Apabila Kanak-Kanak Dijadikan Hamba Kempen Pilihanraya

8 Komen

Pakatan Reban Mempergunakan Kanak-Kanak Sebagai Hamba Kempen Pilihanraya

Kasihan betul dengan kanak-kanak yang tak tahu hujung pangkal dengan isu politik Malaysia terpaksa terjebak dengan permainan politik disebabkan kebodohan mak-bapak… Mereka yang sepatutnya duduk di rumah menelaah pelajaran terpaksa diheret oleh ibu-bapa yang tak bertanggungjawab ke Hulu Selangor untuk berkempen.

Apa dosa kanak-kanak ini hingga terpaksa diheret semata-mata untuk menjadi hamba kempen pilihanraya? Mak-bapak diorang ni takde otak ke? Mak-bapak diorang ni memang tak sedar dek untung apabila Allah berikan mereka zuriat supaya dijaga dengan elok, diberoi didikan sempurna tetapi terpaksa menjadi hamba kempen pilihanraya… Terpaksa mengusung poster ke hulu dan ke hilir di tengah-tengah khalayak ramai…

Apa akan terjadi sekiranya kanak-kanak ini mengalami kecederaan atau terbunuh sekiranya berlaku rusuhan serta huru-hara ketika berkempen. Apa akan terjadi jika kanak-kanak ini terdedah kepada jangkitan virus selsema H1N1? Siapakah harus dipersalahkan??

Nak salahkan kerajaan BN lagi? Kerajaan pun tak pernah galakkan kanak-kanak dipergunakan seperti ini. Jadi nak salahkan siapa jika kecelakaan berlaku terhadap anak-anak mereka sendiri? Sepatutnya mak-bapak macam mereka ni sepatutnya diheret ke mahkamah kerana mempergunakan anak-anak sendiri demi kepentingan politik.

Ingatlah Allah berikan kita zuriat bukan sebagai alat untuk kempen politik. Bukan sebagai perisai yang digunakan dalam rusuhan… Inilah akibatnya jika mak-bapak terlampau bahalol dan bengap… Mereka sanggup mengorbankan anak sendiri demi kepentingan politik… Inilah sikap zaman jahiliah yang kini sudah kembali…

Pembangkang mengutuk dengan keras dalam isu penderaan kanak-kanak, tetapi pada masa yang sama mereka bersikap lidah bercabang… Membenarkan (bukan secara lisan) kanak-kanak menjadi hamba politik… MasyaAllah…

Di sini eXception mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan kanak-kanak di dalam sebarang kempen politik serta perhimpunan jalanan… Menteri yang berkaitan jangan senyap sahaja, sila bertindak… Jangan bila ada nyawa kanak-kanak yang melayang, barulah hendak bertindak… Dakwa ibu-bapa kanak-kanak yang tak bertanggungjawab ini…

Advertisements

Anak saya diperguna sertai demonstrasi – Abdul Aziz

2 Komen


BUTTERWORTH 4 Ogos – Seorang pemandu lori hari ini berkata, anaknya berusia 15 tahun telah diperguna untuk menyertai demonstrasi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara pada Sabtu lepas.

Abdul Aziz Ibrahim, 45, berkata, anaknya Muhamad Azreen dibawa oleh penganjur dari sebuah parti pembangkang tanpa kebenarannya.

Bagaimanapun, menurut Abdul Aziz, anaknya dan 25 lagi peserta yang mengikuti rombongan itu terlibat dalam kemalangan jalan raya di Bukit Beruntung tidak jauh dari Kuala Lumpur pada 6 pagi Sabtu lepas.

“Anak saya cedera di bahagian mata kanan dan mulut. Pihak penganjur bersikap lepas tangan selepas kejadian itu,” katanya kepada pemberita di rumahnya di sini.

Beliau berkata, anaknya dan beberapa peserta lagi yang cedera dirawat di Hospital Sungai Buloh dan Muhamad Azreen dihantar pulang ke rumah di Permatang Rawa pada pagi Ahad lepas.

“Semalam wakil penganjur bawa anak saya ke hospital di sini tetapi hari ini kami terpaksa membawa Azreen sendiri ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Abdul Aziz berkata, beliau tidak pernah memberi kebenaran untuk anaknya menyertai sebuah unit dalam parti pembangkang itu mahupun untuk menyertai demonstrasi itu.

“Anak saya tidak pernah ke Kuala Lumpur, sebab itu dia beriya-iya sangat untuk pergi apabila diberi peluang,” katanya.

Muhamad Azreen pula berkata, 20 daripada peserta rombongan yang terdiri pelbagai lapisan umur itu adalah penduduk kampung dan enam lagi merupakan orang luar.

“Saya bayar RM35 untuk mengikuti rombongan itu dan saya diberitahu oleh penganjur bahawa kami pergi untuk menjaga keselamatan dan kami diberi sehelai baju berwarna merah untuk dipakai,” kata pelajar Sekolah Menengah Permatang Rawa itu.

Muhamad Azreen yang menyertai unit itu sejak tiga tahun lepas berkata, dua peserta rombongan itu mengalami kecederaan teruk dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah yang melawat Muhamad Azreen di rumahnya, menasihati ibu bapa membuat laporan polis jika mendapati anak mereka dipergunakan untuk tujuan demonstrasi itu.

Sabtu lepas, sekitar 10,000 orang menyertai perarakan dan perhimpunan haram di ibu negara membantah ISA. – Bernama

Ni dia salah satu bukti Pakatan Rakyat mempergunakan kanak-kanak sebagai bahan politik mereka. Sepatutnya Suhakam perlu dakwa mereka, bukan komen pasal Polis melakukan tindakan. Suhakam perlu ingat Polis ada bidang kuasa dan tanggungjawab mereka. Suhakam juga perlu ingat apa tanggungjawab Suhakam. Jangan sibuk nak jaga Pakatan Rakyat….