Panas!! Exco Agama Selangor Fail Rukun Islam??

Tinggalkan komen

Panas!! Exco Agama Selangor Fail Rukun Islam??

Papan tanda di atas terletak di Shah Alam, Selangor berhampiran dengan stadium Shah Alam…

Kesian Exco Agama Islam Selangor yang baru…

Menunaikan zakat rukun Islam ketiga ke??

Rukun Islam ada lima (5) perkara :

1. Mengucap dua kalimah syahadah dan menunaikan Haknya.
2. Menunaikan solat fardu lima waktu
3. Berpuasa pada bulan Ramadan
4. Membayar zakat – Zakat fitrah, Zakat harta
5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu

Kesian… Kesian… Siapa ya Exco Agama Islam Selangor sekarang??

Dr. Xavier Jayakumar Kerugian RM 70,000

Tinggalkan komen

Rumah dipecah masuk, Exco Selangor rugi RM70,000

KLANG 8 Nov. – Seorang exco kerajaan negeri Selangor kerugian lebih RM70,000 selain hilang sebuah peti besi yang mengandungi barangan berharga, selepas rumahnya di Taman Klang Jaya di sini dimasuki pencuri, tengah hari tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. A. Xavier Jayakumar berkata beliau percaya kejadian itu berlaku antara 12.30 tengah hari dan 3.30 petang, ketika semua anggota keluarganya tidak berada di rumah.

“Kejadian disedari oleh anak lelaki saya, Dev Arul yang pulang dari sekolah kira-kira pukul 3.30 petang, apabila melihat keadaan empat bilik yang berselerak dengan semua laci meja terbuka dan peti besi hilang.

“Beliau kemudian menghubungi isteri yang memaklumkan kejadian ini kepada saya,” katanya ketika ditemui hari ini.

Xavier yang bergegas pulang dari persidangan Dewan Undangan Negeri berkata, kejadian itu merupakan yang pertama sejak 21 tahun menetap di kawasan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dari pelbagai sudut bagi mengenal pasti suspek dalam kejadian itu,” katanya. – Bernama


Hairan bin ajaib… Seorang Exco boleh simpan RM 70 ribu di dalam rumahnya. Kenapa duit tersebut tidak disimpan di dalam bank? Adakah duit RM 70 ribu itu hasil dari rompakan wang rakyat Selangor yang dilakukan dengan cara terhormat?

Adakah wang tersebut telah diisytiharkan? RM 70 ribu bukan sedikit, banyak… Wajarkah seorang Exco mempunyai wang sebanyak itu? Dari mana datangnya wang itu?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) WAJIB menyiasat perkara ini. SPRM perlu siasat mana datangnya wang tersebut. Adakah pendapatan seorang Exco boleh mencecah RM 70 ribu?? Adakah Dr Xavier sudah mengisytiharkan wang tersebut?

Andaikata perkara ini terjadi pada Exco BN, sudah pasti kalangan totok PR mengatakan duit hasil rasuah, duit hasil rompakan wang rakyat… Sekarang ini berlaku pada Exco Pakatan Rakyat… Dari sumber manakah datangnya duit tersebut? Turun dari langitkah? Harta karunkah?

Ronnie cuba nafikan pula campur tangan isu arak

Tinggalkan komen


Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu menafikan berulangkali tuduhan bahawa beliau campurtangan dalam keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk merampas minuman keras dalam satu serbuan yang dilakukan.

Sebaliknya, Liu berkata pembabitannya dalam kontroversi twrsebut hanyalah terhad kepada ‘menasihatkan’ MBSA bahawa serbuan ke atas kedai 7-11 di Seksyen 8, Shah Alam adalah tidak sah dan tidak selari dengan dasar kerajaan negeri.

Menurut Liu, beliau dimaklumkan oleh seorang wartawan bahawa serbuan telah dibuat dan beliau terus menjalankan siasatan, termasuk menyoal pengarah pelesenan MBSA mengenai perkara itu.

“Bila saya bertanya kepada pengarah pelesenan, dia berkata dia tahu yang dia tiada ada kuasa (untuk mengarahkan serbuan tersebut), dan dia mengaku telah melakukan satu kesilapan, tetapi berkata dia bertindak kerana tekanan dari beberapa ahli majlis yang dia tidak mahu menyebut nama mereka.

