SBPA – Sistem Bodek Pegawai Atasan??

Tinggalkan komen

Isu SBPA – Gerakan Menjatuhkan Kepimpinan Datuk Seri Najib Secara Halus

Sebenarnya eXception malas nak mengulas isu SBPA (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) ni, sebab kecewa dengan JPA yang memperkenalkan sistem baru ini secara tergesa-gesa dan memaksa kakitangan awam menandatangani borang opsyen SBPA dengan kadar segera kerana ianya akan dilaksanakan serta-merta pada 1 Januari 2012…

eXception hairan mengapa JPA seperti tergesa-gesa memperkenalkan sistem ini dan menyebabkan ramai kakitangan awam terpinga-pinga dan keliru dengan SBPA ini kerana tidak tahu hujung pangkal. Malah di dalam pembentangan belanjawan yang lepas juga Datuk Seri Najib tidak menyentuh langsung mengenai SBPA…

Kelihatan Datuk Seri Najib juga tidak mengetahui dilema kakitangan awam mengenai SBPA ini. JPA juga seolah-olah memaksa kakitangan awam memilih opsyen tersebut tanpa penerangan yang lebih mendalam. Pada masa yang sama SBPA ini lebih kepada menjaga kepentingan pegawai atasan… Alasannya ialah pegawai atasan banyak membuat keputusan dan menanggung risiko… Ya memang benar pegawai atasan membuat keputusan dan banyak menanggung risiko atas keputusan yang dibuat… Tetapi kebanyakan pegawai atasan akan cuba melepaskan diri dari risiko tersebut dengan menyalahkan kakitangan bawahan dan mahu mereka menanggung kesalahan tersebut.

SBPA ini juga dilihat tidak banyak membantu kakitangan bergred rendah, lebih banyak menjaga kebajikan dan poket kakitangan atasan dan yang bertaraf JUSA C… Ini jelas menunjukkan JPA mahu yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin dengan perlaksanaan SBPA ini….

Malah ada khabar mengatakan bahawa ada tangan-tangan ghaib di dalam JPA yang mahu SBPA ini sebagai alasan kakitangan awam menolak kepimpinan Datuk Seri Najib. Sekiranya benar, Datuk Seri Najib harus segera melaksanakan pembersihan besar-besaran di dalam JPA dengan menyingkirkan catur-catur yang berniat serong…

Apapun itu adalah pendapat eXception, bagaimana pula dengan pendapat blogger lain? Blog Sanggah Tok Janggut pula mempunyai pandangan yang serupa… SBPA- usaha tipu Najib, gerakan hasut penjawat awam..

Bagaimanapun eXception ingin mengucapkan terima kasih kepada Cuepacs kerana menemui Datuk Seri Najib dan membincangkan hal SBPA ini dan ketidakpuasan hati kakitangan awam. Terima kasih juga kepada Datuk Seri Najib yang menangguhkan pelaksanaan SBPA yang dibuat secara tergesa-gesa oleh JPA…

Advertisements

Benarkah Cukai 6 Peratus Kad Prabayar Keputusan Kerajaan?

2 Komen

Punca Mengapa Telco Mengenakan Cukai 6% Pada Kad Prabayar

Ramai yang menuduh melulu atau secara semberono kepada kerajaan berikutan pengenaan cukai sebanyak 6% pada kad pra-bayar. Ramai yang tidak mengkajinya betul-betul ada yang hanya mendengar cerita palsu dari pihak pembangkang…

Di sini eXception jelaskan bahawa 6% cukai perkhidmatan tersebut bukanlah keputusan kerajaan, tetapi keputusan bersama antara Telco berikutan Telco tidak sanggup lagi menanggung cukai kerajaan yang mereka perlu bayar.

Untuk pengetahuan korang, tahun lepas sahaja Telco telah membayar cukai sebanyak RM 576 juta kepada kerajaan. Dan bagi mereka jumlah tersebut amat besar dan merugikan mereka. Oleh itu mereka tidak mahu bersendirian menanggung cukai tersebut dengan memaksa pelanggan mereka membayar cukai tersebut kepada kerajaan bagi pihak mereka. Licik bukan? Telco boleh mencatatkan keuntungan besar sekitar RM 800 juta hingga RM 1.2 billion setahun.

Banyak rungutan oleh pengguna dan teguran daripada kerajaan kepada Telco supaya meningkatkan taraf perkhidmatan mereka tetapi ianya langsung tidak ada perubahan. Oleh itu Datuk Seri Najib menasihatkan kepada Telco agar menangguhkan niat mereka untuk mengenakan cukai sebanyak 6% pada kad pra-bayar. Kerana Telco perlu meningkatkan taraf perkhidmatan mereka agar memuaskan hati pengguna bukan mengenakan cukai kepada pengguna.

Apapun eXception ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kita yang prihatin dengan masalah rakyat dengan menasihatkan Telco agar menangguhkan niat ‘murni’ mereka itu. Kepada blogger pembangkang yang dok mengata ianya keputusan kerajaan… Anda boleh ludah muka sendiri…

Rujukan

Cukai talian prabayar 6 peratus
Keputusan TELCO kerana kos cukai cecah lebih RM576 juta: SKMM
Kaji semula caj 6 peratus cukai perkhidmatan: Najib
Ismail Sabri minta TELCO timbang keputusan
Rais minta Telco tangguhkan hasrat kenakan cukai 6 peratus
Telco kaji semula caj 6 peratus
TELCO setuju tangguh kutipan cukai perkhidmatan prabayar: Rais
Telco tangguh caj 6 peratus
Tidak perlu bagi insentif kepada telco tangguh caj perkhidmatan