakukan perkara khurafat iaitu menilik pasukan mana yang akan menang dalam satu-satu perlawanan di dalam Piala Dunia.

Walaubagaimanapun kepercayaan khurafat terhadap sotong Paul ni telah berjangkit kepada PR terutamanya totok-totok PAS yang kononnya memperjuangkan Islam, tetapi mempercayai perkara khurafat… Lihat sahaja gambar di bawah ini…

Ketaksuban melampau terhadap ‘kuasa’ sotong Paul melampaui kepercayaan terhadap kuasa Allah… Dek kerana terlalu taksub dengan sotong khurafat ini, maka direkanya gambar di atas kononnya sotong khurafat ini memilih PR… Keh keh keh keh… Ramai kalangan totok-totok PAS memuji ‘kebijaksanaan’ sotong tersebut memilih PR… Nama sahaja Islam, tetapi percaya kepada perkara khurafat…

Apapun, Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedang memikirkan bagaimana cara terbaik untuk mengenangkan jasa sotong Paul ini. Di sini aku ingin bagi satu idea yang bernas kepada Pusat Hidupan Laut Oberhausen cara untuk mengenang sotong khurafat ini, sila lihat gambar di bawah….

Di atas adalah cadangan paling bernas dari aku… ‘Kebumikan’ sahaja sotong ini di dalam kuali, jadikannya sambal sotong. Dek keenakan sambal sotong ini aku percaya ramai yang akan ‘mengingati’ keenakan sambal Paul, si sotong khurafat, jika di makan bersama nasi lemak dan kopi o…

Advertisements

A-FIFA Perkenalkan Bola Baru Untuk Piala Dunia 2014

Tinggalkan komen

A-FIFA Perkenalkan Bola Baru Untuk Piala Dunia 2014

Gempar!! Piala Dunia 2010 masih belum berakhir terdengar pula ura-ura mengatakan A-FIFA memperkenalkan bola baru sempena Piala Dunia 2014… Biar betul… Malah penganjur rasmi Piala Dunia iaitu FIFA dikatakan telah menarik diri dan digantikan dengan penganjur baru iaitu A-FIFA… Macam pernah je dengar nama tu kan? Logo A-FIFA juga kelihatan sama dengan logo FIFA tetapi, terdapat gambar dua ekor baghal dan slogan ‘Who Is My Real Father?’. Pelik slogan A-FIFA nih ek?

Reka bentuk serta corak bola tersebut menyerupai dengan bola rasmi Piala Dunia 2010 iaitu JABULANI… Akan tetapi terdapat sedikit perubahan yang dibuat di mana pengeluar bola bukan lagi ADIDAS dan terdapat logo penganjur baru iaitu A-FIFA… Di sini aku terangkan lebih lanjut mengenai bola baru ini…

Bola ini secara rasminya diberi nama AL-JUBURI… Nama dekat serupa dengan JABULANI… Cuma nama AL-JUBURI ini kedengaran amat familiar… Macam ada kena mengena je dengan penganjur baru iaitu A-FIFA… Mungkin kroni, mungkin juga anak beranak… Ha ha ha ha…

Pengeluar bola ini ialah AZIZAHS. Nama pun dekat sama jer dengan ADIDAS, tetapi AZIZAHS ni pun macam familiar jugak dengar. Seolah-olah ada kena mengena dengan bola AL-JUBURI. Laki bini kot? Dan AZIZAHS juga didapati juga ada kena mengena dengan A-FIFA, mungkin sedara bau-bau bacang, ataupun anak-beranak tiri… Ha ha ha ha… Logo pengeluar bola sepak ini juga kelihatan seakan-akan logo ADIDAS jika sekali tengok, tapi lepas dua kali tengok… Tak kot… Apapun menurut pengeluar bola AL-JUBURI ini, logo syarikat mereka sengaja direka sedemikian sebagai melambangkan slogan ‘CAN I FUCK U TODAY?’

Apapun menurut penganjur Piala Dunia 2014, iaitu A-FIFA. Per-Menatang Pauh telah dipilih sebagai Tuan Rumah untuk menganjurkan kejohanan tersebut. Apapun tahniah kepada Ahli Parlimen Per-Menatang Pauh, kerana terpilih menganjurkan kejohanan yang julung kali di adakan di Malaysia…

Apapun terdapat penaja rasmi yang menunjukkan minat menaja kejohanan kali ini iaitu KY Jelly (Korang paham sendiri lah), Dreamlah (Pengeluar Tilam), NED (National En-Down-Syndroment For Demo-La-Kasi), Parti Roket, Parti Bulan Gerhana dan Sosialist

Parti Bulan Gerhana dikhabarkan akan mencari dana sebanyak mungkin melalui kutipan derma dari ceramah-ceramah finahnya. Manakala Parti Roket pula akan mencari dana melalui penyelewengan duit rakyat negeri yang mana terpaksa mengorbankan seorang setiausaha sulit demi mengelakkan telur tembelang pecah… Manakala KY Jelly akan menyumbangkan sepuluh kontena KY Jelly untuk penyokong kalangan gay… Manakala Dreamlah pula menaja tilam baru yang kalis semen traces… Ini bagi mengelakkan kesan semen melekat pada tilam ketika para gay berpesta… NED pula akan mengimport ejen-ejen Yahudi untuk menjaga keamanan Per-Menatang Pauh…

Bantah Membenarkan Pertaruhan Piala Dunia

2 Komen

Bantahan Terhadap Ura-Ura Kerajaan Untuk Membenarkan Pertaruhan Piala Dunia

Aku tak faham dengan niat kerajaan yang berura-ura mahu mengeluarkan lesen bagi membenarkan pertaruhan sempena perlawanan bola sepak Piala Dunia yang bakal berlangsung di Afrika Selatan tahun ini.

Apakah kewangan Malaysia nazak sangat sampai terpaksa mengeluarkan lesen untuk pertaruhan Piala Dunia nanti? Masih belum cukupkah dengan hasil kutipan-kutipan cukai serta lesen yang diperolehi oleh kerajaan?

Tindakan kerajaan seolah-olah terdesak sangat. Macam takde sumber lain lagi nak cari duit. Macamlah takde cara lain atau sumber lain yang membolehkan kerajaan memperolahi hasil yang menguntungkan? Naikkan sahaja cukai-cukai hiburan, arak serta lesen-lesen perjudian. Bukan dengan mengeluarkan lesen untuk pertaruhan.

Aku faham, kerajaan mahu keluarkan lesen untuk bukan Islam sahaja. Kononnya atas alasan mahu membendung pertaruhan haram. Pergi jahanamlah sama pertaruhan haram ke halal ke…. Apa yang perlu kerajaan tahu, Malaysia ini Negara Islam, bukan Negara Syurga Perjudian… Tidak cukupkah dengan mega kasino di Genting Highland dan deretan kedai-kedai nombor ekor?

Aku hairan kenapa Datuk Seri Najib menganggap isu ini sendiri meneruskan niat menghalalkan pertaruhan Piala Dunia ini?

Judi tetap judi. Haram tetap haram. eXception serta blogger-blogger seangkatan membantah sekeras-kerasnya niat untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan Piala Dunia. Kami akan tentang habis-habisan…

Walaupun kami menyanjungi Datuk Seri sebagai Perdana Menteri Malaysia, tetapi kami malah rakyat Malaysia yang beragama Islam akan bangkit menentang keputusan ini…