“Apa yang jelas ialah tidak ada arahan dari datuk bandar, atau setiausaha majlis. Dia buat keputusan sendiri. Rayuan dari ahli majlis tidak boleh dianggap sebagai arahan. Jadi terdapat kesilapan yang dilakukan oleh pengarah pelesenan,” kata Liu.

Liu menjelaskan demikian dalam wawancara ekskulif dengan Malaysiakini Khamus lalu.

‘Satu salah faham’

Mengulas lebih lanjut, Liu berkata undang-undang kecil MBSA tidak melarang penjualan bir, atau pun lesen diperlukan, kecuali bagi penjualan arak (hard liquor)..

Beliau percaya pegawai MBSA atau ahli majlis mungkin salahfaham dengan Akta Eksais 1976, yang menyebut bahawa lesen minuman keras tidak diperlukan bagi menjual minuman dengan kandungan alkohol kurang daripada 8.8 peratus.

“Dalam Bahasa Malaysia, tidak terdapat terjemahan yang tepat bagi minuman keras. (Istilah) bir hanyalah terjemahan terus. Orang Islam mungkin tidak faham istilah ini. Tetapi bukan Islam dapat membezakan bir daripada arak.

“(Dalam istilah perundangan) bir didefinasikan sebagai ‘minuman keras’. Tidak ada deskripsi yang lebih tepat (daripada itu),” kata Liu, yang bidangkuasanya sebagai exco negeri termasuk memantau perjalanan majlis daerah.

Ekoran serbuan tersebut, Liu berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan empat ahli malis MBSA, pengarah pelesenan dan seorang pegawai daripada pasukan yang membuat serbuan tersebut.

Katanya, dalam perjumpaan tersebut, beliau menjelaskan kepada mereka dasar kerajaan negeri dan kesan serbuan tersebut, dan ianya adalah keputusan MBSA sendiri untuk memulangkan bir bernilai RM600 kepada kedai berkenaan.

Isu tersebut telah dianggap oleh sesetengah pihak sebagai satu penghinaan besar terhadap umat Islam, sehingga Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, mendesak supaya Liu digugurkan daripada menjadi exco kerajaan negeri atau ditukar portfolionya kerana didakwa mengganggu bidangkuasa MBSA.

Mengulas mengenainya, Liu berkata, Hassan, yang juga rakan exconya, mungkin menjadi mangsa salahfaham atau tekanan politik dari pihak-pihak tertentu, tetapi berkata hubungan mereka tetap rapat.

“Saya mesti menyatakan bahawa hubungan saya dengan Datuk Hassan adalah amat baik. Insiden tersebut tidak menjejaskan hubungan kami. Beliau adalah kawan dan rakan (exco). Kami akan terus bekerjasama.

“Orang yang mahu mengambil kesempatan daripada situasi tersebut, seperti bekas menteri besar (Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo), harus berhenti daripada bermimpi kerana kami akan terus bekerjasama,” tegas Liu.

Beliau juga berterima kasih kepasa Dewan Pemuda PAS Selangor yang mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengannya Selasa lalu untuk mendengar sendiri daripadanya mengenai kontroversi tersebut.

Liu berkata, dialog seumpama itu akan terus diadakan pada masa akan datang.

Dewan Pemuda PAS Selangor telah mengancam untuk mengadakan demonstrasi terhadapi Liu tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.

Bila keadaan makin panas serta melibatkan soal sensiviti masyarakat beragama Islam. Jadi sebagai cara melepaskan diri, penafian sahaja caranya. Orang yang sudah buat salah ini akan menyalahkan pihak lain pula. Sikap pembangkang ni sudah boleh baca awal-awal. Jika gagal menyelesaikan satu-satu masalah, maka akan disalahkan orang lain pula. Jika tersepit dengan tindakan sendiri, maka penafian sahaja jala keluar. Takde rasa tanggungjawab. Begini ke orang yang nak memimpin negara? Lepas tangan dalam segala hal bila dah tersepit?

Ronnie Liu Seorang Hero?

Tinggalkan komen


SUBANG JAYA – “Ronnie Liu boleh diibaratkan masyarakat bukan Islam di negeri ini sebagai ‘hero’ yang menyuarakan suara serta keperluan rakyat,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Teresa Kok Suh Sim.

Beliau ketika mengulas berkenaan rampasan isu arak yang dikaitkan dengan Ronnie berkata, pihaknya dimaklumkan sebahagian masyarakat bukan Islam di negeri ini melahirkan kekecewaan mereka dengan kenyataan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, yang mendesak Ronnie digugurkan.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Teresa berkata, pihaknya turut menyokong kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam bahawa peniaga seharusnya mempunyai kesedaran sendiri sekiranya menjual arak kepada pelanggan Islam.

“Saya berpendapat kenyataan dan keputusan diambil MB itu munasabah kerana di Selangor masyarakat yang tinggal terdiri daripada pelbagai kaum.

“Kerajaan Negeri perlu mengikut kehendak dan keperluan bangsa-bangsa lain yang bukan beragama Islam kerana seperti yang diketahui arak bukanlah dijadikan minuman semata-mata kerana turut digunakan dalam aktiviti keagamaan dan kematian,” katanya.

Kata beliau, apa yang penting dalam isu ini adalah peniaga itu sendiri melaksanakan ‘self regulation’ ataupun berpandukan kesedaran penjual terhadap permintaan pelanggan Islam.

“Sekiranya mendapati orang Islam datang membeli, peniaga tidak seharusnya menjual minuman keras itu kepada pelanggan mereka.

“Peniaga juga perlu meletakkan papan tanda larangan menjual minuman keras kepada pelanggan Islam di kedai mereka,” katanya yang mendakwa papan tanda berkenaan mudah diperoleh dan digantung di premis-premis perniagaan,” katanya.

Kata Teresa, ramai masyarakat bukan Islam menyuarakan pandangan apa yang dilakukan oleh Ronnie itu betul selepas melihat kepada isu terbabit.

“Kerajaan Negeri belum mengeluarkan garis panduan ketika Ronnie bertindak demikian dan kerana itu kami merasakan tindakannya itu mengikut keputusan Exco.

“Saya sebenarnya kurang memahami apa yang dikatakan masyarakat sesuatu kaum memonopoli sesuatu kawasan kerana jika kita lihat sesetengah tempat di Kuala Lumpur, masih ada penjualan arak walaupun majoriti penduduknya beragama Islam,” katanya.

Wah dasat betul ayam betina tua ni berkokok, dah pun nama Teresa Kok, berkokok le keje dia siang dan malam, kena sumbat dlm reban (lokap) pun berkokok, agaknya campak dlm kubang buaya baru la tak berkokok lagi…

Aku rasa kelakar lak bila ayam tua betina ni kata Ronnie ni Hero… Pandai betul dia mengampu Ronnie, mungkin dengan harapan Chinese New Year nanti Ronnie hantar 10 peti Carlsberg ke rumahnya….

Sudah-sudah la tu ayam betina tua, bawak-bawak le senyap…

PAS Selangor main wayang lagi daa…

Tinggalkan komen

PAS S’gor lancar kempen anti-arak

PAS Selangor melancarkan kempen penerangan besar-besaran di seluruh negeri supaya umat Islam menjauhi arak susulan kontroversi pengharaman minuman itu dengan seorang pemimpin DAP Ronnie Liu.

Kira-kira 80,000 risalah diedarkan di seluruh negeri bermula selepas solat Jumaat tadi, kata setiausaha perhubungan PAS negeri, Khairuddin Othman.

“Program ini dibuat supaya umat Islam tidak dekati alkohol yang banyak membawa masalah sosial,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

“Kita ada 22 kawasan (parlimen) di Selangor. Kali dengan 4,000 satu kawasan, lebih kurang 80,000 risalah dicetak untuk diedarkan.”

Tambahnya, dalam kempen yang sama, PAS turut menggantung kain rentang bertulisan “Bebaskan Umat Islam daripada Najis Arak” di tempat-tempat tumpuan orang ramai dan simpang jalan utama.

Bagaimanapun, katanya lagi, jumlah kain rentang tidak dapat dianggarkan kerana ia bergantung keputusan PAS kawasan.

