Menteri KPDNKK Tidur Dan Malas??

Tinggalkan komen

Menteri KPDNKK Tidur Dan Malas??

SIAPA SEBENARNYA YANG TIDUR DAN MALAS??

Advertisements

Manoharan Hanya Pandai Bercakap Tapi Tak Pandai Main Badminton

Tinggalkan komen

Manoharan Hanya Pandai Bercakap Tapi Tak Pandai Main Badminton

Salah satu penyakit orang politik ialah bila banyak merapu… Contohnya macam M.Manoharan. Kadang-kadang apa yang dia merapu tu sekadar mahu mencari populariti dan publisiti murahan dengan harapan ada yang menjilat buntutnya hitam berkarat dan berkerak macam buntut kuali yang satu abad tak pernah dibasuh…

Manoharan secara sinis menghina Datuk Lee Chong Wei, tetapi tanpa menyedari antara dia dan Datuk Lee Chong Wei ibarat langit dan bumi… Sekurang-kurangnya Datuk Lee Chong Wei pernah memenangi banyak acara pertandingan badminton dan memungut banyak pingat serta kejuaraan. Jika dibandingkan dengan Manoharan, hanya juara dalam bab merapu dalam Sidang DUN dan akhbar… Manoharan bukan pandai sangat main badminton macam Datuk Lee Chong Wei…

Agaknya jika dicabar oleh oleh Datuk Lee Chong Wei berentap dalam gelanggang, mahu kelam-kabut sampai tersungkur Manoharan apabila setiap smash yang dibuat oleh Datuk Lee Chong Wei gagal disambutnya.

Percayalah orang politik macam Manoharan ni hanya mahu meraih populariti sahaja… Gebang… Pokok kelapa pun boleh tumbang… Maksudnya bila pandai bercakap hingga orang yang mendengar tak sedar yang mereka kena kencing…

Politikus macam Manoharan ni apabila sudah menghidapi penyakit meroyan macam ni, adalah antara petanda yang dia bakal kalah dalam PRU 13 nanti… Percayalah!!

Jadi… Mari kita tanya pendapat Datuk Lee Chong Wei berkenaan penghinaan yang dilakukan oleh Manoharan kepada beliau??

Mengapa DAP Beriya-Iya Mahu Menakluk Johor??

Tinggalkan komen

Mengapa DAP Beriya-Iya Mahu Menakluk Johor??

eXception hampir dapat merungkai, mengapa Pakatan Rakyat terutama sekali DAP beriya-iya mahu menakluk Johor dalam PRU 13 nanti.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa Johor dahulunya adalah antara negeri yang mempunyai banyak sarang komunis. Akan tetapi kekejaman pengganas komunis ini berjaya dipatahkan oleh Tentera Selempang Merah di bawah pimpinan Kiyai Haji Salleh…

Tentera Selempang Merah ini dikatakan telah menggempur habis-habisan pengganas komunis ini dengan hanya bersenjatakan sebilah parang panjang sebelum Tentera Bristish kembali semula ke Malaya.

Malah semasa peristiwa 13 Mei 1969 juga, pasukan Tentera Selempang Merah ini juga turun ke Kuala Lumpur dari Johor untuk membantu orang melayu, akan tetapi mereka telah dihalang oleh pihak Polis sebelum sempat membantu.

Atas jasa beliau dalam membenteras pengganas komunis, Kiyai Haji Salleh telah dianugerahkan dengan darjah kebesaran oleh Almarhum Sultan Johor ketika itu.

Kemungkinan inilah puncanya mengapa DAP melalui Pakatan Rakyat beriya-iya mahukan Johor. Pada hemat eXception DAP melalui Pakatan Rakyat mahu membersihkan Johor dari saki-baki Tentera Selempang Merah di Johor. Ini kerana jika pergerakan ini kembali hidup dan aktif, ianya akan merencatkan agenda DAP menjajah Malaysia. Malah agenda DAP melalui Pakatan Rakyat selalu memburuk-burukkan Sultan Johor juga adalah atas sebab kerana Sultan Johor telah mengiktiraf Tentera Selempang Merah. Ini menyebabkan DAP cukup membenci Sultan Johor dan keturunannya…

Sesungguhnya agenda terancang komunis dalam DAP masih belum pudar. Cuma kita rakyat Malaysia yang mudah terlupa… Malah ramai anak muda yang lalai dan enggan belajar dari sejarah… Kita perlu ingat Pelanduk mudah melupakan jerat… Tetapi jerat mana mungkin boleh melupakan pelanduk… Jangan kita sangka agenda komunis merupakan satu omongan kosong kerajaan Barisan Nasional… Selagi ada DAP, selagi itu agenda komunis tak pernah padam.

Sumber:


Tentera Selempang Merah

Chin Peng , Kiyai Salleh Dan Selempang Merah

KIYAI SALLEH PANGLIMA SELEMPANG MERAH

KIAYI PANGLIMA SALLEH – TENTERA SELEMPANG MERAH

Mana Pergi Para Peguam Handalan Pakatan Rakyat??

