DragonForce – Korang Hacker Takde Otak!!

Siapakah kumpulan yang digelar DragonForce ini? Dikatakan DragonForce ini merupakan sekumpulan hacker atau penggodam atau lebih elok juga dipanggil pandikutty, sebab tindakan mereka telah menyusahkan orang ramai yang ingin mengakses laman web kerajaan malah menyusahkan personel IT jabatan kerajaan untuk membaiki semula laman web yang telah diserang…

DragonForce dikatakan pecahan dari kumpulan RileksCrew… Walau apapun… Tindakan takde otak dan tindakan takde maruah oleh sekumpulan anak muda yang hanya berfikir menggunakan kepala lutut boleh menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada kerajaan… Tidakkan anak-anak haram ini terfikir bahawa jutaan wang yang rugi itu adalah wang rakyat…

Apa yang mereka marah sangat dengan Kerajaan? Adakah disebabkan kununnya SKMM menyekat laman web perkongsian fail?? WTF!! eXception rasa SKMM tak pernah menyekat sebarang laman web, kecuali jika laman web tersebut boleh memberi ancaman penyebaran virus serta ancaman penggodam dan pencuri identiti… Buka sahaja laman web Rapidshare, Hotfile, Ziddu… Malah nak torrent pun takde masalah… Jadi apa masalah korang haa DragonForce?? Jika disebabkan beberapa laman web seperti Megaupload, Fileserve, Duckload, Depositfile dan lain-lain disekat, macam la korang takde alternatif lain? Malah korang juga boleh bypass DNS server… Tujuan SKMM ialah untuk menyekat muat turun fail tidak sah, bermakna korang telah mencuri harta intelek orang lain… Kerajaan menyekat korang dari mencuri harta intelek orang lain, tapi korang pulak marah… BODOH!!

Rentikanlah kerja dok hacking laman web orang lain, mungkin korang rasa undang-undang kat Malaysia ni tak seketat di US sana? Mungkin korang nak kerajaan bertindak seperti FBI yang mana setiap hacker diburu dan disumbatkan ke dalam penjara?? Ke mana sahaja nak pergi pun ada sahaja ‘mata’ yang memerhatikan pergerakan korang… Korang nak macam tu?

Maka tak salah eXception katakan di sini korang memang BODOH!! Ada otak tak nak guna… Allah bagi korang akal fikiran, bagi kemahiran dalam satu bidang… Tapi korang tak gunakan kearah kebaikan… Korang ni ibarat ‘Tikus Membaiki Labu’… Tak guna satu sen pun!!

Pautan:

Info : RileksCrew vs DragonForce
Dragon Force (Malaysia)