Kempen tersebut sebahagian tuntutan PAS mendesak garis panduan jelas berhubung penjualan arak mudah dipantau pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Semua ahli majlis mesyuarat (exco kerajaan) bersetuju kuatkuasakan larangan penjualan arak di kawasan majoriti Melayu. Tetapi persoalannya sekarang, bagaimana hendak menguatkuasakannya?” katanya.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini dilaporkan berkata garis panduan itu akan disiapkan kira-kira sebulan lagi.

Sementara itu, Khairuddin juga menggesa Abdul Khalid memangku portfolio kerajaan tempatan, sekarang dipegang oleh Ronnie, untuk memudahkan penguatkuasaan PBT.

“Dulu pun (bawah BN) dalam (bidang kuasa) menteri besar. Exco tidak ada kuasa buat sebarang keputusan. Akhirnya kalau ada apa-apa masalah, menteri besar juga yang kena buat keputusan,” kata Khairuddin.

PAS Selangor mengambil “sikap tunggu dan lihat” keputusan menteri besar dalam menangai isu itu, tambahnya.

Pesuruhjaya PAS Datuk Dr Hasan Ali, yang juga exco hal-ehwal Islam negeri, baru-baru ini mendesak portfolio Ronnie ditukarkan dengan exco lain susulan dakwaan ADUN DAP itu campur tangan dalam penguatkuasaan isu arak.

Sumber: Malaysiakini

PAS Selangor sangat bijak berdrama dan main wayang. Kini hendak lancar kempen anti-arak pula. Kononnya hendak melindungi maruah PAS yang tercalar akibat dilempang oleh Ronnie Liu yang merupakan Bapak Kongsi Gelap Selangor dan Bapak Segala Tokey Arak Selangor… Kepada PAS Selangor hentikan sahaja sandiwaramu itu… Kami dah muak dengan drama swasta yang sedang kamu mainkan. Jika kamu ikhlas dalam memperjuangkan kempen anti-arak ini, kami blogger BPN cabar PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat Selangor. Jika masih nak bermanja-manja dengan DAP yang jelas menentang Islam, sememangnya PAS Selangor tiada keikhlasan perjuangkan Agama Allah ini. Sebelum itu, tutup kilang Guiness Anchor dan Carlsberg di Selangor untuk selama-lamanya… Itulah rumah syaitan paling besar sekali…

SPRM serbu sekali lagi pejabat YB Rodziah

Tinggalkan komen


Sepasukan lima pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Islam di bangunan SUK di Shah Alam hari ini.

Mereka merampas beberapa dokumen berhubung peruntukan kepada DUN Sementa – kawasan pilihanraya angkat Rodziah.

Ketika dihubungi, seorang pegawai Rodziah memberitahu Malaysiakini bahawa pegawai SPRM itu menyerbu pejabat tersebut pada kira-kira jam 3 petang.

“Mereka adalah pegawai SPRM sama yang datang dua hari lalu,” katanya.

Rabu lalu, SPRM membatalkan pada saat-saat akhir serbuan ke pejabat Rodziah selepas berbincang dengan peguamnya.

Pembantu Rodziah juga tidak membenarkan mereka masuk ke pejabat exco tersebut.

Laporan Gerak

Rodziah sedang menghadiri mesyuarat exco pada hari berkenaan tetapi peguamnya datang ke pejabatnya untuk berbincang dengan pegawai SPRM berkenaan. Berikutan itu, serbuan tersebut dibatalkan.

Rodziah merupakan pengerusi kebajikan, wanita, sains, teknologi dan inovasi.

Kehadiran pegawai SPRM itu adalah sebahagian daripada siasatan terhadap dakwaan salahguna peruntukan negeri, dipercayai ekoran laporan yang dibuat oleh NGO anti-rasuah, GERAK.

Sumber: Malaysiakini

Peh dua kali serbuan SPRM buat, mau kecut Akak Ogy kita ni ek? Apapun Kak Ogy, pandai buat pandai la tanggung ok? Kepada SPRM, diharap jangan takut dengan sebarang ugutan atau ancaman. Anggap ianya asam garam kehidupan. Sememangnya SPRM ditakuti oleh orang yang membencinya… Siapa yang tak suka SPRM? Siapalah lagi jika bukan PERASUAH, PENYELEWENG dan PENYALAH GUNA KUASA.

