Panas!! Bukti Sokongan Rakyat Dalam #Bersih3

3 Komen

Bukti BERSHIT 3.0 Mendapat Sokongan Rakyat…

Hari ini bakal berlaku demonstrasi tak berapa nak HARAM sebab KDN dan Kerajaan sendiri bagi GREEN LIGHT… Cuma kalangan pendemo adalah terdiri daripada anak-anak haram dari Pakatan Anak Haram Jadah… Kemungkinan akan berlakunya pertempuran antara puak-puak Pakatan Anak Haram Jadah ni dengan anggota DBKL apabila mereka berdegil dan menunjuk kesamsengan mereka mahu menuntut Dataran Merdeka yang merupakan hak milik DBKL menjadi tempat mereka melakukan demo DUDUK BERAK CEBOK…

Inilah kesamsengan anak-anak haram dari Pakatan Anak Haram Jadah… Itu belum jadi pemimpin… Esok dah jadi pemimpin tanah orang pun dirampas sesuka hati dengan cara samseng… Korang ingat Dataran Merdeka tu milik korang ke?? Korang ingat Dataran Merdeka tu milik rakyat ke?? Berapa korang bayar untuk kos selenggara Dataran Merdeka tu bongok??

Apapun… Disebalik BERSHIT 3.0 ini, telah menimbulkan sokongan rakyat terutama di kalangan peniaga di Jalan TAR dan sekitarnya… Mereka menyokong sekiranya demo BERSHIT ini dilakukan di dalam stadium supaya tak mengganggu perniagaan mereka. Manakan tidaknya… Dalam BERSHIT 2.0 yang lepas mereka terpaksa menanggung kerugian apabila menutup premis perniagaan untuk mengelakkan premis perniagaan dipecah masuk… Perangai anak-anak haram dari Pakatan Anak Haram Jadah ni bukan boleh dikira… Sebab masing-masing telah disuntik virus sawan babi… Mereka akan menyondol apa sahaja yang menghalang mereka…

Advertisements

Rumah Pusaka Allahyarham Tan Sri P.Ramlee Bakal Disita? @RajaNongChik @DrRaisYatim, Bantulah Mereka

6 Komen

DBKL Bakal Menyita Rumah Pusaka P.Ramlee

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi tempoh seminggu kepada waris Allahyarham Tan Sri P Ramlee supaya membayar tunggakan cukai taksiran berjumlah RM10,000 bagi mengelak rumah pusaka Seniman Agung itu di Taman Setapak di sini, disita.

Arahan itu berdasarkan notis yang ditampal kakitangan DBKL di hadapan rumah berkenaan, Rabu lalu.

Rumah yang dibeli Allahyarham pada lewat 60-an dan pernah menjadi lokasi penggambaran filem arahannya, Gerimis (1968), kini didiami menantunya, Suria Bakar, 43, bersama dua cucunya.

Suria, isteri anak Allahyarham, Nasir Ramlee yang meninggal dunia empat tahun lalu, terkejut apabila menerima notis berkenaan Rabu lalu yang dilekatkan di hadapan rumahnya.

“Saya terkejut dan tidak pernah berniat untuk melarikan diri daripada membayar tunggakan cukai taksiran berkenaan.

“Sebenarnya saya tidak mampu hendak bayar. Selepas kematian suami, saya bersama dua anak lelaki yang masing-masing masih belajar di institusi pengajian tinggi hidup dalam kesempitan memandangkan kami tidak bekerja,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Beliau mengakui hujung tahun lalu, anaknya pernah ke DBKL untuk menyelesaikan masalah ini dan diberikan kelonggaran membayar ansuran RM200 sebulan.

Bagaimanapun, katanya mereka tiga beranak yang kini hidup dengan hasil bantuan Baitulmal RM400 sebulan, tidak mampu untuk membayar ansuran bulanan yang ditetapkan DBKL itu.

“Saya amat tertekan dengan situasi ini, bukan niat untuk meraih simpati sesiapa, tetapi kami amat sedih kerana akan kehilangan satu-satunya rumah pusaka tempat kami tiga beranak berteduh,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap DBKL dapat mengurangkan jumlah bayaran ansuran bulanan itu daripada RM200 kepada lebih rendah.

Sumber: Berita Harian



Mana Menteri Wilayah Persekutuan? Mana Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan?

Kenapa membiarkan keluarga Allahyarham Nasir P.Ramlee menanggung cukai taksiran??

Beginikah caranya Menteri-menteri melayan keluarga Allahyarham Nasir P.Ramlee yang bapanya merupakan Seniman Agung??

Minta Menteri Wilayah Persekutuan segera hapuskan cukai taksiran keluarga ini…

Minta Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan segera bantu keluarga ini…

Jangan asyik dok syok sendiri dengan memberi penghargaan kepada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee tetapi anak cucu mereka diabaikan…

Mana perginya Zed Zaidi?? Hari tu bukan main bising nak jaga kebajikan artis Malaysia…

Kenapa kebajikan keluarga anak dan isteri Allahyarham Nasir P.Ramlee diabaikan??

Jangan sibuk jaga tepi kain artis luar selagi nasib keluarga Allahyarham Nasir P.Ramlee tak terbela…


TERKINI!!

Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee

KUALA LUMPUR 19 April – Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO melunaskan bayaran taksiran tertunggak berjumlah RM5,766.50 kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi rumah pusaka seniman agung Tan Sri P.Ramlee yang kini didiami menantunya, Suria Bakar.

Pengerusinya, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, bayaran itu dibuat hasil sumbangan orang ramai yang diperolehi semalam setelah membaca berita mengenai masalah Suria, 43.

“Biro amat prihatin dengan apa yang menimpa waris P.Ramlee dan diharap dengan sumbangan ini rumah pusaka yang didaftarkan atas nama Ramli Bin Putih (P.Ramlee) tidak akan disita,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Suria di rumah berkenaan di Taman Setapak di sini, hari ini.

Isnin lepas, Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail menyatakan cukai taksiran sebanyak RM4,385 selepas Suria, balu Nasir P. Ramlee, gagal menjelaskan tunggakan berjumlah RM10,151.50 sejak 10 tahun lepas menyebabkan rumahnya disita DBKL.

Khairun berkata, pihaknya juga berjaya mendapatkan kelulusan pentadbiran Universiti Lim Kok Wing untuk menyambung biasiswa Diploma Profesional dalam jurusan Penataan Bunyi dan Muzik untuk anak Suria, Zakaria Nasir, 21. – BERNAMA

Sumber: Utusan Malaysia

‘Terima kasih jaga rumah P Ramlee’

KUALA LUMPUR: “Terima kasih Seniman, terima kasih Umno dan terima kasih kerajaan kerana sudi mempertahankan rumah warisan P Ramlee ini.

“Sesungguhnya kesudian mereka menghulurkan bantuan mengurangkan bebanan ditanggung saya selama ini,” kata menantu Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Surijaninghih Bakar, 43, yang bersyukur selepas dikunjungi rombongan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Exco Pemuda Umno Malaysia, semalam dan diberikan bantuan melangsaikan tunggakan cukai pintu rumah peninggalan Seniman Agung itu di Taman Setapak Jaya.

Surijaninghih berkata, pada 11 April lalu, dia terkejut selepas menerima notis yang rumah berkenaan akan disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berikutan kegagalannya melangsaikan tunggakan cukai pintu berjumlah RM10,151.50 melalui nama arwah suaminya, Allahyarham Nasir P Ramlee.

“Beberapa hari lalu Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail yang menyedari bebanan itu memberikan diskaun 43 peratus atau RM4,385 sebelum meminta saya melangsaikan baki RM5,766.50. Itu pun dibayar secara ansuran iaitu RM259 sebulan dalam tempoh dua tahun bermula April 2012 hingga Mac 2014,” katanya.

Menurutnya, ketika dikunjungi rombongan Pemuda Umno, dia tidak menyangka pergerakan itu bersedia melangsaikan baki hutangnya termasuk membayar bayaran cukai pintu RM216 setahun bermula tahun ini hingga selama-lamanya.

Sumber: Harian Metro


Alhamdulillah… Terima kasih kepada wakil Pemuda UMNO kerana sanggup melangsaikan hutang cukai taksiran keluarga Allahyarham Nasir P.Ramlee…

Diharap pihak yang berkenaan jagalah kebajikan menantu serta cucu-cicit Allahyarham Tan Sri P.Ramlee… Kepada menteri yang berkenaan yang masih belum turun menjenguk, jenguk-jenguklah tanda anda menghargai Allahyarham Tan Sri P.Ramlee…