Nahas Helikopter. Tiga Kenamaan Terkorban. Juruterbang Selamat.

Khamis 18 Oktober – Sebuah helikopter yang membawa tiga orang kenamaan telah terhempas petang tadi. Jurucakap Polis berkata nahas berlaku sekitar jam 4 petang tadi telah mengorbankan kesemua kenamaan kecuali seorang juruterbang terselamat.

Ketua Polis Wilayah Barat, Datuk Fong Tong Keng berkata punca kemalangan belum dapat dipastikan lagi. Soal-siasat sedang dilakukan terhadap juruterbang di Hospital Wilayah Barat, di mana juruterbang tersebut di rawat.

Temubual dengan penduduk setempat memberitahu mereka mendengar bunyi helikopter yang kuat sebelum ianya senyap seketika kemudian satu letupan kuat kedengaran jauh di dalam hutan.

Polis dengan bantuan pasukan keselamatan sedang berusaha mengeluarkan mayat kenamaan tersebut. Buat masa ini nama orang kenamaan tersebut masih belum disiarkan oleh Polis sehingga sidang akhbar jam 6.00 petang nanti.

Wartawan Berita Hairan yang berada di Hospital Wilayah Barat melaporkan, Polis sudah mengeluarkan hasil soal-siasat terhadap juruterbang helikopter tersebut. Berikut adalah antara kandungan soal-siasat yang dijalankan.

Polis: Boleh ceritakan keadaan cuaca ketika melalui kawasan kejadian?

Juruterbang: Cuaca ketika itu hujan agak lebat, suhu memang sejuk.

Polis: Baiklah sebelum berlepas adakah helikopter ada mengalami masalah teknikal?

Juruterbang: Saya pasti helikopter berada dalam keadaan baik dan tiada masalah teknikal dikesan.

Polis: Jadi, bagaimana helikopter tersebut boleh terhempas?

Juruterbang: Saya pun tak tahu mengapa, tapi disebabkan cuaca yang sejuk akibat hujan, saya menutup suis kipas. Selepas itu keadaan menjadi senyap dan helikopter secara tiba-tiba menjunam ke bawah.