Isu arak: Hassan Ali desak Ronnie Liu ditukar

Tinggalkan komen

TEGAS… Pesuruhjaya PAS Selangor ketika menemui wartawan di pejabatnya di Shah Alam hari ini. PAS mendesak Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal kerajaan tempatan, Ronnie Liu digantikan dengan orang lain ekoran isu ahli politik campur tangan dalam isu rampasan arak oleh Majlis Bandaraya Shah Alam.

SHAH ALAM: PAS Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri menukar Exco Kerajaan Tempatan sekarang ekoran campur tangan ahli-ahli politik dalam isu jual arak di negeri itu.

Jawatan Exco kanan itu kini disandang oleh Ronnie Liu dari DAP.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu mahu Menteri Besar Selangor sendiri memegang jawatan itu ataupun diberikan kepada mana-mana pemimpin lain.

Pendirian itu diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebentar tadi.

“PAS Selangor menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula atau ditukar berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.

“PAS rasakan bahawa pemegang yang sekarang ini ada sedikit masalah, insiden terdahulu timbul sedikit permasalahan,” katanya.

Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor berkata, beliau belum memaklumkan pendirian PAS itu kepada Menteri Besar dan Ronnie Liu sendiri.

“Perkara ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri esok… Exco PAS akan bawa isu ini,” katanya.

Dalam pada itu menurut Hasan, PAS Selangor mendesak kerajaan negeri supaya serius membanteras penjualan arak di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Katanya, kerajaan negeri perlu segera mengeluarkan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 untuk diguna pakai di seluruh negeri supaya kontroversi berkaitan isu arak tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam.

Bagaimanapun menurut beliau, langkah sedemikian tidak membabitkan hak masyarakat bukan Islam di negeri ini.

“PAS Selangor tidak pernah menuntut agar arak diharamkan dijual atau diminum di kalangan masyarakat bukan Islam.

“Inisiatif yang diambil adalah untuk membebaskan umat Islam Selangor dari pengaruh dan budaya arak yang haram hukumnya di sisi Islam dan bukan untuk mengganggu-gugat hak masyarakat bukan Islam.

Oleh itu jelasnya, PAS Selangor kesal apabila inisiatif untuk mengawal pengurusan penjualan dan aktiviti minum arak di kalangan masyarakat Islam telah dicampuri oleh pihak-pihak tertentu.

Keputusan terhadap gesaan tersebut menurut Hasan dicapai dalam mesyuarat Dewan Harian PAS Selangor kelmarin.

Minggu lalu, Ronnie Liu mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya memulangkan bir yang dirampas di sebuah kedai serbaneka dekat sini.

Kata beliau, ia perlu dipulangkan semula kerana salah faham.

Perkara itu juga telah dikecam oleh Umno Selangor.

Rampasan oleh Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA itu dibuat selepas menerima aduan daripada penduduk setempat sejak beberapa bulan lalu yang tidak berpuas hati kerana mendakwa premis berkenaan menjual minuman keras kepada umat Islam.

Bagi memastikan enakmen berhubung arak tersebut dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin, PAS Selangor juga akan mengeluarkan satu deraf peraturan kecil mengenai penggunaan arak di kalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasa diperingkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Deraf berkenaan bukan satu undang-undang baru, sebaliknya hanya sebagai peraturan yang boleh digunakan oleh kesemua 12 PBT yang ada di Selangor.

“Sekarang ini hanya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang boleh ambil tindakan, jadi sekarang ini kita nak bagi kuasa itu kepada penguatkuasa PBT juga,” katanya.

Sumber: http://www.mstar.com.my

Nampaknya Hasan Ali dah keluar dari gua hantu, tempat pertapaannya. Setelah sekian lama bertapa, barulah dia keluar dan mengeluarkan kenyataan ini. Di harap apa yang dinyatakan oleh PAS Selangor biarlah serius. Bukanlah sekadar melepaskan batuk ditangga. Ataupun bila disergah oleh Ronnie Liu dan ahli kongsi gelapnya, PAS Selangor terus jadi bisu… Apapun tahniah kepada Hasan Ali, kerana anda berjaya. Tapi nanti dulu, kejayaan anda pasti lebih besar jika 2 kilang arak di Selangor anda tutup.