Ulasan Dimatikan pada Mana Pergi Para Peguam Handalan Pakatan Rakyat??

Mana Pergi Para Peguam Handalan Pakatan Rakyat??

Mana Pergi Para Peguam Handalan Pakatan Rakyat??

Inilah persoalan yang ingin eXception kemukakan pada MB Selangor…

Siapa lagi jika tidak Khalid Ibrahim atau nama manjanya Khalid Gagap…

Ini berkenaan kes pendakwaan di bawah BAFIA terhadap Rafizi Ramli…

Siapa Rafizi Ramli?? Dialah anak lembu emas peliharaan Anwar…

Yang menghairankan eXception mengapa perlu mengeluarkan wang rakyat untuk membiayai kos guamannya?

Mana pergi peguam-peguam handalan Pakatan Rakyat??

Mana pergi Karpal Singh??

Mana pergi Gobind Sigh??

Mana pergi Jagdeep Sigh??

Mengapakah mereka bertiga ini tidak bertindak secara sukarela menjadi peguam bela Rafizi??

Bukankah ketiga-tiga anak beranak ini merupakan seorang peguam??

Bukankah ketiga-tiga anak beranak ini merupakan pemimpin dalam Pakatan Rakyat??

Bukankah mereka betiga boleh menawarkan khidmat guaman percuma kepada Rafizi??

Mengapa?? Mengapa?? Mengapa?? Mengapa??

Pakatan Rakyat Umum Tema Baru Hari Merdeka Ke 55

Tinggalkan komen

Pakatan Rakyat Umum Tema Baru Hari Merdeka Ke 55

Pakatan Rakyat menubuhkan jawatankuasa pemilihan tema Hari Kemerdekaan bagi menukar tema yang diberikan kerajaan, ‘Janji Ditepati’ yang merupakan slogan Barisan Nasional.

Jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan dianggotai bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, bekas ahli jawatankuasa kerja Gerakan, Dr Toh Kin Woon dan pengarah eksekutif Women’s Aid Organisation ( WAO), Ivy Josiah.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, jawatankuasa itu akan memilih tema Hari Kemerdekaan yang dicadangkan oleh rakyat, selepas Pakatan membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk berbuat demikian.

“Sebelum ini kita beri tempoh seminggu kepada kerajaan untuk tukar tema hari merdeka agar lebih inklusif dan merangkumi semangat kemerdekaan rakyat Malaysia,” kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bersama wakil DAP dan PKR.

Beliau berkata, selepas pengumuman tersebut, Pakatan menerima lebih kurang 250 cadangan tema kemerdekaan daripada pelbagai pihak.

“Setakat ini kita terima lebih kurang 250 cadangan tema daripada rakyat, jadi kita tubuhkan jawatankuasa untuk memilih tema yang terbaik,” katanya.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari. – Harakah

Hasil daripada penubuhan jawatankuasa tersebut, pemimpin Pakatan Rakyat sebulat suara memilih tema Hari Kemerdekaan ke 55 yang baru bagi menggantikan tema ‘1 Malaysia Janji Ditepati’. Tema tersebut berbunyi…

1 Malaysia Janji Ditaburi

Di bawah ini ialah lagu tema Hari Kemerdekaan ke 55 yang juga sebulat suara dipersetujui oleh semua pemimpin PR… Bagi eXception lagu di bawah adalah lebih baik daripada versi Rais Yatim… Tahniah kepada pemimpin Pakatan Rakyat… eXception amat mengalu-alukan cadangan pemimpin Pakatan Rakyat ini…

Cybertrooper PR Langgar Fatwa Hj Hadi??

Tinggalkan komen

Cybertrooper PR Langgar Fatwa Hj Hadi??

Akhirnya pencacai DAP tak kira Facebooker dan Blogger melanggar fatwa Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang. Masih ingatkah semasa cctv rakaman video seks Anwar tersebar Haji Hadi pernah mengeluarkan ‘fatwa’ mengatakan “Kita berpegang kepada konsep empat saksi yang adil dalam kes zina dan liwat. Video tidak boleh jadi saksi sebab video ini besi, dia tiada mata dan telinga,”

Gara-gara kes seorang pegawai Polis mengamuk di dalam sebuah hotel, ramai blog milik Pakatan Anak Haram jadah seperti Milo Suam, Amenoworld dan Anak Sungai Derhaka cuba menjadi jaguh mengulas video tersebut dengan penuh emosi… Sungguh pelik… Mengapa mereka boleh percaya lelaki di dalam CCTV itu ialah pegawai polis?? Mungkin juga UMNO yang cari lelaki yang mempunyai persamaan dengan pegawai polis itu… eXception tidak percaya sama sekali, lelaki di dalam cctv dan pegawai polis tersebut adalah orang yang sama… Sebab lelaki di dalam CCTV perutnya buncit, manakala pegawai polis tersebut perutnya tidak buncit… Malah video cctv ini juga kabur dan jelas ianya video yang di edit dan dihasilkan oleh UMNO… Mengapa blogger PR percaya?? Blogger PR perlu mengemukakan 4 orang saksi yang tidak FASIK… Cina pekerja hotel ni tak boleh dijadikan saksi kerana cina ni kafir dan FASIK…

Jika mereka percaya dengan cctv pegawai polis yang mengamuk ini, sepatutnya mereka WAJIB mempercayai insan di bawah ialah Anwar Bin Ibrahim….

