Selamat Hari Guru Buat Semua Warga Pendidik Di Malaysia!!

Tinggalkan komen

Selamat Hari Guru Buat Semua Warga Pendidik Di Malaysia!!

Di sini eXception ingin menyampaikan ucapan SELAMAT HARI GURU buat semua warga pendidik di seluruh Malaysia… Tak kira samaada anda guru sekolah atau pensyarah… Hakikatnya adalah merupakan WARGA PENDIDIK…

Sebagai pendidik maka eXception amat berharap anda semua mencurahkan segala ilmu tentang kebaikan kepada anak didik anda semua. Janganlah dihasut mereka dengan fahaman politik sempit sejak di bangku sekolah nanti. Anda bakal menggelapkan masa depan anak didik sendiri…

eXception ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru serta pensyarah dari Sekolah Kebangsaan Labu, Sekolah Menengah Kebangsaan Labu, Sekolah Menengah Teknik Kuala Klawang, Politeknik Sultan Hj Ahmad Shah, Kolej Teknologi Maklumat Cosmopoint dan Pusat Pembangunan Latihan Kemahiran Pahang yang pernah mengajar eXception sehingga kini menjadi INSAN sekarang… Terima kasih sekali lagi…

Advertisements

Salam Merdeka Raya Dari eXception

Tinggalkan komen

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54


Image Courtesy Perpustakaan Undang-Undang Jabatan Peguam Negara Malaysia

Di sini eXception ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pengunjung blog ini serta rakan-rakan seperjuangan yang berada di mana-mana sahaja.

eXception juga ingin mengambil kesempatan ini juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54…

Kepada yang berhari-raya di kampung halaman… eXception mengucapkan selamat berhari raya dengan keluarga yang tercinta… Bagi yang tidak dapat pulang demi kerana tugas… bersabarlah… eXception juga tidak dapat pulang ke Pahang tahun ni, demi kerana tugas… Terpaksa beraya seorang diri tanpa isteri di sisi… Apapun eXception teguhkan semangat demi tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan…

Kepada remaja-remaja sekelian, berhati-hatilah ketika bermain mercun… Semoga jari-jemari kita yang dianugerahkan sempurna oleh Allah menjadi cacat akibat kelalaian sendiri… eXception malas hendak menegah, kerana sudah lumrah sikap remaja zaman sekarang sukar menerima teguran orang lain. Hanya apabila sudah terkena barulah insaf, itupun setelah hilang jari…