Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia

Negeri Sembilan mencipta sejarah menjulang Piala Malaysia dengan mengalahkan Terengganu 2-1… Walaupun pada awalnya Terengganu mendahului Negeri Sembilan 1-0, tetapi Negeri Sembilan tetap meneruskan perjuangan mereka… Berbekalkan semangat sedia ada, walaupun perlawanan diboikot oleh kebanyakan penyokong akibat kenaikan harga tiket oleh FAM, tetapi Negeri Sembilan tidak patah semangat… Tahniah Jang!!

Walaubagaimanapun, pujian juga harus diberikan kepada penyokong Terengganu yang menerima kekalahan pasukan mereka dengan hati yang terbuka… Tidak kedengaran berlakunya rusuhan serta trak Polis dibakar oleh penyokong Terengganu, seperti mana dilakukan oleh penyokong Kelantan yang boleh dikatakan mempunyai masalah dalam ‘Anger Management’…

Apapun diharap penyokong Terengganu terus menyokong pasukan mereka pada musim akan datang… Tak perlu nak marah-marah lagi… Terimalah kekalahan tersebut dengan hati yang terbuka… Adat perlawanan ada menang dan kalah…

Advertisements