YBGK Sediakan Bantuan Guaman Untuk Kes Jenayah Sivil Mahupun Syariah

Dimaklumkan bahawa Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) telah mula beroperasi sepenuhnya di seluruh negara pada 2 April 2012. Antara khidmat yang disediakan oleh YBGK adalah memberi nasihat dan bantuan guaman dalam perkara jenayah termasuk jenayah Syariah kepada semua warganegara Malaysia di peringkat tangkapan, reman, permohonan jaminan dan perbicaraan.

Sebagai permulaan, perkhidmatan YBGK di Sabah hanya akan meliputi Kota Kinabalu, Papar, Penampang dan Tuaran manakala di Sarawak ia melibatkan Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu.

Untuk maklumat yang lanjut, sila layari laman web: Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan