Bantahan Terhadap Ura-Ura Kerajaan Untuk Membenarkan Pertaruhan Piala Dunia

Aku tak faham dengan niat kerajaan yang berura-ura mahu mengeluarkan lesen bagi membenarkan pertaruhan sempena perlawanan bola sepak Piala Dunia yang bakal berlangsung di Afrika Selatan tahun ini.

Apakah kewangan Malaysia nazak sangat sampai terpaksa mengeluarkan lesen untuk pertaruhan Piala Dunia nanti? Masih belum cukupkah dengan hasil kutipan-kutipan cukai serta lesen yang diperolehi oleh kerajaan?

Tindakan kerajaan seolah-olah terdesak sangat. Macam takde sumber lain lagi nak cari duit. Macamlah takde cara lain atau sumber lain yang membolehkan kerajaan memperolahi hasil yang menguntungkan? Naikkan sahaja cukai-cukai hiburan, arak serta lesen-lesen perjudian. Bukan dengan mengeluarkan lesen untuk pertaruhan.

Aku faham, kerajaan mahu keluarkan lesen untuk bukan Islam sahaja. Kononnya atas alasan mahu membendung pertaruhan haram. Pergi jahanamlah sama pertaruhan haram ke halal ke…. Apa yang perlu kerajaan tahu, Malaysia ini Negara Islam, bukan Negara Syurga Perjudian… Tidak cukupkah dengan mega kasino di Genting Highland dan deretan kedai-kedai nombor ekor?

Aku hairan kenapa Datuk Seri Najib menganggap isu ini sendiri meneruskan niat menghalalkan pertaruhan Piala Dunia ini?

Judi tetap judi. Haram tetap haram. eXception serta blogger-blogger seangkatan membantah sekeras-kerasnya niat untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan Piala Dunia. Kami akan tentang habis-habisan…

Walaupun kami menyanjungi Datuk Seri sebagai Perdana Menteri Malaysia, tetapi kami malah rakyat Malaysia yang beragama Islam akan bangkit menentang keputusan ini…