Marriot Hotel Terletak Dalam Negeri Selangor. Bukan Putrajaya

Isu tiger show atau tarian bogel hangat diperkatakan. Malah ada kalangan politikus murahan tanpa merujuk peta, terus menuduh Kerajaan Barisan Nasional membenarkan pertunjukan tersebut diadakan dengan hanya berpandukan kedudukan Hotel Marriot ini berhampiran dengan Putrajaya.

Cuba korang bukak Google Maps, dan cari kedudukan Marriot Hotel Putrajaya… Hanya kerana nama hotel tersebut yang hujungnya Putrajaya… Politikus murahan ini berteriak dan memekik… terlolong-lolong macam orang kena sampuk dek polong tanpa menyelidik dahulu… Kesian…

Malah Dr Lo Lo antara kalangan politikus murahan yang BODOH… Kerana tak menyelidik kedudukan Hotel Marriot yang terletak dalam negeri Selangor. Jika hanya kerana Hotel Marriot meletakkan nama Putrajaya di dalam nama hotelnya nak dijadikan isu, mengapa Kuala Lumpur International Airport yang terletak di Sepang, Selangor tak pulak jadi isu. Sedangkan jarak Sepang dengan Kuala Lumpur adalah jauh…

Dr Lo Lo di dalam blognya cuba bertindak sebagai pembela Agama Islam yang menentang maksiat… Tetapi pada masa yang sama bersikap membisu dalam isu zina pemimpin PAS termasuklah Din Puduraya… Nampak sangat perjuangan membela Islam pada PAS hanya bersikap double standard yang mana… Ahli PAS yang terjebak dengan maksiat dilindungi, manakala ahli UMNO yang terjebak dengan maksiat diheboh-hebohkan… Macam ni ke sikap orang yang nak membela Agama Islam?

Aku rasa isu Tiger Show ini perlu mendapat penjelasan daripada JAIS dan MAIS… Bukan JAKIM atau JAWI… Kepada mereka yang terpengaruh dengan cerita bohong ini, diharap sebelum percaya satu-satu berita yang disampaikan selidik terlebih dahulu… Adakalanya yang sampai kepada kita ialah fitnah…

Kepada Dr Lo Lo, dan pemimpin PAS lain, jika korang semua ikhlas nak perjuangkan Agama Islam dan membenteras maksiat… Benteras dahulu bermula dari dalam parti… Singkirkan dan buang ahli dan pemimpin yang terlibat dengan maksiat… Bukan melindungi mereka… Jika anda berbuat demikian… Perjuangan anda hanyalah gimik politik semata-mata…

Advertisements