Lagi cubaan mengugut SPRM

13 Komen

SPRM Diserang


SEBUAH kenderaan utiliti sukan milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Klang, Selangor, rosak selepas dilempar dengan beberapa botol bom api (molotov coctail) di tempat letak kereta pejabat itu, Jalan Kota, awal pagi semalam.

Ketua Pesuruhjayanya,Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menyifatkan bom-bom api yang dilemparkan itu cukup untuk membakar bangunan pejabat itu sekiranya tidak dihalang.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pula berkata, polis sedang menyiasat kaitan antara kejadian itu dengan ugutan bunuh yang diterima oleh Ahmad Said, baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz tidak tolak kemungkinan ia angkara kongsi gelap.

-Utusan Malaysia

Selepas Ketua Pengarah SPRM menerima ugutan bunuh, kini kenderaan SPRM pula menjadi sasaran. Nampaknya ada pihak yang tidak menyenangi SPRM. Mungkinkah ianya berkaitan dengan siasatan SPRM terhadap penyelewengan Exco Selangor, Ronnie Liu?

Hanya yang berani dan hati kering sahaja boleh buat sebegitu dengan melawan penguatkuasa undang-undang. Siapa lagi kongsi gelap lah. Malah Ronnie Liu juga dikatakan mempunyai kaitan dengan kegiatan kongsi gelap di Selangor…

Advertisements

Gempar!! Ketua Pengarah SPRM terima ancaman bunuh!!

Tinggalkan komen

Ahmad Said terima surat ancaman tembak balas dendam kematian Teoh

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menerima ancaman bunuh untuk membalas dendam atas kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, selepas disoal siasat SPRM, baru-baru ini.

Ancaman dalam sepucuk surat yang dialamatkan kepada Ahmad Said itu diterima melalui pos oleh pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam pada 24 Julai lalu.

Pengarah SPRM Selangor, Jaafar Mahad, berkata pengirim surat bukan saja mengancam nyawa Ahmad Said, malah mengaitkan anggota keluarganya serta kakitangan dan pegawai suruhanjaya itu.

“Surat tulisan tangan itu menggunakan bahasa kesat untuk menyuarakan perasaan marah terhadap Ahmad Said, keluarganya dan pegawai SPRM berikutan kematian Teoh. Laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam beberapa hari selepas menerima surat berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam suratnya, penulis menyalahkan Ahmad Said dan SPRM atas kematian Teoh dan mengugut untuk menembak mereka serta berulang kali memakinya dan menyatakan tidak berpuas hati kerana SPRM kerana tidak bertindak terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) serta MCA dan hanya menyiasat pemimpin DAP.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai lalu di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor selepas disoal siasat sebagai saksi berhubung kes penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri.

Kejadian itu mendorong kerajaan melaksanakan inkues bagi mencari punca kematian, manakala Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan prosedur soal siasat SPRM.

Ahmad Said ketika dihubungi berkata, ancaman seumpama itu sebahagian risiko yang perlu dihadapi ketika menunaikan tanggungjawab kepada negara dan rakyat.

“Semua kakitangan dan pegawai SPRM dinasihatkan berhati-hati dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Jangan rasa tertekan dan hilang fokus dengan ugutan, sebaliknya semangat untuk menjalankan tugas perlu diutamakan selain menjaga keselamatan diri,” katanya.

Beliau berkata, nasihat itu diberikan kerana walaupun ancaman bunuh ditujukan kepada dirinya dan keluarga, pengirim secara umum menyatakan rasa marah terhadap SPRM keseluruhannya.

Mengenai penyebaran rakaman klip kejadian seorang lelaki dibelasah sekumpulan lelaki yang dikatakan mempunyai kaitan dengan SPRM menerusi internet, Ahmad Said berkata, ia tidak membabitkan anggota SPRM dan lokasi rakaman juga bukan di pejabat agensi itu atau pejabat kerajaan, sebaliknya lebih mirip kepada pejabat pasar raya.

“SPRM mengutuk keras tindakan sedemikian dan berharap polis menyiasatnya dengan rapi. Orang ramai diharap tidak terpengaruh dengan dakwaan yang cuba memburukkan imej pasukan penguat kuasa,” katanya.

Laman blog advocateviews.blogspot.com menyiarkan klip rakaman lima minit yang memaparkan seorang lelaki dibelasah sekumpulan lelaki hingga menimbulkan spekulasi ia adalah Teoh, manakala pihak yang memukulnya didakwa pegawai SPRM.

Ahmad Said berkata, pihaknya akan membuat laporan polis dan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneliti penyebaran rakaman itu.

Sumber: Berita Harian

Huh… Macam-macam hal… Aku percaya yang ugut bunuh ni adalah gangster-gangster upahan Bapak Kongsi Gelap Selangor… Sebab mereka tak mahu SPRM siasat kes penyelewengan Exco Selangor ni, iaitu Ronnie Liu. Jadi mereka cuba mengugut Datuk Seri Ahmad Said, supaya beliau tidak berani meneruskan siasatan terhadap kes-kes penyelewengan PR Selangor…