Malaysia Menang Agregat 4 – 2

Tinggalkan komen

Tahniah kepada Pasukan Harimau Malaya kerana menang secara agregat 4 – 2 kepada Indonesia walaupun kalah di pusingan kedua di Stadium Gelora Bung Karno… Mata kemenangan 3 – 0 semasa di Bukit Jalil tempoh hari memastikan kemenangan menjadi milik Malaysia…

Tahniah kepada Safee Salee kerana banyak menyumbangkan gol dan memastikan kemenangan Malaysia di Bukit Jalil tempoh hari… Walaupun aku agak kecewa dengan corak permainan yang agak hambar di Gelora Bung Karno, yang dipamerkan Malaysia sehingga dihukum oleh Indonesia dengan 2 gol menembusi gawang Malaysia…

Tahniah juga kepada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang berhempas-pulas untuk memastikan gawang Malaysia tidak ditembusi dengan mudah… Aksi yang dipamerkan oleh Khairul Fahmi Che Mat wajar dipuji kerana banyak menyelamatkan gawang Malaysia dari dibolosi…

Bravo Harimau Malaya!! Bravo K. Rajagopal!! Bravo FAM!!

Advertisements

Ayuh Sokong Pasukan Malaysia!!

Tinggalkan komen

Ngauman Harimau Malaya Bakal Menggegar Gelora Bung Karno

Malam ini perlawanan akhir kedua antara Malaysia dan Indonesia bakal berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno… Adakah Pasukan Harimau Malaya ini bakap mencipta magis seperti yang berlaku di Bukit Jalil beberapa hari yang lalu?

Aku harap Pasukan Harimau Malaysia tidak sesekali gentar dengan gelagat penyokong-penyokong Indonesia yang rata-ratanya berperangai seperti MONYET… Tak ubah perangai ahli politik pembangkang di Malaysia ni… Mungkin kalangan ahli politik pembangkang di Malaysia berasal dari Indonesia, maka tak hairanlah perangai monyet tersebut dibawa sampai ke parlimen…

Aku yakin, Pasukan Harimau Malaya mampu menunjukkan belang dan kuku yang sudah lama disimpan… Malaysia pasti akan mempertahankan kemenangan yang diperolehi di Bukit Jalil tempoh hari. Aku yakin Malaysia Boleh!!

Apapun bagi penyokong pasukan Malaysia yang sudah berada di Stadium Bung Karno, aku ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi turun ke Indonesia semata-mata mahu memastikan kemenangan berpihak kepada Malaysia… Bagi yang tak turun, ayuh kita berkumpul di hadapan kaca tv dan kita penuhkan kedai-kedai mamak dan warung-warung tepi simpang yang menyiarkan siaran langsung yang bakal dibawakan oleh RTM malam ini…

Mari kita sama-sama berdoa ke hadrat Ilahi agar memberikan kemenangan kepada Pasukan Harimau Malaya… Amin… Semoga keberanian berada di pihak kita… Ciptakanlah magis sekali lagi supaya dapat menutup mulut pengkritik-pengkritik yang kerap mencemuh mutu pasukan negara…

Kepada Ultras Malaya… Aku harap perbincangan anda dengan Ultraman berjaya untuk menembak sinaran laser ke mata penjaga gol Indonesia… Kita pastikan dia tidak nampak bola… Ha ha ha ha… Bravo Ultras Malaya!!