Tetapi sungguh menghairankan mereka tidak percaya dengan rakaman cctv skandal seks Anwar, tetapi mereka mempercayai rakaman cctv pegawai polis mengamuk. Tetapi mereka telah melanggar fatwa Presiden PAS secara mereka tak sedar… Maka jelas semua cybertrooper PR yang percaya akan video ini telah jatuh KUFUR, mengikut ajaran PAS…

Inilah sikap double standard pencacai DAP… Apabila satu-satu perkara tidak menyebelahi mereka. Mereka akan keluarkan fatwa-fatwa sesat berputar-belit untuk meyakinkan pengikutnya… Seboleh-boleh mereka menafikan segala bukti-bukti yang ditunjukkan atas alasan ianya rekaan UMNO… Malah UMNO juga yang mengupah lelaki yang menyerupai Anwar berlakon di dalam rakamn cctv skandal china doll…

Namun, apabila satu-satu isu menyebelahi mereka. Mereka melupakan terus fatwa-fatwa sebelum ini dikeluarkan oleh Ulamak PAS… Mereka lupa akan kenyataan putar belit mereka tentang rakaman cctv Anwar… Demi keghairahan menjadi jaguh… Tapi sayang… Dek kerana mengejar populariti dan fulus… Mereka sebenarnya mereka telah tersilap langkah… Sila satu langkah lagi… CHECKMATE!!

Blogger yang melanggar fatwa Hj Hadi

Tiada senjata ditemui pada Pegawai yang mengamuk itu kata Timb. Ketua Polis N9.

CCTV berjaya rakam Polis mengamuk di Seremban

Isu polis mengamuk – PISTOL BUKAN SENJATA?

Nota: Kepada pencacai DAP sekelian, jika korang boleh percaya cctv amuk dalam hotel… Mengapa korang begitu berat sekali hendak percaya cctv skandal china doll dalam bilik hotel??

Kenapa Kereta Proton Bermasalah Pun Dijadikan Isu??

Tinggalkan komen

Kenapa Kereta Proton Bermasalah Pun Dijadikan Isu??

Nampaknya pencacai DAP sudah ketandusan isu… Kereta Proton bermasalah pun nak kecoh satu dunia… Adatlah dalam dunia permotoran kereta yang baru keluar kilang terpaksa ditarik balik… Bukan Proton sahaja mengalami masalah ni… Pengeluar kereta Honda juga mengalami masalah yang sama…

Honda bukan baru dalam dunia permotoran… Usianya melebihi Proton, namun tetap ada masalah dalam produk keluaran mereka. Sebagai contoh Honda telah memanggil balik 40,456 unit Honda Jazz, Honda Civic dan Honda City akibat dari pelbagai masalah teknikal. Tapi agak menghairankan, mengapa pencacai DAP tidak menyerang Honda??

Bukan sahaja Honda, malah Toyota juga mengalami masalah yang sama. Toyota terpaksa memanggil balik model Highlander, Lexus, Harrier, Crown serta Alphard. Tetapi pencacai DAP tidak pula bising. Mengapa ya??

Sudah namanya pencacai DAP, mereka mengikut telunjuk serta arahan DAP untuk menyerang produk-produk keluaran tempatan terutama sekali mana-mana institusi perniagaan yang berstatus GLC… Maka Proton menjadi mangsa disebabkan Proton dimiliki oleh kerajaan… Bagaimana jika Proton diserahkan kepada pemimpin DAP?? Adakah sebarang masalah teknikal Proton akan dijadikan bahan jenaka?? Sudah tentu tidak…

DAP sudah lama mencemburui kejayaan kerajaan BN dan bersungguh-sungguh cuba merosakkan reputasi mana-mana GLC yang banyak membantu orang melayu. Antara GLC yang banyak mebantu melayu termasuklah Felda yang tidak terkecuali diserang oleh pencacai DAP… DAP sebenarnya sudah berazam untuk menguasai institusi ini maka digerakkan bidak-bidak ataupun sewajarnya digelarkan sebagai anjing-anjing suruhan. Maka anjing-anjing suruhan DAP ini segera ditugaskan untuk menyerang institusi milik kerajaan dengan apa cara sekalipun. Tapi sayang sekali, kalangan anjing-anjing kurap DAP ini adalah terdiri dari orang melayu sendiri…

Sumber:

Honda tarik balik Civic, City, Jazz

1.5 juta Toyota dipanggil balik

Older Entries